Detectives On Mission 1🔫

30 7 1
                                    

                                                                         بِسْماللَّهِالرَّحْمَنِالرَّحِيم

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi pengasihani,

Detectives On Mission by findee8 membuka tirai.

♡♡♡

"Aku nikahkan dikau Hayyan Fattah Bin Malik dengan anak perempuan aku, Luna Mikayla Binti Iskandar dengan mas kahwinnya 1000 ringgit tunai."

"Aku terima nikahnya Luna Mikayla Binti Iskandar dengan mas kahwinnya 1000 ringgit tunai."  Tangan digoncangkan dan, dengan sekali lafaz, Luna Mikayla Binti Iskandar sudah sah menjadi isteri kepada Hayyan Fattah.

Wajah Luna masam mencuka dari tadi. Dia sangat tidak puas hati dengan perkahwinan ini. Perlukah dia berkahwin dengan lelaki yang tidak dia cinta? Akankah dia bahagia dengan perkahwinan secara tiba tiba ini?

"Luna?" Panggil ibu Luna, Maisarah sambil mencuit lembut bahu Luna.

"Ya bu?" Sahut Luna sambil menoleh ke tepi menghadap wajah ibunya besertakan dengan senyuman kecil.

"Ibu tengok anak ibu ni macam muram aje dari tadi. Luna okay tak ni?" Soal ibunya. Wajah Luna kembali muram. Tidak tau mau memberi respons apa kepada ibunya. Kang kalau cakap tak suka dengan perkahwinan ni, kena luku pulak!

"Takdala bu. Luna okay ajelah, cuma Luna pening kepala sikit aje." Nafi Luna. Itu sahaja jawapan yang dia boleh bagi setakat ini. Malas mahu memikirkan jawapan lain.

"Yeke? Alah nanti okay lah tu. Ni pakai minyak cap kapak ni dulu. Nanti lepas habis majlis ni suruh la suami kamu urutkan." Kata ibu Luna sambil menambahkan sedikit gurauan di hujung ayat. Ibu Luna menghulurkan minyak cap kapak kepada Luna. Luna menyahut pemberian itu.

"Terimah kasih." Ibunya hanya membalas dengan senyuman.

"Baiklah sekarang majlis diteruskan dengan majlis pembatalan air sembahyang." Kata ayah Luna, Iskandar.

Hayyan Fattah berlalu mendekati tubuh Luna. Dia mengambil sebentuk cincin yang terletak di dalam sebuah kotak lalu mengambil tangan lembut Luna dan menyarungkan cincin tersebut pada jari manis Luna. Mereka berdua hanya tersenyum palsu supaya semua orang fikir yang mereka adalah pasangan yang sedang bahagia ketika itu. Kalau nak diikutkan hati mau aje mereka bergusti di situ.

Selepas majlis selesai dan semua tetamu pun sudah pulang ke rumah masing masing, Luna naik ke atas dan menuju ke dalam bilik tidurnya untuk mandi dan solat.

Dia mencapai tuala mandi miliknya yang tergantung di dinding dan terus menuju ke dalam bilik air. Hanya mengambil masa 20 minit sahaja untuk dia membersihkan diri dan setelah itu dia keluar dari bilik air dengan pakaian tidur yang lengkap.

Tiba tiba, dia ternampak ada susuk tubuh yang terletak elok di atas katil yang bersaiz queen kepunyaannya itu.

"ARGHHH HANTU!!!!!!" Luna menjerit ketakutan.

"Luna jangan takut ni akulah!" Kata hantu itu. Eh?

"Astaghfirullahalazim!! Kenapa kau tak ketuk dulu sebelum masuk hah? Ni tak, main masuk aje!" Marah Luna.

"Aku dah ketuk lebih dari sepuluh kali tapi takde sapa pun yang menyahut. Tapi kan, sejak bila seorang suami harus mengetuk pintu bilik isteri dia untuk masuk?" Kata Hayyan sambil mendekatkan dirinya sedikit demi sedikit ke arah Luna. Tubuh Luna secara automatisnya berundur ke belakang apabila tubuh Hayyan mendekatinya. Setelah tiada ruang untuk Luna mengundur, tubuhnya pun terhempas ke dinding. Namun, Hayyan masih mendekati Luna.

"A..are you trying to rape me? I warn you, don't you dare to do anything bad to me!" Luna awal awal lagi sudah memberi amaran kepada Hayyan supaya tidak melakukan perkara yang buruk kepadanya. Tetapi, Hayyan hanya mengendahkan kata kata Luna.

"Rape? Sejak bila ehem ehem dengan isteri sendiri tu dipanggil rape pula? " Jemari nakal Hayyan sudah bermain main di kawasan leher Luna. Luna sudah gementar, dia belum bersedia untuk ini!

"Nah I'm just kidding. Awak ingat saya ni ada selera ke dengan orang macam awak ni? Disgusting!" Luna lega dengan kata kata Hayyan tetapi dalam masa yang sama Hayyan berjaya membuat darah Luna menggelegak.

"What? So kau nak cakap yang aku ni tak cantik la?!"

"Kalau aku cakap ya macam mana?" Selamba sahaja Hayyan menjawab dengan tenang. Luna menggigit bibir bawahnya menahan diri supaya tidak mengamuk.

"Kau ingat yang muka kau tu handsome sangat? Muka dah la macam bangla!"

Terkebil kebil Hayyan mendengar. Selama 25 tahun dia hidup, tidak pernah lagi orang samakan dia dengan bangla. Luna ialah orang yang pertama.

"Bangla? Kau samakan aku dengan bangla?"

Luna tersenyum sinis. Sudah agak yang lelaki itu pasti akan terasa. Sensitif sungguh!

"Haah aku samakan kau dengan bangla!"

"AKU TAKKAN MAAFKAN KAU SAMPAI BILA BILA LUNA MIKAYLA BINTI ISKANDAR!!!" Kata Hayyan dengan perasaan yang sangat bengang. Terus dia mengambil kunci keretanya yang terletak di atas laci nightstand. Terus dia membuka langkah untuk meninggalkan Luna. Luna tergamam dengan tindakan Hayyan.

"Kenapa kau sensitif sangat ni Hayyan? Lantak kau lah takde masa aku nak layan kerenah kau ni. Perangai macam budak-budak mentah, pening jugak la kepala aku nak kena menghadap perangai kau ni. Haish nasib nasib." Luna bermonolog. Baru malam pertama mereka berkahwin sudah bertengkar, inikan pula selama lamanya. Tapi, akan kekalkah hubungan mereka untuk selama lamanya?

Daun pintu dibuka perlahan lahan. Kelihatan sekujur tubuh yang sedang nyenyak tidur di atas katil empuk itu. Hayyan hanya tersenyum kecil melihat isterinya itu.

Hayyan perlahan lahan mendekati isterinya dan duduk di birai katil. Dia menilik seluruh wajah isterinya itu.

"Kau sangat cantik Luna." Kata Hayyan perlahan sambil mengusap usap kepala Luna. Dia sangat terpesona dengan kecantikan yang Luna ada.

Disaat leka menilik wajah cantik isterinya itu, dia terlupa untuk solat isyak. Terus dia bangun dari birai katil dan memasang langkah untuk ke bilik air.

Hayyan mengambil wudhuk dengan teliti kemudian dia keluar dari bilik air dan mengambil sejadah yang tergantung elok di dalam almari. Dia menghamparkan sejadah tersebut mengikuti kiblat yang betul lalu dia pun menunaikan kewajipannya sebagai umat islam.

Setelah selesai menunaikan solat isyak, dia kembali berada di sisi Luna. Dia menutup lampu malam yang berada di atas nightstand lalu dia berbaring di sisi Luna. Dahi Luna dikucup lama.

"Goodnight, my wife."

Detectives On MissionWhere stories live. Discover now