Chapter 24

45 6 2
                                    

"Baiklah semua sudah siapkan khemah masing-masing kan?" Soal cikgu Imad

"Sudah cikgu!" Sahut semua perlajar

"Okay, so untuk hari ni kita akan mulakan aktiviti kita pada waktu malam ye"

"Seperti yang cikgu Syafie maklumkan sebelum ni, korang di bahagikan kepada beberapa group kan? Namun itu hanya untuk group ahli khemah sahaja. Cikgu akan bahagikan dalam group lain lagi untuk sepanjang perkemahan ni berlangsung. Boleh tak semua?" Terang cikgu Imad

"Boleh cikgu!"

"Untuk makluman lagi, cikgu dan guru-guru yang lain dah sebulat suara memilih Edward dan Delisha sebagai ketua dan penolong untuk membantu cikgu dan guru-guru yang lain sepanjang perkemahan kita ni berlangsung" Beritahu cikgu Imad

Aina menoleh dan memandang Delisha dengan muka terkejut begitu juga dengan Delisha

"Cikgu! kenapa Delisha pula? sedangkan ada je pelajar senior lain boleh jadi penolong Edward" Soal Dania tidak berpuas hati diikuti anggukan daripada Izzati dan Syuhada. System backup lah katakan

"Cikgu dan guru-guru sengaja pilih Delisha sebab kitaorang nampak yang Delisha boleh handle benda ni. Cikgu juga sengaja pilih Delisha supaya lebih seimbang. Korang dah nak spm tahun ni so untuk tahun depan cikgu dah tak risau sebab ada yang boleh ganti Edrian handle benda yang sama macam Edrian buat" Terang cikgu Imad lagi

Dania cemberut tidak berpuas hati dengan jawapan cikgu Imad, begitu juga dengan respon pelajar lain yang mengangguk setuju dengan apa yang dikatakan oleh cikgu Imad.

Dania menoleh ke arah Delisha sambil memeluk tubuh dengan wajah menyampah. Delisha pula seolah-olah dalam dunianya sendiri.

"Ada bantahan lagi?" Soal cikgu Imad

"Takde cikgu"

"Delisha dengan Edward setuju kan?" Tanya cikgu Imad sambil melihat ke arah Edward dan Delisha begitu juga pelajar yang lain

"Saya okay je cikgu" Jawab Edward manakala Delisha diam tidak menjawab pertanyaan cikgu Imad

"Pestt Sha cikgu tanya tu" Ucap Aina berbisik sambil menyiku Delisha perlahan namun masih tiada respon daripada Delisha

"Delisha! Delisha!" Panggil cikgu Imad cuba menyedarkan Delisha yang menghayal itu

"Ye cikgu! Maaf cikgu tanya apa tadi?" Soal Delisha seolah baru tersedar. Aina menepuk dahinya melihat respon Delisha

"Cikgu tanya Delisha okay tak yang Delisha dan Edward akan bantu cikgu handle perkemahan ni?" Tanya cikgu Imad lagi

"Haaaa ye cikgu saya pun okay je" Jawab Delisha dengan senyuman paksa

"Okay baiklah kalau macam tu, lepas ni tolong jumpa saya ye" Ujar cikgu Imad

"Baik cikgu!" Jawab Delisha dan Edward

"Sebelum cikgu lepaskan korang untuk rehat, cikgu akan sebutkan terlebih dahulu nama dan ahli groupnya ye. Yang pertama, Farisha, Izzati, Ewan dan Muzamil. Seterusnya, Furqan, Innara, dan bla,bla,bla"

"Sha kau okay tak ni?" Tanya Aina berbisik

"Aku okaylah Na, tadi tu aku just tak expect je yang cikgu akan pilih aku dengan Edrian"

"Aku pun agak terkejut juga tadi sebab yelah banyak-banyak orang cikgu pilih kau dengan Edward juga. Yelah bak kata orang kalau dah jodoh tak ke mana ye tak?" Usik Aina

The Enigmatic Mr Hazel EyesWhere stories live. Discover now