Chapter 25

48 5 0
                                    

Malam hari,

"Okay semua dah berkumpul dekat sini ke? Delisha, Edward semua dah berkumpul kat sini ke?" Tanya cikgu Shafie yang berdiri di hadapan semua pelajar

"Sudah cikgu" Jawab Edward dan Delisha serentak

"Alright kita akan mulakan aktiviti kita pada malam ini mengikut group yang telah di berikan ye. Seperti yang di maklumkan sebelum ni, malam ni aktiviti kita adalah night walk ataupun kembara malam" Ujar cikgu Shafie

"Ada sesiapa yang mempunyai masalah? Sakit atau sebagainya? Sila maklumkan ye, cikgu tak nak jadi apa-apa pula. Ada sesiapa ke?" Soal cikgu Shafie

"Takde cikgu, semuanya okay" Jawab Edward mewakili semua pelajar

"Okay, cikgu akan berikan kepada cikgu Farid untuk terangkan aktiviti kita ni ye. Silakan cikgu Farid" Ujar cikgu Shafie

"Baiklah kalau macam tu, cikgu akan terangkan aktiviti kita ni ye. Yang pertama, sepanjang aktiviti kita ni, sila ikut group masing-masing. Pastikan semua ikut arahan yang di berikan. Setiap perjalanan korang kena ambil check point dan korang semua kena dapat 4 check point baru dikira berjaya selesaikan misi" Terang cikgu Farid

"Jangan risau, setiap check point akan ada tanda arah yang menunjukkan semua pelajar kena ikut arah tersebut untuk jumpa tempat untuk setiap check point. Korang juga di berikan masa selama 1 jam sahaja. Kalau lebih daripada satu jam tapi dapat selesaikan misi, misi tersebut tetap di kiri tidak berjaya. Faham semua?" Terang cikgu Farid lagi

"Faham cikgu!"

"Okay good. Kalau ada sebarang pertanyaan sila kemukakan sekarang ye. Takut nanti ada yang tak faham pula" Ujar cikgu Farid lagi

"Lagi satu tolong pastikan segala alatan seperti lampu suluh dan alat penting yang lain di bawa ye untuk pastikan keselamatan korang di dalam hutan nanti" Pesan cikgu Shafie

"Ouh ye, sebelum cikgu lupa. Cikgu akan amanahkan korang satu biji bola kecil setiap group dan cikgu akan amanahkan kepada setiap group tersebut untuk jaga bola itu ye. Kalau korang selesaikan misi tapi bola tu hilang kira misi korang tak berjaya ye. Ada faham semua?

Semua pelajar mengangguk faham dengan arahan cikgu Shafie dan cikgu-cikgu yang lain. Ada pelajar yang kelihatan excited dan ada juga pelajar yang kelihatan takut.

Yelah dah masuk hutan siapa je tak takut ann. Dengan malamnya lagi

"Okay baiklah, korang dah boleh mulakan aktiviti ni. Memandangkan group korang ada dalam enam group so akan jarakkan setiap minit kemasukkan ye. First group kita akan mulakan dengan group Aiman dan rakan-rakan lain. Seterusnya diikuti dnegan group Farah. Seterusnya, bla, bla bla dan akhir sekali group Edward ye. Ada bantahan?" Ujar cikgu Shafie

"Cikgu tak boleh ke saya tukar group. Saya nak satu group dengan Ed. Satu takut masuk hutan malam-malam macam ni. Kalau ada Ed takpe lah juga" Ujar Dania gedik sambil tersengih-sengih memandang ke arah Edward

Delisha dan Aina menyampah dengan tingkah Dania.

"Haa takde eh. Cikgu dah siap-siap bahagikan korang dengan group korang. Cikgu tak nak dengar sebarang pertukaran group. Dah sekarang bersiap, kejap lagi kita akan mulakan aktiviti kita" Ujar cikgu Shafie tegas.

Dania cemberut mendengar kata cikgu Shafie. Dia menjegilkan matanya memandang ke arah Delisha dengan pandangan tidak suka terhadap Delisha.

Namun seperti biasa bukan Delisha lah namanya kalau tak buat derr je. Edward pula buat tidak tahu sahaja.

The Enigmatic Mr Hazel EyesWhere stories live. Discover now