Chapter 11

62 7 0
                                    

Pulang sahaja dari sekolah, Edward keluar semula dari rumahnya. Seperti biasa Mah Mah menyuruhnya untuk makan sebelum keluar. Namun Edward menyuruh Mak Mah untuk menyimpan lauk yang dimasak oleh Mak Mah ke dalam peti sejuk.

Setelah pulang nanti, Edward akan memanaskan semula lauk yang dimasak oleh Mak Mah. Bukan saja-saja ye atau berniat membazir.

Mak Mah mengganguk faham dengan pesanan Edward dan juga berpesan agar Edward berhati-hati membawa motornya.

Mesti korang tertanya-tanya kan dari mana Edward dapat duit untuk bayar Mak Mah, dengan kos hidup sendiri lagi. Kereta dan rumah siapa yang bayar? Ye tak?

Untuk makluman,

Sebelum ibu dan ayah Edward meninggal, ayahnya telah menubuhkan sebuah syarikat besar. Namun ketika ini sedang diuruskan oleh orang kepercayaan ayah Edward. Kadang-kadang Edward sendiri akan turut padang melihat kerja-kerja yang memerlukan dirinya.

Dari sumber itulah, Edward mendapat duit untuk kelangsungan hidupnya. Kereta dan rumah pula sudah menjadi hak miliknya secara mutlak setelah ibu dan ayahnya meninggal dunia.

Edward melangkah ke arah superbikenya. Dia memakai helmet lalu keluar dari kawasan rumahnya. Ketika di jalan, dia perasan ada dua buah kereta hitam sedang mengekorinya. Dia tersenyum sinis melihat ke arah kereta-kereta tersebut.

"Kau bagi anjing-anjing kau kejar aku? Dasar pengecut!" Ujar Edward sendirian dengan nada sinis.

Edward menambah kelajuan motornya. Dia melihat ke arah cermin sisi motornya kereta-kereta tersebut sedang mengejarnya.

"Let's play a game!" Ujar Edward dengan penuh ke sinisan.

Edward membawa motornya denga kadar laju dan melewati kereta yang ada di depannya dengan mudah. Namun masih dapat di kejar oleh kereta-kereta tersebut.

Setelah tiba di tempat yang lebih sunyi. Dia memberhentikan superbikenya. Dia melihat orang-orang di dalam kereta tersebut turun dengan membawa kayu basbol di tangan.

Dia tersenyum sinis memandang ke arah mereka. "Korang nak apa dari aku? Takde kerja lain ke nak dibuat selain kejar orang? Dan tak penat juga ke jadi anjing-anjing orang tua tu?" Edward cuba memprovok mereka.

Edward tahu, lelaki-lelaki tersebut dihantar oleh siapa. Dan apa tujuan mereka mengejarnya.

Mereka memandang marah ke arah Edward. Ada yang mengetap gigi, dan ada yang cuba ingin menyerangnya. Namun ketua dari mereka menahan anak buahnya menyerang Edward.

"Kau sendiri tau kan apa yang kitaorang nak dari kau?" Soal lelaki tersebut dengan senyuman sinis.

"Ouhh ya? Korang tak malu ke minta benda yang bukan milik korang? Tak belajar agama islam dengan pendidikan moral ke kat sekolah dulu?" Edward memprove lagi.

Edward melihat ketua daripada lelaki-lelaki tersebut cuba menyabarkan dirinya.

"Aku rasa kau sendiri tau kan apa yang kitaorang boleh buat terutama ketua kitaorang buat dekat kau?" Tanya lelaki itu lagi.

Edward hanya tersenyum sinis membalas pandangan lelaki tersebut. Sikit pun dia tidak berasa gentar dengan mereka.

"Aku rasa baik korang jaga orang tua tu, takut korang balik je nanti hanya ada jasad yang tinggal" Edward membalas ugutan lelaki tersebut.

Anak-anak buah lelaki tersebut cuba menerpa sekali lagi ke arah Edward setelah mendengar kata-katanya. Namun masih di halang oleh ketua mereka.

"Macam ni lah, aku bagi kau masa untuk serahkan apa yang boss kitaorang nak, kalau tak aku bunuh perempuan nama Delisha Medina. Aku rasa kau kenal kan perempuan tu siapa?" Balas lelaki itu lagi sambil tersenyum kemenangan melihat perubahan pada wajah Edward.

The Enigmatic Mr Hazel EyesWhere stories live. Discover now