𝟏𝟎 𝓓𝓻𝓸𝓹

19 3 6
                                    

Beberapa hari berlalu selepas pertunangan Safrina dan Hazim. Selepas kejadian berlaku beberapa hari yang lalu, Hazim menjadi semakin jauh dari aku. Itu petanda yang bagus tetapi Haziq pula yang semakin dekat. Memang dua beradik ni tak boleh duduk jauh-jauh dari aku eh?

Aku sedang tidur dengan lena di atas katil dengan kain fabrik yang merata-rata di dalam bilik. Mencari kain yang sesuai untuk dijahit dan dipakai pada hari perkahwinan Safrina. Katanya dia tidak mahu aku muncul di majlis yang indah sana itu dengan memakai pakaian beli di kedai. Dia ingin aku menjahit baju sendiri. Untuk mempertawakan aku jika ada sedikit kesalahan.

Biasalah, semua perkara perlu sempurna dan tepat di mata dia. Tengok la ajaran ibunya. Pintu dikuak buka dan ketawa hantu kak limah terkejutkan aku. "HAHAHA! Kau still gigih buat baju? Senang cerita, kau tak payah datang majlis aku. Buat sakit mata. Kau datang waktu aku dah dapat semua dari papa. Rumah ni, harta dan syarikat yang arwah mama kau bina. Empire that she had build will all fall into my hand."

Aku menggosok mata dan cuba mengecam muka dia yang tidak berupa. "Asal muka kau huduh weh? Kau pakai apa? Merkuri eh?" dia terbuntang mata dengan mulut yang terlopong. "Apa kau kata?! Mulut kau tu kan memang biadap! Aku cantik semula jadila!" dia menghentak kaki sambil berjalan keluar. Sah-sah pakai merkuri ni. Dulu gelap sikit, nak dekat kahwin terus putih melepuk. Dah macam tepung gomak aku tengok.

Haish, beauty standard beauty standard. Merosakkan permikiran orang kadang-kadang. Mengacau dan menjatuhkan keyakinan orang tidak kira perempuan atau lelaki. Aku bangun dan meregang badan sebelum mandi. Keluar sahaja bilik, muka Hazim terpampang depan muka.

Dia sedang memegang sapu tangan yang basah. "Kain apa tu?" aku terus tanya dia. Dia pandang kain dan Safrina yang ada di ruang tamu. "Lap air mata Safrina. Keluar je bilik you terus dia nangis. Tak tahu kenapa." ohh, tak ada pula eh kau nak marah aku buat tunang kau marah? Dah, Navier kita tak perlu jaga tepi kain orang. Biar orang sebuk jaga kita punya, kita jangan.

Kain orang lain belum tentu wangi. Ada yang busuk. Aku angguk dan mahu pergi ke dapur tetapi Hazim memegang pergelangan tanganku. "I harap you tak terasa hati dengan apa yang Safrina cakap. Dia emosi sikit beberapa hari ni. Kalau you marah, lepaskan marah tu dekat I." wow such a gentleman. Tangan direntap.

"No need. Why should I vent my anger to someone who's not even close to me at all? Just, take better care of your girl. She seems too fragile. I'm afraid that with one flick, she could fall over and shatters." aku senyum dan memegang tempat yang digenggam. Agak kuat hingga meninggalkan kesan merah. Rasa macam setiap hari je aku nampak mamat ni dekat rumah sini.

Dia tak ada rumah ke apa? Aku berjalan ke dapur untuk minum segelas air dan nampak papa yang sedang berdiri di depan sinki. "Papa, kenapa diri dekat sini?" dia tidak menyaut sehingga aku menyentuh bahu dia. Dia terus tersentak dan pandang aku. "Oh Vier, papa rasa pening kepala. Papa naik dulu ye." aku angguk. Papa naik tangga dengan kaki yang terhuyung hayang.

Air sejuk diteguk. Safrina tiba menolak gelas yang aku sedang minum, membuatkan aku tersedak. "Uhuk, apa kau ni Safrina! Tak nampak aku tengah minum?!" mata dia merah seperti baru sahaja menangis. "Kau tu! Kenapa dekat lagi dengan Hazim! Sampai pegang-pegang dia nampak! Tak malu ke?!" Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk menghadap hamba Mu yang ego ini.

"Kau, kalau nak start tuduh aku. Baik kau tahu cerita penuh. Kau jangan sampai aku heret kau dari rambut tu campak kau dalam kolam ikan belakang rumah. Banyak ikan koi papa yang nak makan daging kau. Lagi-lagi daging perempuan yang bernama Putri Safrina. Sedap daging kau tu."

Dia mendengus dan mencurahkan sisa air di dalam cawan ke muka aku. "Perempuan sial!" dengan kata-kata itu, aku terus melempang muka dia. "Jaga mulut tu. Jangan mencarut dengan aku. Dengan orang lain tak apa, tapi dengan aku memang cari nahas namanya. Faham?" aku menekan dada dia sebelum keluar dari dapur.

Tears Of Revenge Where stories live. Discover now