𝟐𝟏 𝓓𝓻𝓸𝓹

7 1 0
                                    

Dia melepaskan tangan aku lalu mencapai kot dia sebelum pergi ke tempat lain. Edris datang menghampiri aku. "Siapa tu? Kawan Navier?" aku hanya senyum sebagai tanda balasan. Nak kata kawan, aku rasa dia pun tak akan mengaku.

Aku makan tengah hari bersama keluarga Elara. Boleh pula waktu tu ada keluarga lain duduk di meja sebelah kami. Winter terus menukar tempat dengan aku. Aku mula tidak faham mengapa tetapi setelah melihat muka salah seorang ahli keluarga itu baru faham.

Safrina duduk bertentangan di sebelah Winter bersama Hazim di tepi. Mata aku yang salah atau memang perut Safrina tu besar? Nak kata gemuk, perut je. Oh wait... "Is she pregnant?" Winter berbisik ke telinga aku.

Kalau nak dikira bunting pelamin, perut dia sepatutnya nampak macam 2-3 bulan. Ni dah macam 6. Qistina senyum ketika dia bertentang mata dengan Datin Amira. Datin Amira membalas senyuman itu dengan muka paksa rela. "Eh Widad. Lama tak nampak muka kau."

Papa menegur Dato Widad, ayah kepada Elara. "Waktu majlis kahwin Safrina tu aku datang, tapi kau yang tak nampak. Sihat dah kau." papa angguk dan memandang aku. Dia tidak tegur pun, hanya sekadar melihat dari tepi mata.

Makanan yang nampak menyelerakan di depan mata itu tidak dijamah sedikit pun. Aku mencucuk cucuk daging yang ada di dalam pinggan. Edris menarik pinggan aku lalu memotong daging menjadi hirisan yang senang di hadam.

"Makan la Navier. Kalau nak potong kecil lagi cakap, saya potongkan." Elara yang di sebelah dia tersenyum lebar. "Ceyy abang, sweet sweet pulak. Untuk adik sendiri tak ada pula nak tolong potongkan."

Edris ketawa halus dan menjentik dahi Elara. "Suka hati abang la." Winter menyiku aku. "Don't let him show this intimate moments infront of Irwan. I feel like he would get mad."

Hampir aku lupa tentang perkara yang perlu di bimbangkan. Perkahwinan dengan Zafriel. It's not a bad offer considering the fact that he even ask Mister Ulusoy to find me a job. And he's always beside me, no matter what situation I am in.

"I'll be your steppingstone...  Kalau kau rasa tak ada orang sayang atau di sisi kau. Aku ada. Aku ada dengan kau budak.." aku masih ingat apa yang dia katakan.

"Miss Navier." Winter tiba-tiba menyentuh bahu aku. "Ha ye, ye?" dia menggeleng kepala lalu tunjuk ke depan. Datin Amira serta Dato Widad kelihatan risau kerana aku hanya termenung dan tidak makan.

"Awak tak suka saya potongkan daging tu ke Navier? I'm sorry if so." aku terus geleng dan menjamah makanan. Saat aku pergi ke tandas untuk membasuh muka, Safrina juga masuk. Dia berdiri tidak jauh dari aku.

Lipstick dipakai dan dia telek mukanya di cermin. "How's life? Aku ingat kau betul-betul kahwin dengan CEO Monster Eater tu tapi macam tak je. Mesti kau bayar dia kan, suruh cakap macam tu. Haih, kesian aku tengok kau."

Dia menjeling aku ketika dia membasuh tangan. "Besar perut kau." dia terus berhenti membasuh tangan. Kaku. Tangan yang berada di bawah air mengalir itu bergetar.

"Macam mana kau tahu..?" dia memegang tangan aku dengan kuat. "Tolong jangan bagitahu Hazim. Please! Aku tak nak dia tinggalkan aku!" well this is not the reaction that I expect. Senang betul Safrina.

"Whose child?" aku berbisik ke telinga dia. Dia terus menolak tubuh aku. Kepala digeleng berkali-kali. "Tak, kau tak boleh tahu. Hazim aku punya!" dia berlari keluar.

Safrina memang ada personaliti lain yang aku tak pernah tahu ke? Telefon bimbit dia tertinggal di atas sinki. Aku baru hendak capai dan beri kepada dia tetapi ada notifikasi dari Whatsapp. Tangan aku yang gatal ini membuka password telefon dia.

Nombor yang tidak disimpan. Tetapi aku macam pernah nampak nombor ni. Notifikasi itu dibuka. 'Macam mana alahan kau? Nak aku bagi minyak wangi lagi ke? Kau kena pastikan yang Hazim tak cerai kau, aku tak nak jaga kau dengan anak tu sekali.'

Tears Of Revenge Where stories live. Discover now