NEW: Introducing Tap. Addictive chat stories for your 📲 Now in 10 languages
DOWNLOAD NOW!
Seribu satu

Seribu satu

8.2K Reads 360 Votes 8 Part Story
CoffeeFreak By coffee_freak92 Updated Mar 06

"Kakak tidurlah dengan Lisa malam ni. Lisa takut." Kanak-kanak kecil itu bersuara separuh memujuk. Aku mengukir senyum.

"Nak takut apa. Kan kakak ada ni."
"Bila kakak keluar bilik, patung clown tu selalu kacau Lisa." Lisa menunjuk ke arah patung clown di sebelah closet.

"Kalau Lisa takutkan patung tu, kejap lagi kakak bawa patung tu keluar, okay?" Aku memberi penyelesaian.

Setelah Lisa kembali tenang dan tertidur, aku melangkah keluar bilik dan menuju ke dapur. Menyambung tugas membersihkan dapur yang tergendala sebentar tadi. Ini kali pertama aku bertugas sebagai cleaner sambilan di rumah banglo dua tingkat ini. Sebentar lagi aku harus pulang. Esok ada kelas pagi.

Telefon bimbitku berdering. Tertera nama isteri tuan rumah, Puan Sarah di skrin telefon.

"Hello."
"Hello, Amy. Dah selesai bersihkan dapur?"
"Hampir siap, puan. Tadi saya berhenti sekejap. Sebab anak perempuan puan panggil saya. Ajak teman dia tidur. Dia takut dengan patung clown dalam bilik dia katanya."

Puan Sarah terdiam sebentar. Kemudian bersuara.

"Patung clown tu suami saya beli untuk sambutan Halloween tahun lepas. Tapi Amy.. anak perempuan kami sudah meninggal dunia 7 tahun lepas"

Huh?

AinaNabila07 AinaNabila07 Aug 31, 2016
Gila seram hahahahaha. Macam tak percaya cerita ini macam ini.
_keding _keding May 09, 2016
Pisang goreng cicah sambal kicap tu real pisang ke apa? Hahaha
LeezJoon LeezJoon Feb 10
Perghh!Gila best!Mmg lain dari yg lain..good job,author! Love it!
                              Dari smlm dok cari cerita seram yg best..jumpa jgk 1..hehe
                              Will read till the end 😆