Chapter 23

56 4 0
                                    

Delisha berlari turun daripada bas yang dinaiki olehnya. Kena lari cepat supaya tak ditangkap anak singa. Kena baham kang. Hahahaha.

Delisha melihat Aina dari jauh dan dia mengorak langkahnya dengan cepat ingin menuju ke arah Aina.

Namun entah di mana silapnya, dia hampir terjatuh namun ada tangan menyambutnya daripada jatuh.

Delisha memandang ke arah orang yang membantunya daripada jatuh itu. Dia terpaku melihat pandangan tajam itu.

Sama dengan pandangan di bas tadi. Mereka saling terpaku melihat antara satu sama lain. Delisha ni semua perkara dia nak terpaku ye. Biasee diaa.

"Ya Allah Isha kau okay tak ni?" Soal Aina bernada risau

"Erhmm ha aku okay je ni" Dehem Delisha sebelum menolak tangan tersebut daripada pinggangnya

"Kau ni kan Sha. Cuba elok-elok sikit. Janganlah lari macam tu. Kang jadi apa-apa nanti apa aku nak jawab dekat umi abah kau. Dengan along angah kau lagi" Pesan Aina dengan nada risaunya lagi

"Ye sorry. Aku tak sengaja tadi" Ujar Delisha memujuk Aina

"Emmm yelah. Eh Rayyan terima kasih tau tolong Isha tadi" Ucap Aina mewakili Delisha

"Ermm no problem" Balas Rayyan namun pandangannya menuju ke arah Delisha

"Sha say thank you lah" Bisik Aina kepada Delisha namun masih boleh di dengar oleh Rayyan. Telinga lintah betul!

"Ermmm thanks Rayyan tolong saya" Ucap Delisha kekok sambil memandang ke arah Rayyan

Rayyan hanya menggangukkan kepalanya mendengar ucapan Delisha. Lalu dia berlalu pergi ke arah tempat pelajar lain sedang berkumpul

"Ni, kau betul-betul okay tak ni Sha?" Tanya Aina cuba memastikan lagi

"Yee aku okay. Jangan risaulah. Dah jom pergi sana" Delisha menarik tangan Aina menuju ke arah Rayyan dan pelajar yang lain berkumpul

"Okay baiklah semua dah ada kan? Sebelum kita mulakan perkemahan kita ni, cikgu nak pesan sekali lagi tolong ye jaga adab dekat tempat orang ni. Jangan nak ikut kepala je semua. Dan tolong ikut semua arahan cikgu boleh?" Ujar cikgu Shafie

"Bolehhhh!" Balas semua pelajar dengan semangat

"Okay good. So cikgu akan bahagikan korang dengan beberapa group ye. Setiap group tu ada 4 orang so korang kena duduk dalam satu khemah ye! Faham semua?"

"Faham cikgu!"

"Okay bagus pelajar-pelajar cikgu ni" Puji cikgu Shafie

"Lagi satu cikgu nak korang jaga diri masing-masing ye. Kalau boleh sepanjang perkemahan kita ni, aktiviti yang dijalankan berjalan dengan lancar. Dan sekiranya ada yang sakit atau sebagainya sila maklumkan kepada cikgu atau guru-guru yang lain ye" Pesan cikgu Shafie

Cikgu Shafie mula membahagikan kami kepada beberapa orang group untuk ditempatkan di dalam satu khemah.

Dan aku bersyukur yang Aina dan aku dalam satu group yang sama.

Takdelah nak awkward nanti. Walaupun seorang daripada ahli group aku adalah rakan sekelas ku namun tidak akan sama rasa selesa seperti bersama Aina.

"Okay baiklah seperti yang cikgu maklumkan. Lepas ni tolong ambil tempat masing-masing dan kita dah boleh mula memasang khemah mengikut group sendiri" Terang cikgu Shafie lagi

The Enigmatic Mr Hazel EyesWhere stories live. Discover now