Bab 2

1.2K 103 4
                                    

SELEPAS pulang ke rumah, terus aku melompat atas katil. Empuk sangat. Mahu berhibernasi tiga hari aku begini.

Bulan dah bertukar shift dengan matahari. Letih betul naik flight dari Johor pergi ke Sarawak. Perjalanan sejam tiga puluh minit. Sakit segala sendi urat badan tidur tegak dalam kabin pesawat. Tahu-tahu dah isyak bila sampai sini.

Mengapa di Johor dan bukan di Perak? Passing out parade memang ditetapkan di Tanjung Pengelih, Johor. Upacara itu dilakukan ibarat penutup kursus perajurit muda setelah berkursus selama enam bulan. Apabila tamat latihan, semua perajurit muda akan diberi cuti selama dua minggu sebelum kembali untuk melapor diri di Lumut sebagai seorang anggota TLDM. Dari situ, mereka bakal mengikuti kursus lanjutan kepakaran masing-masing selama enam bulan. Kursus itu beri penekanan kepada kepakaran sebelum mereka menjalani Latihan Sambil Belajar di kapal-kapal selama enam bulan atau lebih. Bergantung kepada kepakaran masing-masing.

Entah kepakaran apa yang aku akan dapat nanti. Kalau boleh, nak mencabar sikit. Sikit ajelah, jangan lelebih pula. Hahaha gurau. Tengoklah aku ditakdirkan masuk ke bahagian mana. Asalkan aku dapat terus berkhidmat di sana.

Jam menunjukkan pukul sepuluh malam. Mandi pun belum. Baju dalam bagasi belum dikeluarkan. Masam semerbak baunya. Kalah rumah sampah dekat hujung taman perumahan. Silap-silap nyamuk tak ingin nak hisap darah aku. Tak tentu pasal rasa kelat time sibuk menyedut. Ingatkan rasa darah, tahu-tahu peluh kering yang dia dapat.

Lantas aku bangkit dari pembaringan. Zip bagasi dibuka. Segala barang dibawa keluar. Pakaian, skincare dan barang keperluan lain. Berbelang pergelangan tangan aku akibat berjemur bawah matahari. Daripada putih pucat terus jadi kuning langsat. Macam kena jaundice pula.

Tuala mandi ditarik keluar. Telefon pintar dicapai lalu membuka library music untuk memainkan playlist lagu. Taklah rasa sunyi bila mandi. Dapat juga buat karaoke show sendiri.

Lagu phonk dan bell typa beat menjadi pilihanku. Barulah aura garang tu terasa. Kekadang aku kuat berangan macam ada orang edit aku in hot scene. Padahal bukan artis.

Pintu bilik air diterjah masuk. Baru nak tutup pintu, terkejut aku tengok muka jembalang menjenguk di pintu masuk. Rambut dahlah serabai, boleh kena heart attack aku dibuatnya.

"Apa lagi kau nak Yad? Lain kali ketuk lah pintu sebelum masuk!" berang aku dengan sikap Yad suka redah masuk tanpa izin aku. Nasib baik aku masih lengkap berbaju biru dan berseluar kelabu.

"Eh sorry! Aku nak tanya kau something,"

"Ish tunggu lepas aku mandi lah! Dah syuh, syuh!" Selamba aku halau Yad pergi. Bagilah aku me time. Nak sejukkan badan sementara.

"Iyalah... Nanti kau datang bilik aku. Boleh claim reward terus." Samar-samar suara Yad sebelum terdengar pintu bilik terkatup rapat. Ganjaran apa? Nak merasuah aku buat kerja dia lah tu. Mentang-mentang aku dah balik, sesenang dia aje gunakan khidmat aku jadi bibik dia. Huh.



PINTU bilik Yad diketuk beberapa kali sebelum aku melangkah masuk dengan tuala masih melilit atas kepala. Yad santai baring bermain telefon atas katil. Setiap sudut bilik aku perhatikan. Hm... Tersusun. Tak bersepah langsung. Buku atas meja elok dikemas atas rak. Tak mungkin dia nak suruh aku cuci kereta dia esok pagi.

"Tutup pintu. Duduk sini. Cepat."

Tegas Yad mengarahkan aku berbuat demikian. Kali pertama riak wajahnya kelihatan serius. Mendatar. Tiada seri langsung. Automatik bulu roma tegak naik.

Seperti yang diarahkan Yad, aku kunci terus pintu bilik. Setelah itu aku berjalan pergi ke sebelah Yad yang sedia duduk bersilang atas katil. Aku pula melabuhkan punggung di birai katil. Bibir atas digigit. Menunggu dia bersuara terlebih dahulu. Siapa suruh ajak aku ke sini.

Di Lautan Biru [OG]Where stories live. Discover now