𝟏𝟕 𝓓𝓻𝓸𝓹

15 2 4
                                    

Akibat berita yang mengejutkan itu, papa terkena serangan jantung. Bak kata Encik Fazeel, "Orang tua ni, baru je dengar berita tentang anak nak kahwin dah terkejut sampai macam tu. Kalau dia tahu apa yang Safrina tu dah buat agaknya mati terus," quote Encik Fazeel.

Kami sedang berada di hospital untuk tunggu result dari doktor. Qistina tidak habis menangis. Safrina dan Hazim pula hanya mendiamkan diri. Aku dengan mamat rambut putih ni, tengah fikir nak buat apa. 

"Tapi kan, kau rasa papa aku memang buang nama aku dari keluarga ke? Tak akanlah sampai macam tu sekali kan? Kan Riel?" Zafriel tidak jawab. Dia menjongket bahu. "Kalau tendang kau dari rumah dia boleh buat, buang nama kau dari keluarga takkan la tak boleh. Aku tak tahu Raja." betul la tu tapi aku harap sangat yang Qistina tu tipu aje.

"Kau buat cerita macam tu, jatuh sakit papa aku." Zafriel tersengih. Badan disandarkan pada dinding. "Siapa kata buat cerita? Kan aku dah kata, aku tolong kau. Kau tak percaya yang aku nak kahwin dengan kau? Esok, kita pergi khursus kahwin. Tak percaya lagi?" nada Zafriel kekal tenang.

Tiada bau penipuan. Boleh percaya ke dia ni? And most of all, the owner of Monster Eater?! Padanlah sedap semacam! Boss restaurant favourite aku rupanya! Sebaik sahaja doktor keluar dari bilik papa, Qistina berlari dan bertanya berita.

Papa dalam keadaan sihat cuma dia terkejut. Kesihatan dia juga semakin turun. Dia tidak boleh berkerja keras. Mungkin telinga aku rosak tetapi doktor beritahu yang papa telah menulis wasiat bahawa Lucy Empire akan jatuh ke tangan Safrina.

"Eh orang tua tu. Nak mati pun buat hal lagi. Nak kena jumpa malaikat maut dulu kut. Kau tunggu jap." Zafriel menyingsing lengan baju. Muka Qistina dan Safrina berubah cuak. Aku menahan Zafriel daripada masuk ke dalam bilik wad papa.

"Kau gila apa Riel?! Jangan buat pasal!" aku menarik lengan dia. Zafriel hanya sengih. "Kalau dah tua bangka pun tak ada otak, yang muda ni kena la ajar sikit. Kan makcik?" Zafriel pandang Qistina. Qistina mengelak pandangan mata Zafriel.

Zafriel tarik tangan aku untuk keluar dari ruang hospital. "Kau biar orang pijak kepala kau, sampai ke sudah orang akan pergunakan kau. Bila kau nak sedar? Bukan ke kau ada plan sendiri? Speak." aku cerita apa yang aku rancang untuk berlaku pada hari perkahwinan Safrina.

Menyebarkan gambar serta video yang aku punyai tetapi lain pula jadi. Bila di fikirkan balik, aku rasa macam malu. Aku yang malu kerana sanggup buat perkara bergitu. Tapikannn, dia yang mula sebar fitnah dulu! "Kau buat apa-apa yang kau nak. Kalau jadi pape, aku tolong. And stuff like that, spread it once she has risen up. That would be more fun."

Wow great idea! Aku duduk di kerusi yang ada di taman permainan. Zafriel kekal berdiri sambil melihat kanak-kanak bermain sana sini. "Riel, kau gay ke?" dia tersedak air kopi yang baru sahaja di minum. "Gila apa kau ni budak? Kau nampak aku ni gay ke?"

Tapi, ada gaya-gaya gay pada diri anda wahai kawan. Aku hanya bersiul saat dipandang tajam. "Nak tahu aku gay ke tak? Tunggu minggu depan. Aku tunjuk aku gay ke tak. Dah jom ikut aku. Balik." aku angguk dan ikut dia pergi ke tempat letak kereta.

Kami akhirnya tiba di rumah Zafriel. Tetapi kenapa rumah dia? Aku turun dan masuk ke rumah dia. William yang sedang husyuk mengemas rumah terus terhenti. Penyapu di tangan terjatuh. Mulut dia ternganga. "Tuan Irwan pergi mana bawa Navier balik petang nak dekat malam macam ni?! Dia masih suci, bukan macam Tuan Irwan!!"

Lengan William dipukul kuat oleh Zafriel. Dua kali dipukul. "Kau sapu sampah dekat dapur sekarang. Patutnya William yang kau ingat gay, bukan aku." William menjeling Zafriel sebelum pergi ke dapur, membawa barang-barang dia. Bukan ke dia kerja assistant je? Dah macam cleaner je. Dengan kain ikat atas kepala.

Tears Of Revenge Where stories live. Discover now