𝟑 𝓓𝓻𝓸𝓹

11 3 0
                                    

"RAJA NAVIER AIRA!!" suara Qistina yang lantang itu mengejutkan aku dari buaian tidur. Ishh sebuk la dia ni! Baru je mimpi aku naik karpet Aladdin. Kacau betul! Aku membuka mata dan pergi ke arah suara yang lantang itu. Tiba di ruang tamu, orang gaji yang ada di dapur tadi sedang tersungkur di lantai.

Dia memegang pipi yang merah. Saat nampak tubuhku, terus matanya berubah merah. Jari ditunding-tunding ke arah aku. Heh. Aku turun ke bawah dan pandang perempuan tu. Qistina melempang aku lagi. Satu kali. Dua kali. Buat kali ketiga, aku menahan tangan dia. "Apa yang kau dah buat Vier!! Kau tau tak, semua yang minum air kau tercirit birit. Semua pandang aku dengan mata yang...ishh tak nak aku cakap!"

"Semua salah kau! Maid ni kata kau ugut dia suruh kasi ubat cerry berry dekat kau! Yang ni pun satu, bengap! Yang kau ikut cakap perempuan ni dah kenapa. Kan tak pasal-pasal kau cium lantai tu!" makin tinggi noktah suara dia. Orang gaji yang lain buat-buat sibuk dan fokus kerja masing-masing. Aku bercangkung dan berbisik ke telinga perempuan tadi.

"This is what I felt when nobody come to my rescue. How foolish of you to tell the truth when you already know about the consequences. But well, you just make my day ever more happier." aku bangun dan melihat tangan Qistina yang digempal. Oh my heart, it feel so happy! Aku memegang tangan Qistina dan menggosoknya.

"Ibu, ibu jangan la marah dah dia ni. Kesian dia. Vier yang salah sebab ambil barang tak tanya dia dulu. Ibu sabar ye." dia memandang aku dengan tajam tetapi perasan perubahan perangai aku. Dia terus menoleh ke belakang dan melihat papa yang baru sahaja masuk ke dalam rumah dengan Safrina. Papa pandang Qistina dengan mata yang terbuntang.

"Awak buat apa ni? Kenapa dia ada dekat atas lantai tu?" papa berjalan ke arah kami dan menanggalkan tali lehernya sebelum tunduk untuk tolong orang gaji tadi bangun. Beg kerja dia di letak ke tepi. Dia mencabut kot bajunya dan beri kepada aku. "Vier tolong letak kot papa ni dalam bakul ye. Qistina, abang ada benda nak cakap dengan awak." ayah membuka butang lengan bajunya dan berjalan ke bilik peribadi dia.

Padan muka kau. Siapa suruh bagi laxative dekat aku masa aku nak jawab kertas periksa. Nasib tak minum banyak. Aku hanya ikut tunjuk ajar kau Qistina. Dengan hati yang riangnya aku berjalan ke bilik tidur papa untuk meletakkan kot dia. Keluar dari bilik, pipi Qistina menjadi merah memberang. Safrina pula memegang tangan ibu kesayang dia sambil menangis.

Papa jalan belakang mereka dan duduk di meja makan. "Vier, papa nak makan masakan Vier boleh? Dah lama papa tak makan." aku angguk dan pergi ke dapur untuk memasak. Aku masak makanan kegemaran aku iaitu ikan keli goreng berlada dan beberapa sajian lain. Makanan dihidangkan ke atas meja selepas siap masak.

Aku duduk menceduk nasi untuk papa. Selepas baca doa makan, tangan baru nak capai ikan keli goreng berlada tetapi Safrina mengalih pinggan itu. "Papa, kalau Safrina nak semua ikan ni boleh? Safrina dah lama tak makan. Nampak sedap je akak masak." papa senyum dan angguk. Dia tidak perasan pun tangan aku yang ingin mencapai ikan itu.

Aku yang masak, aku yang tak dapat makan. "Kenapa tangan tu Vier? Nak juga ke ikan ni? Ish Safrina ni. Bagi la dekat akak seekor. Sian dekat akak, nanti tak makan dia. Makin kurus akak ni," ujar Qistina dengan intonasi yang agak menjengkelkan. Cara dia cakap macam aku ni mengemis ikan tu. Ini baik yang dia tunjukkan depan papa.

Aku mengambil lauk lain dan hiraukan Safrina yang cuba letak ikan ke dalam pinggan aku. Papa hanya tengok perbuatam Safrina dan menggeleng sambil ketawa. "Kenapa papa ketawa?" hairan juga dengan papa aku ni. Tiba-tiba aje. "Papa tengok kau orang berdua ni suka gaduh. Gaduh-gaduh manja. Sejuk hati papa dapat dua orang puteri."

Panas hati aku dapat seorang puteri dan seorang lagi ratu yang bermaharaja lela di dalam rumah ni. Aku ketawa olok-olok dengan kata-kata papa seperti bersetuju dengan dia. Safrina dan Qistina ikut sekali ketawa. Kuat pula tu. Sepadanla, mak macam hantu kak limah anak pulak mak lampir.

Tears Of Revenge Where stories live. Discover now