5

40 3 0
                                    


   2 minggu selepas aku disoal siasat, muncul pula berita tentang kematian Syafiah.

''Weh. Kau ada dengar pasal Syaf tak?'' tanya budak kelas aku yang duduk di tepi tempat Danial. Arwah Danial.

''Dia kan..dah takde. Kenapa?'' tanya aku padanya semula.

''Kau tau tak dia mati sebab apa?'' tanya budak lelaki itu lagi separa berbisik. Sanna namanya.

Aku hanya geleng tanda aku tak tahu jawapan kepada persoalannya.

''Dia mati sebab depressed. Ada orang cakap, depressed sebab Shah hilang. Kau tau la kan...dia dengan Shah tu, the hottest couple kat sekolah ni'' kata Sanna.

Heh. Hottest couple? Memang pun. Couple dari neraka.

''Macam mana tau yang Syaf tu depressed?'' tanya aku. Aku lihat, dia bahagia saja bergembira dengan kaki kipasnya.

''Kau tak tau ke yang dia mati dalam bilik tidur dia sebab overdose ubat apa tah'' balas Sanna. Boleh percayakah dengan kenyataan Sanna itu?

''Macam mana bende ni boleh tersebar?'' soal aku lagi.

''Entahlah labu...'' keluh Sanna. Labu? Akukah yang digelar labu itu? Dasar Sanna.

''Tapi kan. Macam ada konspirasi tau'' sambung Sanna. Aku agak meluat melihatkan tangan Sanna yang tak henti2 bergerak. Apabila dia buka saja mulutnya, jarinya turut meliuk lentuk. Tak boleh duduk diamkah sotong ini?

''Konspirasi?''

''Yup. Sesuatu yang misteri gitu. Tak pelik ke? Mula2 kematian Danial. Lepastu, Syah hilang. And then, Syaf pulak. Semua tu jadi dalam masa yang singkat. Dan...semua tu jadi lepas kau masuk sekolah ni. Maknanya, kau la yang...''

''Kurang asam kau Sanna. Pandai2 je kau ni. Aku saman kau baru tau'' balas aku. Tuduh biar bertempat.

''Heheh. Gurau je. Kau ni..tak lah garang sangat. Muka tu asyik serius je. Senyum sikit'' kata Sanna.

''Jangan nak tukar topik. Jadi, apa yang konspirasinya?'' tanya aku. Aku masih tak faham akan teori yang dibuat oleh Sanna.

''Aku syak, diorang mesti ada komplot  something. Something yang boleh memakan diri''

''Dan...'' kata2 Sanna terhenti seketika. Bikin suasana suspen. Kemudian, dia sambung.

''Maybe Shah tak hilang. Maybe dia pun dah mati''

* * *

   Sedang aku asyik melayan lagu Vitas, Ana terjah masuk bilik aku. Dia kelihatan terkejut dan takut. Dia kemudiannya tutup pintu bilik aku dan terus menerpa kearah aku.

''Weh. Polis datang'' katanya. Wajahnya pucat.

Aku terkedu dengan khabar Ana.

''Diorang tengah cakap dengan ayah. Macam mana ni? Macam mana kalau kita kena...''

Belum sempat Ana habis meluahkan kerisauannya, pintu bilik aku tiba2 dibuka. 2 orang polis masuk dan tarik aku. Seorang daripadanya menggari tangan aku dibelakang.

''Encik! Encik tak boleh buat macam ni! Encik ada waran ke?'' soal ayah pada polis tersebut. Dia menunjukkan waran tangkap.

''Atas kes apa encik?'' tanya ayah lagi.

''Dia merupakan salah seorang suspek atas kematian seorang pelajar lelaki di sekolahnya. Dia direman selama 3 hari'' terang polis tersebut.

''Iman. Iman jangan cakap apa2. Biar ayah urus semua'' sambung ayah lagi.

Kata2 ayah yang seterusnya langsung tak dihirau polis itu. Aku kemudiannya terus diheret ke balai polis.

* * *

GelapWhere stories live. Discover now