𝟐 𝓓𝓻𝓸𝓹

16 5 0
                                    

Pada keesokan paginya sebaik sahaja keluar dari bilik tidur, Qistina sudah berdiri di depan muka pintu dengan tangan di pinggang. "Kau pergi mana semalam? Tak tahu pula rumah ni macam hotel kau boleh check in check out sesuka hati. Aku tak kesah kau keluar sampai lewat mana pun tapi jangan bagi orang luar nampak muka kau. Nanti dia orang mengata aku tak ajar kau pulak"

"Mak ngan anak sama je." dia menolak bahu aku dengan kasar. Jelingan mata diberi sebelum dia berjalan dengan gediknya ke arah papa selepas nampak papa turun tangga. "Vier, jom makan. Papa ada benda nak tanya Vier ni." aku angguk dan mengunci pintu bilik sebelum berjalan ke ruang makan. Kena kunci elok-elok, nanti Safrina selongkar lagi bilik aku.

Cerita dekat papa pun bukan jadi apa. Berbelah dekat pihak Safrina juga. Bila la abang-abang aku nak datang jenguk aku ni! Oh ye, aku ada dua orang abang yang merupakan kembar. Anak mama dengan suami lamanya, Encik Fazeel Idris. Mereka berdua berusia 29 tahun.

Mereka dibesarkan oleh Encik Fazeel sahaja. Kadang kala, mama bawa aku untuk jenguk anak teruna dia dulu-dulu. Walaupun mereka sudah berpisah tapi hubungan mereka masih rapat. Ada beberapa salah kefahaman yang berlaku yang menyebabkan mereka bercerai. Abang-abang aku bekerja sebagai pemandu dan orang yang menangkap ikan.

Itu apa yang mereka nak orang tahu tentang pekerjaan mereka. Back to the reality, aku duduk di sebelah papa kerana tangan aku ditarik untuk duduk di situ. Muka Safrina yang berada di sebelah Qistina menjadi masam macam telan sepaket asam. Qistina juga asyik menjeling aku.

Pinggan yang berisi bihun itu diletakkan hadapan papa. Qistina senyum manis tetapi mengerling aku supaya taruh sendiri bihun ke dalam pinggan. Suasana di meja makan seperti biasa sehinggalah papa mencuit tangan aku. "Papa nak tanya Vier, Vier tak nak sambung belajar ke? Tak apalah lambat dua tahun pun. Kalau Vier nak, pilih ikut bidang yang Vier mampu."

Tak sempat aku menjawab apa-apa, Qistina terlebih dahulu memotong peluang aku. "Vier kan tak nak belajar dah. Lagipun, result spm dia mana cantik sangat. Baby risau dia tak boleh catch up je. Kesian dekat Vier nanti. Kat rumah boleh teman ibu kalau Safrina pergi uni. Ye Vier?" oh betapa gatal tangan ini ingin melempang perempuan yang digelar ibu ni.

Atleast aku dapat 10 A 2 A+. Daripada Safrina tu, 7 A- 2 B. Sedap-sedap mulut dia je cakap aku bodoh. Eii sabar, sabar. Kalau aku cakap nak karang, lagi banyak ayat-ayat bongak keluar dari mulut dia.  Aku hanya mampu senyum. "Tak apa la papa. Nanti nanti kalau Safrina dah habis belajar ke, baru Vier sambung. Lagipun ibu mesti lonely duduk rumah sorang sorang. Papa kan kerja."

Papa angguk dan meneguk segelas air oren sebelum berangkat ke kerja. Aku mencium tangan dia dan lari masuk ke dalam bilik. Mata aku terlalu bersih untuk melihat apa yang akan berlaku antara papa dengan Qistina. Silap hari bulan, kena cuci dengan clorox mata aku ni. Safrina berlanggar bahu dengan aku. Bibir dia sedang tersenyum sambil menunjuk beg yang digalas.

"Safrina dah siap? Jom papa hantar pergi U. Vier teman ibu dekat rumah ye nak. Abang pergi dulu." papa sempat mencium dahi Qistina dengan lemah lembut. Tangan Safrina di pegang dan mereka berdua jalan keluar rumah. Aku angguk sebelum menghempas kuat pintu bilik. Pada waktu tengah hari, pintu bilik aku dibuka dari luar. Eh bukan aku kunci dah ke?

Qistina masuk dan melihat seluruh kawasan bilik aku. "Aku dah kata pintu ni kalau kau tak buka, aku cabut kan? Hey, cabut pintu ni sekarang." dia melambai tangan dan dua orang pekerja lelaki masuk membuka skru pintu aku. Buku yang sedang dibaca di campak ke tepi. Tangan menahan pekerja lelaki itu.

Tears Of Revenge Where stories live. Discover now