Chapter 17

56 8 0
                                    

Tiba sahaja di rumah Delisha berguling di atas katilnya dengan perasaan gembira dan bahagia dengan apa yang berlaku di cafe sebentar tadi.

Dia tidak menyangka yang Edward akan menariknya seperti itu, sedangkan dia sudah berusaha mengelak daripada bertembung dengan Edward. Namun sebaliknya pula berlaku. Dia memegang degupan jantungnya yang berdenyut laju.

"Arhhhh! Semua ni gila! Delisha stop fikirkan pasal tu lagi!" Teriak Delisha dan menekup mukanya menggunakan bantalnya.

"Adik! Adik okay tak tu?" Ketuk umi di depan pintu bilik Delisha

"Haa! Adik okay je ni umi!" Jawab Delisha sambil mengemaskan tudungnya lalu membuka pintu menyapa uminya.

"Hermm yelah! Ni adik mandi, solat, lepas tu turun makan eh!" Ujar umi lagi di luar pintu bilik Delisha

"Baik umi! Kejap lagi adik turun ye" Jawab Delisha dengan sengihan

Umi berlalu turun ke bawah. Delisha menghembus nafas lega, lalu menutup pintu biliknya semula dengan senyuman lebarnya. Dia mengambil tualanya dan berlalu pergi ke arah bilik mandinya.

"Haiii senangnya dalam hati, kalau crush suka~ seperti~ dunia~ ana yang punya...Huhuhu" Nyanyi sakan eh cik Delisha kita, bahagia sungguh nampaknya.

Selesai sahaja mandi dan solat, Delisha turun ke bawah dan dia melihat along dan abahnya sedang menonton televisyen sambil berbual berkaitan hal syarikat. Biasalah dalam dunia bisnes macam tu lah jadinya.

Namun aku tau yang along dan abah hanya berani berbual berkaitan syarikat ketika umi tiada sahaja jika tidak habislah telinga abah dengan along di ceramah oleh umi nanti.

Angah pula terpaksa kembali semula ke hospital setelah menghantar ku pulang ke rumah kerana ada kecemasan yang memerlukan khidmatnya.

"Bah, long, umi mana?" Sapa ku kepada along dan abah

"Umi ada tu ha dekat dapur" Jawab abah

"Adik pergilah tolong umi sana, bukan duk buat air liur basi je" Sambung along pula

"Adik nak pergi lah ni! Sampai hati along kata adik along yang cantik ni buat air liur basi! Adik ni walaupun tak cuci muka Daniel Padila suka tau!" Cemberut Delisha

"Haaa suka lah sangat dengan Daniel Padila dia tu! Kang kena tinggal macam kekasih dia apa tu nama Kathniel ke apa tu nama tu ha baru tau" Ujar along lagi

"Bukan Kathniel lah! Tapi Katherine Bernado!"

"Apa-apalah nama, dah pergi tolong umi sana" Arah along lagi

Delisha berlalu ke dapur dengan wajah cemberutnya lagi. "Umi! Ada apa-apa yang adik boleh tolong ke?" Sapa Delisha

"Ha boleh juga, adik tolong letak pinggan ni semua dekat meja depan tu ye" Arah umi

"Okay umi!"

Delisha meletakkan semua pinggan dan lauk pauk yang telah dimasak oleh umi. Seperti biasa mereka menjamu santapan mereka dengan gelak tawa ditambah dengan perkongsian kegiatan mereka sepanjang hari itu.

Tujuannya dapat mengeratkan lagi hubungan antara mereka walaupun jarang bersua muka disebabkan kekangan kerja dan sekolah Delisha.

Delisha naik semula ke biliknya setelah selesai makan dan membantu umi. Delisha meletakkan kepalanya dan berbaring di atas katilnya sambil melihat ke atas siling biliknya. Dia tersenyum sambil memandang siling biliknya. Dia masih tidak dapat melupakan lagi apa yang terjadi antara dia dengan Edward.

"Arhhh! Ya Allah ini kah yang dikatakan cinta? Dan adakah aku sudah benar-benar jatuh cinta?" Tanya Delisha sendiri

Ketika itu perasaannya lagi kuat mengatakan yang dia memang sudah jatuh cinta kepada Edward. Sedangkan sebelum ini dia sudah bertekad pada dirinya yang dia tidak akan jatuh cinta sebelum habis sekolah. Namun kini 'kata makan tuan'.

Ketika masih melayan perasaan telefom bimbitnya berbunyi. Ada chat daripada seseorang. Dia mengambil telefonnya dia meja tepi katilnya. Dia terdiam seketika melihat nama yang menghantar chat kepadanya. Dia seolah-olah bermimpi nama itu yang ada pada layar telefon bimbitnya ketika ini.

"Arhhhhhh!" Teriak Delisha gelabah campur dengan perasaan teruja

"Adik! Ya Allah okay tak tu? Ni dah kenapa terjerit-jerit dari tadi ni?" Tanya umi terkejut dari luar pintu bilik Delisha

Delisha tersedar apabila ditegur oleh umi. "Ehemmm, adik okay je ni umi! Tadi ada cicak ni ha!" Delisha berdehem seketika sebelum menjawab umi

"Heii! Ada-ada ajelah adik ni! Dah pergi tidur! Esok lambat bangun lagi umi tak tahu eh!" Tegur umi lagi

"Okay umi! Kejap lagi adik tidur" Jawab Delisha

Setelah umi berlalu pergi, Delisha melihat semula ke arah telefon bimbitnya. Tangannya usah dikata lagi menggeletar seperti direnjat elektrik sahaja. Crush chat lah katakan siapa je tak excited ye idok. Hehehe.

Delisha membuka chat daripada Edward. Dan dia tersenyum dengan chat yang dihantar oleh Edward.

Jangan ditanya macam mana dia boleh save nomber abe Edward tu, seperti di bab sebelumnya dia ambil dari telefon angah ye adik-adik. Jangan contohi akak Delisha ni ambil tanpa kebenaran. Tapi demi crush sapa je tak nak hahaha. Okay back to the story.

"Ehh, cik adik di sana dah tido ke?" Tanya Edward

"Belum lagi. Kenapa cik abang di sana? Rindu cik adik di sini ke? Hehehehe" Balas Delisha dengan tersengih-sengih. Dah macam orang angau dah.

"Perasan je cik adik yang di sana tu! Entah siapa nak rindu dia" Balas Edward dengan emoji menjelir lidah

"Eleh rindu aku lah tu tapi tak nak mengaku" Tutur Delisha sendiri dengan cebikkan.

"Elehh, jujur je lah rindu kita! Kita tak marah pun, kita suka adalah! Opsss" Balas Delisha lagi

"Kalau aku rindu pun kau nak balas ke?" Tanya Edward

Delisha teriak kuat lalu menekup mulutnya cepat melihat apa yang di hantar oleh Edward. Aihhh makin angau lah dia kalau macam ni. Macam mana dia nak letak muka esok sekolah ni. TOLONG!

"Kalau yang kat sana rindu. Kat sini lagi lah rindu!" Balas Delisha lagi.

Setelah benar-benar sudah menghantar chat tersebut kepada Edward, dia menutup datanya  dan meletakkan telefon bimbitnya semula ke meja sisi katilnya. Boleh naik gila dia kalau berterusan melayan chat dari Edward.

Dia menarik selimutnya dan menutup separuh badannya lalu menutup lampu biliknya dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir mungilnya. Pada malam itu, dia tidur dalam keadaan yang tersangatlah bahagia.

Dia tidak sabar untuk pergi ke sekolah pada esok hari. Jumpa abe Edrian dia lah katakan. Korang ada? Takkde kan? Lemahh!  Muahahaha.

Disisi lain pula, Edward tersenyum melihat balasan chat Delisha. Dia juga turut merasakan bahagia pada malam itu. Sudah terlalu lama dia tidak merasakan bahagia seperti itu.

Terakhir kali pada waktu ibu dan ayahnya masih hidup. Dan kini masih ada penyeri buat dirinya lagi dan dia berharap penyeri itu akan kekal bersamanya sampai bila-bila. Dia turut membiarkan balasan daripada Delisha lalu mematikan lampu biliknya dan berlalu ke alam mimpi.

Semoga dapatlah dia bertemu dengan pujaan hatinya walau dalam mampi. Tengok gatal juga abe Edward ni, bukan akak Delisha je. Dedua ulat naik daun. Hahahah.

Suka sangat eh akak Delisha dan abe Edward kita malam ni. Esok kita sambung sweet-sweet lagi eh.

Don't forget vote and comment
Thanks for read 🤍🕊️

The Enigmatic Mr Hazel EyesWhere stories live. Discover now