𝟐𝟎 𝓓𝓻𝓸𝓹

10 1 2
                                    

"Nak bawak boleh? Hilang sikit malu kau kalau aku yang bawa." Zafriel berkerut dahi. "Otak kau dah biul, nak bawa motor? Sorryla Raja. Nanti mati kita. Aku atleast nak kahwin dengan kau dulu." dia menghidupkan enjin motorsikal dan sarung helmet.

"Naik cepat. Lambat nanti." aku mendengus sebelum naik ke atas motorsikal. Sedaya upaya aku cuba untuk menahan gelak saat ada budak-budak asyik tunjuk dekat motorsikal yang dinaiki. Sampai di sebuah kedai makan, Zafriel terus menelefon William.

Selepas beberapa sesi perbualan mesra antara mereka berdua, barulah kami masuk ke dalam kedai makan. Beberapa orang memandang Zafriel sambil berbisik. "Mama mama, kenapa rambut orang tu putih? Dia warna ke? Lepastu kulit dia tu pakai merkuri ke? Mata dia merah, macam raksasa."

Pertanyaan itu datang dari meja yang berada tidak jauh dari kami. Zafriel kelihatan seperti sudah biasa. One's appearance really does matter to others who. "Riel, nak tanya." dia tidak pandang aku tetapi memberi isyarat yang aku boleh bertanya.

"Ada gambar waktu kau kecil tak?" dia tiba pandang aku dengan sebelah kening terangkat. "Kau nak santau aku ke apa mintak gambar ni?" dia ni, kalau aku hempuk kekgi. Zafriel menggeleng kepala. "None. I've never keep my childhood photo."

"Then, what about family photos?"

"Raja, there's thing that better for you to not know. Baik kau diamkan mulut tu sebelum kau makan sorang dekat sini." dia menatap mata aku. Mata yang tiada perasaan. Aku mengalih pandangan.

Makanan yang ditempah tadi sampai. "Eh kejap, awak bukan ke anak Dato Raja Nazeem Fakri?" pelayan itu tundik jari ke aku. Memang famous lagi aku rupanya. "Ye, anak yang dia buang." pelayan itu terus pergi begitu sahaja.

Zafriel asyik pandang aje aku dari tadi. "Apa?" dia geleng kepala. Beberapa mata memandang aku selepas mendengar apa yang aku tuturkan tadi. Just ignore those who doesn't concern you at all.

Sambil makan, aku mendapat panggilan dari Encik Fazeel. Dengan muka yang cuak, aku pandang Zafriel. Telefon ditunjukkan. Dia hanya mengangkat bahu dan sambung makan. Rasa macam sneak out pula. "Ye pakcik. Kenapa?" suara agak gementar.

"Navier pergi mana? Pakcik nampak Winter je ni. Dia kata Navier tidur dekat rumah Elara. Betul ke?" kalau aku jawab ye, dia percaya ke tidak eh? Kalau aku jawab tak, mahu aku kena bawa balik rumah dia. "Haah. For a few days sebab Elara kata dah lama tak jumpa."

Tolonglah percaya penipuan ini. Encik Fazeel tidak bersuara buat tiga saat sebelum dia menghela nafas. "Okay. Just take care of yourself ." panggilan ditamatkan. "Pandai kau buat cerita. Well atleast it's a bit believable." dia ketawa lalu menggelengkan kepala.

Ni mesti cakap pasal Safrina ni. Apa cerita eh dengan dia sekarang. Zafriel tiba menghulurkan tisu. "Lap mulut tu. Comot." aku cuba untuk mencari di mana kecomotan itu berada tetapi tiada. "Tipu aku." Zafriel mengambil tisu itu dan tonyoh di bahagian pipi aku.

"Kau, lain kali cari elok-elok. Aku tonyoh lagi nanti." tisu itu digumpal-gumpal lalu dia baling ke dalam tong sampah. Uu masuk! Selepas makan, aku berjalan di satu jalan yang berada di belakang dua barisan bangunan. An art street.

Zafriel berjalan di depan aku. Kalau dia jalan sebelah aku, tak pandang kiri kanan dah kut aku. "Bunga, bunga. Bunga segar!" aku menarik bahagian belakang baju Zafriel ke arah tempat bunga itu. "Nak bunga Riel." dia melihat bunga itu. Dia mula mengambil sejambak bunga lili lalu meletakkan kembali.

Satu kuntum bunga mawar putih diambil dan dibayar. "Nah. Letak dekat bandage tu. Jadi hiasan." aku menumbuk lengan sasa dia dengan kuat. Satu senyuman halus terukir di bibirnya. Tetapi hanya buat seketika waktu. Cukup untuk aku melihat senyuman Zafriel yang cukup mahal itu. Senyuman ikhlas.

Tears Of Revenge Where stories live. Discover now