Chapter 14

63 7 0
                                    

Delisha berjalan masuk ke dalam kelas dengan senyuman yang tak lekang dari bibirnya. Naik hairan siapa sahaja melihatnya. Dah macam orang gila nampaknya.

Aina berjalan ke arah Delisha dengan riak hairan.

"Kau dah kenapa Sha? Tersengih-sengih. Kau demam ka" Soal Aina melekapkan tangannya ke atas dahi Delish.

"Ishh aku okaylah! Takkan aku tak boleh senyum pula" Jawab Delisha dengan muka cemberut.

"Takde lah tapi dah kau duk tersengih-sengih, aku yang tengok ni pun naik seram tau tak" Terang Aina lagi.

"Kau ni Na kacau lah! Aku baru nak terbayang muka dia" Ujar Delisha malas.

"Muka siapa pula kau terbayang ni Sha? Tak pernah-pernah aku tengok kau macam ni" Ujar Aina kehairanan.

"Sebab kau tak pernah nampak aku macam ni lah kau perlu rasa bangga!" Seloroh Delisha.

"Banyaklah kau bangga! Naik pelik aku tengok adalah" Jawab Aina lagi.

"Hermm tak nak kawan kau lah macam ni! Aku baru nak cerita kenapa aku jadi macam ni" Delisha cuba bermain tarik tali.

"Eh Sha! Kau kan kawan aku satu-satunya yang cantik, cerita lah apa yang aku tertinggal" Pujuk Aina.

"Hermmm tak naklah! Kau cakap aku pelik!" Rajuk Delisha.

"Ehh tak! Tadi tu aku khilaf! Sekarang ni aku dah sedar dah. Cepatlah cerita Sha!" Pujuk Aina lagi.

Delisha memandang ke arah muka seposen Aina. "Yelah aku cerita. Nasib baik kau pandai pujuk kalau tak memang tak nak aku cerita dengan kau" Ujar Delisha lagi.

"Yelahh! Aku minta maaf okay! Dah cepatlah cerita?" Desak Aina.

"Hermmm yelah! Ye aku nak cerita lah ni! Aku rasakan lah kan Na, aku dah terfalling in love lah dengan seseorang" Ujar Delisha berbisik.

"Haa kau biar betul" Tanya Aina terkejut. Satu kelas memandang ke arah mereka.

"Shuhh! Kau ni Na takyah lah bising!" Tegur Delisha. Aina tersengih memandang ke arah mereka.

"Kau biar betul ni Sha! Lelaki mana yang kau boleh jatuh cinta ni?" Soal Aina tertanya-tanya.

"Kalau aku cakap ni kau jangan nak terkejut pula!" Pesan Delisha.

"Ya cepat cakap! Kau suka siapa ni?" Tanya Aina lagi.

"Edrian Edward Lee! Senior baru kita tu" Delisha berbisik ke arah Aina.

Delisha baru sahaja mengetahui nama penuh Edward setelah terdengar angahnya menyebut nama penuh Edward semalam. Entah apa yang mereka bincangkan sehingga menyebut nama Edrian.

Yang dia tau sekarang dia sudah mengetahui nama penuh Edrian. Hal ini kerana, sebelum ini dia hanya mengetahui nama Edward sebagai Edrian sahaja.

"Kau biar betul ni Sha?" Kejut Aina lagi dengan soalan yang sama.

"Betul lah! takkan aku nak main-main pula" Geram Delisha.

"Aku cuma tak sangka banyak-banyak orang kat dunia ni, kau boleh suka dengan dia. Dah lah dia tu banyak peminat dekat sekolah ni" Ujar Aina masih tidak percaya.

"Entahlah Na, aku pun tak tahu macam mana aku boleh sukakan dia. Yang aku tau, aku mula sukakan dia bila dia tolong aku hari tu" Terang Delisha.

The Enigmatic Mr Hazel EyesWhere stories live. Discover now