8

37 3 0
                                    


Amaran : Terdapat aksi2 yang agak ngeri, ngeri dan ngeri. Jika anda seseorang yang tidak mudah terpengaruh, sila teruskan.

-------------------------------------------------------------

   Aku ke sekolah keesokannya walaupun ditegah ayah. Tapi aku cakap yang aku dah sihat. Lagipun, aku rasa bosan di rumah.

Aku masuk ke dalam kelas. Bising macam biasa. Aku duduk di tempat aku. Aku pandang meja Danial. Kosong.

Aziyan datang pada aku. Dia hulurkan kad kecil berwarna emas. Kemudian dia pergi. Aku ambil dan bukanya.

Jemputan ke majlis hari lahir Tuan Pengetua Mohd Basri

Tempat : Padang Sekolah
Tarikh : 23 Oktober
Masa : 8.00 - 11.00 p.m
Tema : Black and White

Diharap anda dapat hadir ke majlis ini

💗Sekian Terima Kasih💗

Jemputan hari jadi pengetua? Biar betul? Itupun nak sambut dekat sekolah? Malam pula tu. Tak pernah2 dengar pula aku. 23 haribulan? Kiranya, malam inilah.

Sekolah hari ini agak meletihkan. Mungkin sebab badan aku masih terasa bengkak2 lagi. Ramai pula yang terlanggar aku hari ini.

Balik sekolah, aku terus ke bilik Ana.

''Weh. Malam ni ada majlis hari jadi pengetua ke?'' tanya aku pada Ana.

''Hmmm. Kau pegi ke tak?'' tanya Ana pada aku semula.

''Aku... Tah laa. Aku tak pernah pegi mana2 parti yang macam ni'' kata aku jujur.

''Memanglah. Kau kan miskin'' balas Ana. Aku tak datang sini untuk dihina tapi tak apa. Aku tak makan hati langsung. Jujur aku cakap yang hinaan Ana hanya sekadar di mulut. Aku tahu dia tak maksudkan langsung.

''Pengetua skolah ni memang macam tu. Parti hari jadi dia antara majlis yang grand dekat skolah'' sambung Ana.

Aku lihat baju yang ada diatas katil Ana. Gaun putih satin yang kosong dengan tali di sisi. Gaunnya berlengan pendek. Agak cantik tapi bukan citarasa aku.

''Aku...pergi kot. Tapi, aku tak ada baju'' kata aku. Kalau ikutkan hati, aku malas nak pergi. Tapi aku tak pernah pergi majlis macam ni. Aku nak ada pengalaman juga. Tak adalah aku ni kuno sangat.

''Yang aku beli hari tu apa? Daun? Pakai laa yang tu'' kata Ana. Aku baru teringat.

* * *

Ana sudah siap bergaya. Dia ikat reben di belakang. Ringkas tapi cantik. Kainnya beralun di bawah.
Rambutnya tidak lurus macam biasa malam ni. Dia keritingkan hujung rambut agar nampak beralun. Mekap nipis dikenakan pada muka. Nampak lembut. Subang mutiara tergantung di telinga.

Ana rela hati bantu aku pilih pakaian malam ni.

Akhirnya, aku pakai kemeja putih lengan pendek dengan kot lembut beralun yang berwarna hitam. Lengan kot dilipat sehingga ke tengah lengan. Kemeja putih dimasukkan ke dalam seluar slack hitam berpotongan lurus.

Aku terasa agak bergaya. Aku lihat cermin. Aku rasa aku bukan lagi budak tulang dengan baju besar dan serabai. Aku rasa cantik sangat.

GelapWhere stories live. Discover now