Merebut sebiji donat bersama seorang lelaki tidak dikenali. Seakan tidak logik. Tapi itu adalah hakikat sebenarnya yang dilalui oleh IRENE LARISSA. Dirinya secara tak langsung bertemu si jejaka beku tahap ais beku di kutub Antartika. "You're just lost for words, girl." Lelaki itu, KAI ADRYAN Sebeku-bekunya manusia yang tidak mempunyai perasaan hati mahupun rasa jiwa. Riak dinginnya kalau boleh 24 jam nak membeku. Bagi Irene, dia cukup menyesal bertemu dengan Kai. Maka dek pertemuan itu ada sahaja masalah dan bala yang bertalu-talu menimpanya dalam dia sedar dan tidak disedarinya. "Apa dosa aku dengan kau orang berdua? Apa salah aku?" - IRENE "Kau dah termasuk neraka ciptaan aku... so, terima lah kenyataan. I would kill anyone who dare to touch..." - LEO Satu masalah, satu bala, asyik menimpa Irene setelah mengenal kedua-dua beradik ini. Abangnya Leo, seorang manusia yang tidak boleh dijangka. Kadangkala, serius ataupun jadi bangang tidak bertempat. Manakala si adiknya Kai, jauh berbeza dari abangnya. Matang dan penuh aura kedinginan. "Aku tak suka perempuan bodoh." - KAI Tatkala Irene tahu segala rahsia mengenai lelaki itu, hatinya terasa jauh kerana hakikat sebenarnya dia telah menaruh hati kepada lelaki itu. Ego, berlagak dan segala dusta membenci lelaki itu dulu telah kelam. Namun begitu, perasaannya itu timbul kembali dan terus menjadi semakin benci. "Bunuh lah aku kalau kau rasa aku ni perampas!" - Irene "I wish, he would die suffering." - LEO "Don't ever leave me again, my rainbow." - Kai Pengakhiran yang tidak sangka tapi membawa satu kebenaran yang selama ini tidak diketahui oleh Irene Dirinya ditipu hidup-hidup dengan drama yang penuh kedustaan semenjak dia bertemu seorang lelaki bernama KAI ADRYAN. Jejaka dingin tapi pada masa sama jejaka material yang menjadi idaman setiap para gadis. Iris hazelnya, menggamit pandangan sesiapa sahaja yang melihat.