Chapter 19

59 6 0
                                    

Delisha berjalan pantas menuju ke arah kelasnya diikuti Aina yang mengejar di belakangnya.

"Sha! Jalan perlahan lah sikit, kelas tu bukannya lari mana pun" Ujar Aina dengan nada kuat

Delisha mengurangkan kelajuan jalannya dan menunggu Aina yang cuba menyayingi langkahnya itu.

"Cepatlah Na, aku nak masuk kelas ni" Ucap Delisha dengan wajah yang masam

"Ye tau. Aku pun nak masuk kelas juga, tapi kau takyahlah nak laju sangat masuk kelas tu. Bukannya jauh mana pun. Penat tau kaki aku kejar kaki pendek kau tu"
Ujar Aina sempat mengutuk kaki Delisha

Delisha memandang geram ke arah Aina. Suka-suka dia je kutuk kaki aku yang comel ni. Kalau sampai kat muka ada juga pertambahan pesakit dekat wad icu tu.

Ketika itu, Aina dan Delisha sama-sama menuju ke arah kelas mereka. Namun sebelum masuk ke dalam kelas mereka, tiga sekawan menghalang laluan mereka. Aina dan Delisha memandang ke arah tiga sekawan tersebut.

Seperti yang di agak, tiga sekawan itu adalah geng kaki buli iaitu Dania, Izzati dan Syuhada. Tak tahu lah apa yang dorang nak dekat Delisha dan Aina.

Mereka memandang jengkel ke arah Aina dan Delisha seolah-olah ada perkara keji yang telah mereka lakukan.

"Maaf ye akak-akak bertiga, ada apa ye halang laluan saya dengan kawan saya ni?" Tanya Delisha memulakan bicara

"Heii kau tau tak yang kau dah kacau sesuatu hak milik boss kita orang punya?" Ujar Syuhada dengan nada tidak puas hati ke arah Delisha

"Maaf ye tapi 'hak' apa yang di maksudkan oleh awak bertiga kitaorang tak faham" Tanya Aina mewakili Delisha

"Heii takkan kau tak tau kot! Yang kau dekat dengan Edward tu apahal eh? Kau tau tak Edward tu boyfriend aku?" Soal Dania ke arah Delisha dengan riak tetahan marah

"Maaf sekali lagi, tapi saya rasa saya tak kacau atau dekat pun 'boyfriend' akak" Terang Delisha cuba mempertahankan dirinya

Ketiga-tiga gadis tersebut terutama Dania tidak berpuas hati dengan apa yang diperkatakan oleh Delisha.

"Ehh kau ingat aku buta ke? Aku nampaklah yang Edward duduk dekat meja korang waktu rehat tadi! Dan punya main mesra kau dengan Ed! Kau ingat kau siapa nak dekat-dekat macam tu dekat Ed! Sedarlah diri tu sikit!" Ucap Dania geram

Delisha cuba menyabarkan dirinya, begitu juga Aina yang mengelus belakang Delisha cuha memujuk dirinya agar lebih bersabar lagi.

"Hermn macam ni lah, saya nak minta maaf kalau saya memang kacau 'boyfriend' awak tapi saya memang takde niat nak kacau atau caras boyfriend awak ye. So awak jangan risau" Ucap Delisha dengan nada yang masih perlahan

"Hermmm bagus! Aku tak nak tengok kau dekat dengan Ed atau bercakap dengan dia lagi. Faham? Kalau tak taulah nasib kau macam mana nanti!" Pesan Dania diikuti ugutan ke atas Delisha.

Mereka bertiga berlalu pergi setelah selesai dengan Delisha. Delisha pula, cuba menarik nafas yang paling dalam cuba memupuk kesabarannya yang hampir meledak sebentar tadi.

Nasib baik ada Aina juga kalau tak memang habis tiga sekawan tu tadi. Senior tak senior ingat kita takut ke. Ni Delisha lahh.

"Sha kau okay tak ni?" Tanya Aina risau

"Hermm aku okay! Kau takyah risau lah setakat tiga orang tu apalah sangat" Jawab Delisha cuba menenangkan Aina

"Aihh tak faham betul lah aku dengan tiga orang tu. Ingat dorang yang paling kuat ke kat sekolah ni" Ujar Aina geram

The Enigmatic Mr Hazel EyesWhere stories live. Discover now