Chapter 2

108 10 0
                                    

Keesokkannya,

Edward menuruni tangga rumahnya lalu Mak Mah menegur Edward untuk bersarapan dahulu sebelum ke sekolah. Namun dia menolak dengan lembut, kerana sudah terlalu lewat untuk ke sekolah.

Mak Mah merupakan pembantu rumah keluarga Edward sejak dahulu lagi.

Edward menganggap Mak Mah seperti keluarganya sendiri begitu juga Mak Mah kerana dari kecil sehingga besar Mak Mah ada bersamanya.

Ketika berlaku peristiwa tragik tersebut pun Mak Mah lah yang tetap bersamanya dan memberi semangat untuk dia meneruskan hidup.

Sedangkan yang ada pertalian darah dengannya hanya memperlihatkan muka pada waktu ibu dan ayahnya dikebumikan sahaja.

Ya, Edward masih ada keluarga lagi satu-satunya sahaja iaitu datuknya.

Namun hubungan Edward dan datuknya tidak begitu aik kerana perkahwinan ibu dan ayahnya terdahulu tidak mendapat restu datuknya. Oleh itu, dia tidak pernah mersakan kasih sayang seorang datuk.

Pov Edward,

Sebelum keluar rumah Mak Mah bertanya lagi kepada Edward "Ed tengah hari ni Ed balik ke? Kalau Ed balik Mak Mah nak masakkan Ed ketam masak lemak cili api."

Setelah mendengar menu masakkan yang ingin dimasakkan oleh Mak Mah Edward cepat sahaja menyetujuinya. "Ye, Mak Mah Ed balik makan tengah hari ni, masak sedap-sedap tau." Jawabnya sambil tersenyum kecil memandang ke arah Mak Mah.
Senyuman yang jarang dilihat, dan hanya orang tertentu sahaja mampu melihatnya.

"Ed pergi dulu ye Mak Mah, assalamualaikum." Pamit Edward.

"ye, hati-hati bawa motor tu ye Ed, waalaikumsalam." Jawab Mak Mah

Setelah itu, dia menuju ke arah motosikal Suzuki GSXnya untuk ke sekolah. Ketika tiba di sekolah semua mata pelajar menuju ke arahnya dan dia hanya membiarkan saja, walaupun agak rimas dengan pandangan orang terhadapnya. Tidak ketinggalan geng gadis pembuli disekolahnya.

Dia menuju ke kelasnya dengan muka dingin tanpa riak.

Aiman menyapa Edward dengan memukul bahunya perlahan, ketika melihatnya duduk di dalam kelas tersebut. "Ed, kau baru sampai ke?".

Edward tidak menjawab pertanyaan tersebut, dan hanya meletakkan mukanya di atas meja dengan mata terpejam.

Aiman berdehem ketika pertanyaannya tidak dijawab. "Ed petang ni kau ikut tak latihan bola keranjang tu? aku macam malas nak join lah, kalau kau tak join aku pun tak nak joinlah, biar kita kena marah sekali hehehe bijak tak aku." Tanyanya lagi.

Edward hanya melihat Aiman dari sisinya saja lalu menjawab dengan nada yang bosan. "Tak aku malas." Jawabnya ringkas.

Dalam hati Aiman dah menyumpah serana diberikan kepada Edward namun dia cepat-cepat menyabarkan hati kerana sudah lali dengan sikap Edward yang keras hati itu.

"Ouhhh takpelah kalau macam tu aku cau lu." Aiman berlalu dan duduk ke tempatnya semula.

Lagipun hanya Aiman sahaja yang berani menegur Edward. Aiman dikenali sebagai muka tidak tau malu atau muka tembok kerana perwatakannya yang extrovert dan mudah bergaul dengan orang lain.

Namun disebalik sikapnya yang 'gila' itu dia memiliki rupa paras yang kacak tetapi tak mampu melebihi kekacakkan Edward kite lerrr hehehe.

Kelas mereka bermula, namun Edward tidak menunjukkan rasa minat ingin belajar, malah kembali meletakkan kepalanya di atas meja.

Walaupun baru berpindah sekolah, guru-guru sudah sedia maklum dengan sikap Edward, kerana salah satu faktor dia di pindahkan ke Daimond High School ini disebabkan sikapnya seperti itu.

Namun disebalik sikapnya seperti itu, Edward merupakan seorang pelajar yang pintar. Tetapi setelah ibu bapanya meninggal, semuanya berubah dengan pantas.

Dia menunjukkan sikapnya yang bertentangan dengan dirinya. Kebolehan dan kepintaran yang ada pada dirinya disimpan dan dikunci rapat dalam dirinya.

Don't forget Vote and Comment
Thank you! ❤️

The Enigmatic Mr Hazel EyesWhere stories live. Discover now