Neya Whitebell, seorang gadis omega yang mempunyai seorang anak namun dia tak pernah bawa anaknya ke tempat kerja kerana tuan rumah yang tidak sukakan budak-budak. Neya menjadi pembantu rumah kepada Adriane, kekasih lamanya dulu yang kini menjadi semakin dingin dan merupakan seseorang yang mempunyai ketagihan alkohol. Dia cuba untuk tidak terlibat apa-apa dengan Adriane namun sewaktu dia sedang mengangkat kotak-kotak botol kosong dalam bilik Adriane, dia nampak Adriane pegang pisau dan selamatkan dia dari bunuh diri. Sejak daripada itu, Adriane selalu target Neya.