Chapter 5

87 7 3
                                    

Balik je sekolah aku berjalan menuju ke library sekolah ku. Pada awalnya Aina ingin turut serta namun disebabkan hal-hal tertentu, dia terpaksa pulang terlebih awal. Tinggal lah aku seorang diri.

Aku berjalan sambil menunduk melihat tali kasut aku yang terbuka, dan aku ingin mengikatnya kembali. Namun tanpa ku sedari semasa aku berjalan sambil menunduk, aku terlanggar seseorang.

"Aduh sakitnya! Nak berapa kali juga aku kena langgar orang ni." Aku mendengus perlahan sambil mengutip kembali buku aku yang terjatuh.

Aku mendongak ke atas ingin melihat siapakah yang menjadi mangsa yang aku langgar. Aku terpaku seketika melihat raut wajah tersebut.

Kacak sangat ni matt, macam putera jatuh dari langgit. Dengan kening tebal terbentuk elok, hidung mancung, bibir pink tanda tak merokok dan paling tak boleh mata dia warna hazel!.

'Masya Allah indah nya ciptaan mu ya Allah'. Aku terpaku seketika.

"Mata awak cantik lahh beli kat mata eh?." Puji Delisha tanpa malu.

Aku mendengar dia berderhem seketika tanpa menjawab pertanyaan ku.

"Eh, sorry awak saya tak sengaja langgar awak tadi." Ujar ku memohon maaf sambil membangunkan diri lalu tersenyum ke arah nya.

"Kau memang jenis yang suka langgar orang kan. Lain kali mata tu tengok jalan, bukan tengok bawah!." Jawabnya kasar sambil membersihkan seluarnya yang kotor.

Aku melihat ke arahnya dengan wajah berkerut. Ha ni yang nak marah ni, muka dah elok, tapi takde adab. Tapi jap apa maksud dia yang aku suka langgar orang eh. Eh apa-apa lah.

"Awak dah kenapa, saya dah minta maaf, yang awak nak marah saya balik ni dah kenapa?. Ye saya tau yang saya salah tapi tak payahlah jawab kasar-kasar hati saya ni lembut tau tak." Ujar ku kesal.

Aku cuba menyabarkan hati. "Takpe Isha, tarik nafas dan hembus, tarik lagi dan hembus. Orang cantik kena sabar." Ujar ku di dalam hati cuba memujuk diri.

Dia melihat ke arah ku dengan wajah jengkel.
"Eh eh mamat ni, tau lah tak puas hati, tapi tak payah lah tengok aku macam tu sekali, tau lah aku cantik." Eh, sempat lagi memuji diri sendiri.

"So sekarang ni kau nak kata aku pula yang salah, banyak cantik muka kau." Ujarnya kasar lagi.

Aku mencerlung mata melihat ke arahnya. "Dah tu nak saya buat apa?. Lagipun saya bukan sengaja langgar awak dan awak tak luka sikit pun kan? tak payah lah nak kecoh sangat." Jawab ku dengan riak tidak puas hati.

"Eh kau ni kan, nasib baik kau perempuan, kalau tak memang aku... ishh." Dia memandang geram ke arah ku lalu pergi tanpa menghabiskan ayatnya.

"Ha pergi, pergi macam lah aku kisah sangat dengan dia tu." Ujar ku kuat tak mahu kalah sambil melihat ke arahnya yang berlalu pergi.

Aku turut melangkah pergi setelahnya. Petang itu aku tidak jadi pergi ke library, kerana mood belajar ku di bawa pergi dengan insiden berlaku sebentar tadi.

"Haih, apalah nasib aku malang sangat ni." Ujar ku perlahan sambil bergerak ke arah bass stop sekolah menunggu along menjemput.

Ketika along tiba aku terus masuk ke dalam kereta dengan muka cemberut. "Adik okay tak ni? Hari ni belajar macam mana okay tak?." Tanya along prihatin.

"Ye semua okay je." Aku menjawab tak bermaya.

"Kenapa ni dik? Adik ada masalah tadi ke kat sekolah? Meh lah share dengan along." Ujar along lagi.

Aku hanya memandang ke arah tingkap. "Takde apa pun long, adik pening sikit je ni, mungkin sebab penat sekolah tadi kot." Jawab ku perlahan.

"Takpe lah kalau macam tu, adik tidur lah dulu rehatkan badan, dah sampai nanti along bangunkan". Ujar along prihatin lagi.

Aku merehatkan badan lalu memejam mata. Setelah itu aku sudah di bawa mimpi indah. Suasana sepi sepanjang perjalanan kami. Setelah tiba di rumah, along megejutkan ku dan berpesan untuk aku berehat. Aku sempat mengucapkan terima kasih kepada along sebelum naik ke bilik.

Tengok, Sweet sangatlah along ni, nampak je tegas tapi sayang sangat kat adik dia yang cantik ni. Hehehe.

Malamnya,

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Malamnya,

"Adik bangun! Dah nak dekat maghrib dah ni, ni ada solat asar tak tadi?". Angah membangunkan aku.

"Hermm, adik dah solat tadi, jam berapa dah ni ngah?." Tanya ku dengan mata yang terbuka sedikit.

"Dah jam 6 setengah dah ni, dah bangun, tak elok tidur waktu maghrib macam ni." Tegur angah.

"Hermm, Okay ngah!." Ujar ku ringkas.

Setelah membangunkan ku, angah keluar. Aku duduk sambil merenggang badan, mencuba mengumpul semula nyawa yang telah hilang sebentar tadi.

"Aihh kenapa lah banyak-banyak orang dekat dunia ni, kena mamat mata hazel tu juga aku mimpikan. Dah lah aku mimpi kawin dengan dia, tak nak lah aku, tolong jauhkan lah." Aku mengusap muka ku dengan kasar cuba menyadarkan diri.

Setelah itu, aku turun daripada katil dan begerak ke arah bilik mandi dan menunaikan kewajiban ku sebagai seorang muslimin.

Aku menuruni tangga ingin ke bawah lalu terhidu bau yang sangat sedap. Aku melihat ibu sedang memasak ayam masak merah and it's my favourite. Auhh tak sabarnya nak makan.

"Umi! Sedapnya bau." Aku menerpa ke arah umi dan memeluknya dari belakang.

"Dah bangun dah, anak umi ni?" Kepala adik sakit lagi tak?." Tanya umi prihatin.

"Tadi lagi adik dah bangun, kepala adik pun dah okay." Ujar ku perlahan.

"Risau juga umi bila along kata adik tak berapa sihat sangat tadi. Umi bernada risau.

"Takde apa pun umi, adik okay je, biasalah penat sikit kat sekolah tadi." Aku menenangakan umi.

"Syukur lah kalau macam tu. Lain kali kalau sakit lagi janganlah diam je macam tadi, bagitau umi terus. Takde lah umi nak risau sangat." Ujar umi mengingati ku.

Aku tersenyum kecil ke arah umi dengan keadaan masih memeluk umi. "Ye umi, adik janji lepas ni kalau adik sakit, adik terus cari umi tau, promise."

Umi senyum ke arah ku lalu menepuk bahu ku perlahan. "Dah, pergi sediakan pinggan semua, umi dah siap masak ni, boleh kita makan terus."

Aku menurut kata umi, dan seperti biasa gelak tawa menghiasi makan malam kami. Kedua orang tua ku bukanlah seperti orang tua yang lain yang tidak berapa menyukai suasana yang bising di meja maka. Malah bagi umi dan abah ketika makan bersama jugalah kami dapat berkongsi segala cerita sedih dan gembira yang berlaku pada kami.

Namun, umi kurang suka sekiranya along atau abah bercerita mengenai hal bisnes ketika di rumah, kerana bagi umi hal kerja tidak akan pernah habis. Oleh itu, ketika di rumah semuanya harus fokus untuk quality time sahaja.

Don't forget Vote and Comment
Thank you! ❤️


The Enigmatic Mr Hazel EyesWhere stories live. Discover now