Mac 12 2020 - #6 kemurungan , #13 depresi #32 aku Wajah Rasyid yang terbakar terlayar di hadapan kaca mata Naaila. Dia tidak mahu membunuh lagi. Namun perilaku Ehsan, apa yang telah lelaki itu bisikkan pada mama dan papanya membuatkan dia mahu lelaki tersebut mati. Dia betul-betul benci dengan Ehsan. Naaila mengeluh panjang. "Ya Allah, aku dah cuba. Kenapa aku masih lagi berada ditempat yang sama?" tanya Naaila bersendirian. Hati ini selalu diluka hingga tiada rasa dalam jiwa, untuk aku ketawa gembira seperti dahulu kala. Hati aku ini dipagut rasa kecewa, hingga tiada lansung belas rasa apa dalam jiwa, semua; aku rasa kosong. Dia permainkan semua yang aku ada; segala apa yang aku pernah ada. Naaila menutup buku nota tersebut. Dia bangun dan meletakkan buku nota tersebut ditepi bantalnya. Dia rasa bersyukur kerana dia seorang manusia yang telah dikurniakan bakat dalam bidang penulisan. Dia tidak perlu risau akan sesiapa yang mungkin akan membaca buku nota tersebut. Kata-kata yang dia gubah semuanya berbelit, tidak mungkin hanya akan membuahkan satu maksud. Dia cuba untuk menutup matanya, namun tidak mampu. Wajah Danish bermain-main di dalam mindanya. ~~~~~~~~~~~~~~ "AKU" berkenaan seorang wanita yang bernama Naaila. Dia mengalami depresi yang teruk akibat perbuatan jahat bekas teman lelakinya. Dia cuba untuk mencari agamanya, mengukuhkan tiang hidupya, namun tidak mampu. Dia selalu rasa mati; dia mahu mati. "AKU" bukan kisah cinta biasa. "AKU" kisah duka seorang wanita yang membunuh kerana rasa cinta pada lelaki yang betul-betul menghargai dirinya.