Chapter 9

73 8 1
                                    

Seawal jam 6 setengah pagi lagi Edward melangkah keluar dari rumahnya. Setiap hujung minggu Edward akan berjogging di kawasan komplex rumahnya. Dia mengunci pintu terlebih dahulu sebelum keluar dari rumah.

Mak Mah hanya bekerja pada hari isnin sehingga jumaat sahaja. Pada hujung minggu pula, Mak Mah tidak bekerja kerana Edward tidak mahu menyusahakan Mak Mah. Setelah memastikan semuanya selamat, dia melangkah keluar daripada rumahnya 

Ketika tiba di komplex, Edward memanaskan badannya terlebih dahulu sebelum memulakan lariannya. Dia berlari sebanyak 3 pusingan.

Pada pagi itu, tidak terlalu ramai orang berjogging. Mungkin disebabkan terlalu awal. Selalunya tempat tersebut menjadi tumpuan orang ramai kerana tempatnya yang dekat dengan perumahan penduduk.

Ketika melakukan pusingan kedua Edward terdengar suara merintih kesakitan. "Aduhh! Sakitnya kaki aku! Kenapalah masa ni juga kau nak jatuh bagai!" Ujar suara itu.

Edward mencari suara tersebut, dan pastinya suara itu adalah perempuan. Namun tidak berniat untuk mengetahui siapa gerangan tersebut. Dia meneruskan lariannya.

Namun ketika dia ingin meneruskan lariannya dia terlihat seorang perempuan sedang menunduk dengan terduduk memegang kakinya. Dia perasan gelang yang dipakai gadis tersebut adalah seperti gelang yang pernah dia lihat sebelum ini. Lalu dia mengambil keputusan untuk memberhentikan langkahnya.

"Cik okay ke?" Tanya Edward prihatin.

Perempuan tersebut mendongak memandang ke arah Edward. Mereka terlihat saling tergamam.

"Rian?" Soal suara itu.

Edward turut terkejut sebentar. Dia tidak menyangka akan terjumpa dengan gadis itu di situ.

"Delisha" Ujar Edward perlahan sambil memandang ke arah Delisha.

Edward tersedar kembali setelah mendengar rintihan Delisha. "Ni kau okay tak ni?" Tanya Edward.

"Dah nampakkan orang dah terduduk kat sini! Takkan okay pula!" Jawab Delisha geram.

"Yelah, sorry tanya soalan bodoh" Edward memohon maaf.

"Ni boleh jalan tak?" Ujar Edward bernada risau.

Delisha memandang lembut ke arah Edward.
Agak tersentuh hatinya apabila melihat Edward bersikap lembut dan prihatin terhadapnya.

"Heii! Kau okay tak ni? Aku tanya ni? Boleh bangun tak?" Ujar Edward sambil memetik jarinya ke arah Delisha.

"Haaa, Ohh boleh kot, saya try bangun jap" Muka ku usah di kata, merah kerana ketahuan menenung anak teruna orang.

Delisha melihat Edward tersenyum kecil. Tidak pasti dengan maksud senyuman tersebut.

Delisha terduduk kembali setelah mencuba untuk bangun. "Auchhh, sakitnya" Delisha mendesis kesakitan.

"Ni macam mana ni? Aku nak tolong macam mana?" Tanya Edward.

"Entah saya pun tak tahu, takpe lah awak, sambung lah jogging lagi, In Sha Allah saya boleh bangun ni" Delisha cuba berpositif.

Aku kesian melihat ke arah Delisha. Aku mengambil keputusan dengan mengangkatnya dengan gaya bridal style. Delisha terkejut dengan tindakan Edward.

"Ehhh! Awak turunkan saya! Awak buat apa ni? Soal Delisha terkejut sambil memukul Edward minta agar diturunkan.

Edward hanya melihat jalan menuju ke arah keretanya tanpa menjawab permintaan Delisha.

Ketika tiba di depan parking keretanya Edward menurunkan Delisha kasar. Ha nak sangat kan dia turunkan. Padanlah muka.

The Enigmatic Mr Hazel EyesWhere stories live. Discover now