[ Ezra Valentino & Dominic Romanov ] Ezra Valentino - Seorang ibu kepada kanak-kanak yang berumur 6 tahun. Membesarkan anak seorang diri adalah satu perjuangan yang cukup besar. Tiada masa untuk bersenang-lenang. Tiada masa untuk diri sendiri. Dia mengorbankan segalanya agar anaknya membesar dengan selesa. Hidupnya tidaklah susah sebelum ini. Namun, satu tragedi menyebabkan dia ditimpa bala. Ini semua angkara bekas suaminya. Jika lelaki itu tidak meninggalkannya dan bertanggungjawab, sudah pasti takkan jadi begini. Jika lelaki itu ada sewaktu dia melahirkan si anak, pasti kesakitannya berkurang. Jika lelaki itu membantunya, sudah pasti dia tidak akan memandang serong akan kaum lelaki. Bagi Ezra, lelaki adalah kaum yang kejam. Lelaki adalah kaum yang tidak bertanggungjawab. Lelaki adalah kaum yang tidak berguna. Asbab itu, dia tidak mahu berkahwin. Biarlah dia membesarkan anaknya seorang diri. Biarlah bersusah payah seorang diri daripada membiarkan hatinya disakiti lagi. Kini, di saat dia sudah bangkit menjadi seorang model dan CEO bagi syarikatnya. Valerines & Co. Kini, hanya ada satu perkara yang bermain di minda. Membalas dendam. °°°° Start : 10022024 End : All Right Reserved, Scarlett Axel.