𝟏𝟐 𝓓𝓻𝓸𝓹

13 2 0
                                    

Kami pulang ke hotel semula selepas mencuba semua baju yang aku jahit. Ada beberapa yang sesuai dengan Winter dan ada juga yang tidak. Tidak sesuai dengan gayanya. "So you're planning to open up your own company huh? Goodluck on that.  I'll be your first model till you succed in bringing in more model and become successful."

Kata-kata Winter membakar semangat aku dengan lebih lagi. Masuk sahaja ke bilik, barang dicampak ke tepi dan badan dihampar ke katil. "Oh my sweet and comfy bed. How I miss you!" badan berasa letih tetapi hati berasa bahagia. Winter membaiki beg barang dan duduk di birai katil.

Kot aku ditanggalkan dan diletak ke tepi. "Miss Navier, why don't you take a shower first? I'll be preparing the bath for you." seraya itu, dia pergi ke bilik mandi untuk menyediakan mandian aku. Rasa seperti bukan bodyguard pula. Aku pusing menghadap siling. Tiada sebarang panggilan daripada papa.

Memang sedih dan juga kecewa. Tetapi asalkan yang dua orang lagi tu tak kacau aku. Bila eh nak suruh William buat kerja tu? Winter keluar selepas menyiapkan mandian untuk aku. "Susahkan diri je. Terima kasih ye." aku mengukir senyuman sebelum masuk ke dalam bilik mandi.

Pakaian bersih dipakai. Nak makan, tapi malas turun bawah tapi lapar. "Winter, you nak makan tak? Sebab I malas turun." dia melihat jam tangan dan geleng. "I don't want to, but you have to eat. If you are lazy to go down, I'll order room service." aku hanya angguk dan sambung baring.

Rasa macam nak tidur je. Tak nak bangun. Aku dibuai mimpi. Di mana mimpi itu membawa aku ke masa yang Zafriel tarik aku dari kolam. Ada satu perkataan yang dia sebut tetapi susah untuk tangkap. Seperti bahasa Russia. Aku cuba untuk ingat dan ingat tetapi hampa. 

Pagi yang indah disambut dengan kecauan bunyi burung dan bukannya jeritan terpekik terlolong. Mata yang berasa berat digosok-gosok. Winter sudah berdiri di sisi aku. "Arghh!" aku terkejut kerana masih tidak boleh sesuaikan diri dengan keadaan sebegini. Sudah empat hari aku berada di sini. Dan hari ini, hari yang aku pilih untuk pulang.

Sepanjang empat hari itu, aku tidak terserempak atau jumpa langsung dengan Zafriel kerana katanya dia banyak hal. Lambat la aku belajar macam ni. Aku juga sibukkan diri dengan menjahit baju. Aku cuba mensiarkan baju yang sudah dijahit di beberapa laman sosial. Ada balasan yang positif dan negatif.

Winter semestinya menjadi model aku. Tapi, dia dikira berbayar atau tidak ye? Aku pun tak tahu. Yang pasti, dia akan ikut aku balik ke rumah dan tinggal bersamaku. Arahan Encik Fazeel. "She will be there to take care of you. I don't want any more incidents happen. If you wish for her to not be besides you, take care of yourself better. Just kick Safrina if needed. Or not needed."

Pesanan yang bermanfaat daripada Encik Fazeel. Kami pulang ke rumah dengan Winter memandu kereta aku. "Miss Navier, can I really beat up your step sister? If not then I'll just use words." aku angguk dengan bangganya. Heh, sekarang aku ada back up. Aku nak tengok Safrina tu berani cari gaduh dengan Winter.

Silap hari bulan, Safrina yang terbaring dekat hospital. "You can do anything you wish. Oh ye, you cakapla kalau nak apa-apa." Winter angguk sedikit. Sepanjang perjalanan ke rumah, aku fikirkan apa reaksi Qistina dan Safrina ketika melihat aku pulang membawa orang asing.

Papa juga tidak tahu tentang ini dan dia tidak tahu aku berada di hotel Encik Fazeel sepanjang empat hari. Mungkin sekejap sahaja empat hari namun sehari pun tiada panggilan atau mesej. Papa dah kemaruk teruk dengan Qistina ataupun dia sudah malas ambil tahu pasal aku. After all, he wished that Safrina is his only daughter. They're not even blood related!

Tiba di depan pintu pagar yang kelihatan menyucuk langit itu, aku menarik nafas dalam-dalam. Seperti melihat sebuah penjara pula. Penjara khas untuk Raja Navier Aira. Aku masuk dulu sebelum Winter ikut di belakang. Papa sedang bersiap untuk pergi ke kerja dan terkejut melihat aku yang baru sahaja pulang.

Tears Of Revenge Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz