"Aku terima nikahnya Nur Luna Mikayla Binti Iskandar dengan mas kahwinnya 1000 ringgit tunai." Dengan sekali lafaz, Luna Mikayla sudah menjadi milik Hayyan Fattah. Tetapi, perkahwinan mereka tidak seperti orang lain yang akan bercinta dahulu kemudian berkahwin. Tidak. Perkahwinan mereka ialah atas desakan kedua orang tua mereka yang sangat inginkan mereka berdua berkahwin. Jadi mereka hanya ikutkan saja apa jua permintaan orang tua mereka. Sudah semestinya hubungan mereka tidak romantik seperti pasangan lain tetapi Hayyan Fattah bukanlah lelaki dayus dan Luna Mikayla bukan perempuan yang lemah seperti di dalam drama. Mereka berdua adalah detektif di bawah agensi SOW dan mereka bekerja di dalam satu kumpulan yang bernama DOM. Rumah tangga itu wajib menghadapi konflik dan seperti itulah yang sedang dihadapi oleh Hayyan dan Luna. Tetapi, konflik mereka sangat lain dari yang lain, bukan kerana orang ketiga tetapi kerana zombie. Banyak pertumpahan darah yang berlaku. Banyak nyawa yang terkorban. Banyak tenaga yang dibuang semuanya untuk mencari dalang disebalik munculnya zombie zombie tersebut. Akankah mereka temui siapakah dalangnya? Akankah rumah tangga Hayyan dan Luna menjadi romantik seperti pasangan lain? Akan bahagiakah mereka?