𝟏𝟗 𝓓𝓻𝓸𝓹

14 1 2
                                    

Aku melawat papa kerana dia ingin berjumpa dengan aku. Tidak tahu betul atau tidak. Encik Fazeel juga mahu ikut tetapi di tahan Encik Adam kerana masih banyak kerja yang belum disiapkan. Winter tunggu di kawasan yang berdekatan dengan hospital.

Aku ketuk pintu sebelum masuk ke wad papa. Sebakuk buah di bawa. Masuk sahaja, aku melihat Qistina yang seperti melihat drip yang masuk ke dalam badan papa. Satu picagari berada di tangannya. Papa pula sedang tidur. Aku terus menanggalkan drip yang sedang masuk ke dalam tangan papa.

"Ehh kau buat apa ni?!" Qistina menolak aku ke tepi. Picagari disembunyikan. "Kau tu yang buat apa! Mari sini benda tu!" aku cuba untuk capai picagari di tangan dia tetapi dia tolak aku dengan kasar hingga terlanggar meja di belakang. Aku jatuh terduduk, kepala rasa berdenyut sedikit. Telinga rasa berdesing.

Qistina terus berlari keluar. Aku sedaya upaya bangun dan melihat keadaan papa. Mujur tiada apa-apa yang berlaku. Aku bertahan pada besi di katil papa. Tangan naik menyentuh tempat yang rasa berdenyut di kepala. Terasa melekit.

Ada darah yang mengalir. Pada bucu meja itu juga terdapat kesan darah. Mata menjadi berat, tubuhku terjelepok ke lantak. Ada sepasang tangan memegang bahu aku. "Oi, Raja. Kenapa ni? Tak akanlah tengok papa kau pun dah nak pengsan?"

Dia menyentuh lembut belakang kepala aku. "Shit!" aku dibawa ke tempat rawatan kecemasan. Yang selebihnya, tidak tahu. Hanya satu yang aku ingat. "Ty yeshche ne mozhesh' umeret' (You can't die yet)"

Aku bangun dengan kepala yang berasa berat. Mata dibuka dengan perlahan. Aku perhati sekeliling kawasan. Aku toleh ke sisi dan melihat Winter yang sedang menghiris buah. "Winter?" dia pandang aku sebelum membantu aku bangun.

"Thank god you're awake. If you don't, I don't know what to say to Dato Fazeel." air drip dimasukkan ke dalam tangan. Aku melihat di pantulan kaca televisyen kepala yang berbalut ini. "Berapa lama saya pengsan?" dia melihat jam di tangan.

Dia menggeleng kepala dan menghela nafas. Muka berubah sedih. "1 hour Miss Navier..." dia punya muka tu macam aku pengsan 2 hari! 1 jam je pun! Buah yang ada di dalam piring dicapai. Zafriel mana?

"Bangun dah?" suara garau yang datang dari arah pintu. Winter dan aku toleh ke belakang dan melihat Zafriel. Winter bangun, meninggalkan aku dan Zafriel sahaja.  Dia mengeluarkan kotak rokok dan pemetik api. Rokok dinyalakan.

"Eh sedap hati kau je hisap rokok dalam kawasan hospital!" dia pandang ruang bilik itu. "Tapi, ni wad aku punya. So I'm free to do whatever I want."

Aku menutup hidung. Asap yang dihembus itu masuk ke hidung aku. Lemah betullah aku. "Kau tak boleh ke dengan asap rokok?" aku menjeling dia. Telefon di atas meja dicapai. Nombor polis didail di telefon dan tunjuk kepada Zafriel.

"Tekan la call tu. Ingat aku takut?" cis! Aku melepaskan hidung dan batuk. "Merokok dekat luarlah!" Zafriel melihat batang rokok itu dan masukkan ke dalam cawan yang berisi air.

Bekas rokok yang bertulis Treasurer London itu disimpan ke dalam poket seluar. "Dah. Puas hati?" aku mengangguk kepala. Dia tiba menegakkan badan dan baiki tali leher. Kepala aku yang berbalut dijentik lembut.

"Siapa buat kepala kau ni? Kalau kau cakap Qistina tu yang buat, memang mati dia." aku tundukkan kepala. Tajam pandangan Zafriel. Takkan nak cakap yang aku nampak Qistina pegang picagari lepastu tuduh dia usik air drip papa kut.

Percaya ke Zafriel ni? Lagipun, aku tiada bukti kukuh. CCTV pun entah ada ke tak. CCTV! Aku cuba untuk bangun dan pergi ke wad papa tapi Zafriel tarik tangan aku sehingga terbaring semula. "Kau nak pergi mana? Nanti aku cucuk tempat luka tu, duduk."

Ish, garangnye abang limah ni! "Kau jeling-jeling. Aku sekeh jugak budak ni kang. Cakap, dari A sampai Z. And don't even think of leaving even a piece of information." akibat ugutan Zafriel yang cukup ganas itu, aku ceritakan apa yang aku lihat.

Tears Of Revenge Where stories live. Discover now