Selepas kematian ibu bapanya yang kemalangan jalan raya disebabkan angkara bekas kekasihnya. Dayra terpaksa tinggal dirumah ibu saudara tirinya. Hidupnya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. "Tiri, aku nak duit sikit. Nak beli beg yang jiran jual."- Senah "Saya tak ada duit mak cik. Duit dah habis bayar sewa rumah, bayar bil air, bayar bil elektrik dan beli barang dapur."- Dayra Irsha. Suatu hari, pinangan yang tidak diduga dia terimai. Hatinya mahu menolak tetapi atas paksaan mak cik dia terpaksa menerima. Pinangan hadir tanpa diduga. "Daddy... mummy... ini bukan gadis yang Qaede suka. Mummy silap orang ni."-Qaede Dizrel. Akibat kecuaian Hajah Rayziah dan Haji Qayyum yang tersilap meminang gadis untuk anak terunanya. Perkahwinan diteruskan bagi menjaga maruah keluarga. "Terima kasih jadi isteri yang solehah untuk saya, walaupun awak jodoh yang tidak diduga dan tertukar."- Qaede Dizrel. "Terima kasih juga jadi suami yang baik dan tidak pernah merungut dengan jodoh ini."-Dayra Irsha. Dia ikhlas akan takdir yang Allah aturkan kerana Allah adalah sebaik-baik perancang.