𝟖 𝓓𝓻𝓸𝓹

9 3 0
                                    

Selepas menangis hingga mata aku menjadi bengkak, aku bangun dan pergi membasuh muka di tandas awam. Kot dipulangkan ke Zafriel. Tisu poket dihulurkan untuk aku. "Macam mana kau tahu aku ada dekat sini?" dia mengangkat kedua belah bahu.

"Aku pun tak tahu. Tiba rasa nak jalan-jalan sini. Tak sangka jumpa kau lagi. Aku sebenarnya nak tanya kaki kau macam mana tadi tapi ada orang tu tak puas hati dengan air kelala, hilang niat. Ni kau nangis lepas gaduh dengan family ke?" aku angguk dan sambung duduk. Air botol mineral diteguk hingga habis.

Aku cerita apa yang berlaku dari mula sampai habis. Zafriel setia mendengar dengan muka dia yang tidak mempunyai emosi. Ada bahagian yang dia angguk atau ada bahagian yang dia memejamkan mata lama.

Air botol yang kosong itu diremukkan sebelum dicampak ke dalam tong sampah. "Aku pergi dululah. Lama pula aku ambil masa kau." dia membuka mata dan pandang aku. "Kau nak balik rumah? Sanggup ke? Kalau kau sanggup aku okay je. It's not my life anyway." sanggup ke? Kalau aku tak balik rumah, aku hendak duduk di mana?

Idea dijana untuk memikir tempat tidur lain. Studio papa bagi, tapi dekat dalam hutan. Takut aku. Tidur di hotel? Hmm... "Riel, kau baik kan?" dia terus bangun untuk pergi. Aku berdiri di depannya dengan tangan di depa. "Kau nak apa Raja?" dia mendengus dan bercekak pinggang.

Aku suka betul tengok dia waktu malam. Macam hantu tapi versi hot. "Tolong hantar aku pergi hotel boleh? Hotel F.I. Boleh? Bolehhh?" aku membulatkan mata dengan tangan dirapatkan. Muka yang comel secomelnya aku tayang. Kening dia berkerut seribu. "Kau tak payah nak buat muka macam tu boleh? Ingat comel sangat?"

"Haa tolonglah Riel! Kau kan baik!" dia menggeleng dan jalan ke tepi. Ke kiri ke kanan aku halang dia. Dan akhirnya aku mengalah selepas dia menyuruh William tahan aku. "Kau ni, kau jangan ikut laki balik rumah. Tak kesah kau nampak baik ke buruk seseorang tu. Everyone can be a wolf hiding in sheepskin."

Aku mengeluh lalu mencapai telefon bimbit. Nombor telefon Abang Aisaar di tenung lama sebelum digeser. "Hello princess, kenapa call abang ngah malam-malam ni? Rindu abang ngah ke? Tapi abang ngah jauh la sayang. Ada apa-apa yang abang ngah boleh bagi untuk tebus rindu princess?" aku tergelak.

Haih, princess princess. "Err abang ngah, kalau princess nak tidur dekat Hotel F.I boleh?" Zafriel menyilang tangan ke dada sambil kaki dihentak. Memang nak tunggu aku pergi baru dia nak balik. Setelah proses itu ini, aku akhirnya dapat bilik di Hotel F.I dan dihantar seorang pemandu.

"Aku balik dulu ye Riel. Terima kasih sangat-sangatt." aku pergi setelah melihat kereta yang dihantar Abang Aisaar. Aku terlelap sekejap sepanjang perjalanan ke hotel itu. Sampai di depan pintu Hotel F.I, pintu kereta aku dibuka dan aku disambut oleh beberapa orang pelayan.

Silap betul tempah bilik dekat hotel Encik Fazeel. Aku masuk dan terus dihantar ke bilik VIP. Beberapa pasang mata memandang aku sepanjang aku masuk ke dalam hotel. Badan direbahkan atas katil. Selimut tebal ditarik menutupi badan. Mata yang sudah penat daripada menangis dipejamkan.

Alangkah baiknya jika aku mempunyai wang sendiri untuk berbelanja. Ini kalau aku guna kad yang papa bagi, pasti Qistina akan potong transaksi bayaran. Gilakah aku jika ingin lari dari rumah selama-lamanya? Duit, duit. Ke minta kerja dekat hotel ni? Tapi nanti orang kata guna cable pula. Ishh!

Keesokan hari, aku bangun dengan sarapan yang sudah dihidang di tepi katil berserta satu nota. 'There's cloths in the wardrobe for you to wear. I don't know it if fits you perfectly or not dear. Tell me if there is anything else that you want dear. You're also my daughter. Sincerely, FI.'

Lama aku tenung nota itu dan dilipat. Nota diselit ke belakang telefon. Treasure keep sake. Siap makan, aku pergi ke pejabat Encik Fazeel bersama pembantunya. "Cik Navier, how's your stay? Is it comfortable?" aku angguk persoalan pembantu Encik Fazeel. Encik Adam. "Err Encik Fazeel tak kahwin lain ke? Saya saje tanya. Kalau tak boleh jawab saya okay je."

Tears Of Revenge Where stories live. Discover now