BAB 31-𝐂𝐔𝐃𝐃𝐋𝐄

3.9K 247 0
                                    

KEDENGARAN DERAP langkah suaminya yang turun dari tingkat atas. Seketika Dayra mengalih pandangan dari kaca televisyen. Senyuman manis Qaede dibalas dengan cebikan kecil. Sengaja dirinya menyakat suaminya. Tercengang Qaede ditangga.

Kaki mendekati Dayra.

Qaede berdiri tegak dibelakang sofa yang diduduki Dayra. Lembut tangan Qaede mendongak kepala Dayra keatas sehingga kepala Dayra terlentok elok atas kepala sofa. Qaede membongkak tubuhnya. Lalu, wajahnya mendekati wajah Dayra. Sesaat bibir merahnya mendarat atas puncak kepala Dayra. Kemudian, Qaede mengemam kedua-dua pipi tembam Dayra tanpa rasa bersalah.

"Urmm..." Gumam Qaede kerana geram dengan pipi tembam Dayra.

"Erk... Janganlah kacau orang." Omel Dayra dengan muka cemberut.

"Siapa suruh comel sangat? Kan dah kena gigit." Selamba Qaede menjawab.

Jelingan tajam dari Dayra diabaikan.

Setelah selesai mengenakan isterinya. Terus, Qaede mendekati Dayra dengan perasaan sebal. Kasar suaminya menghenyak punggung diatas sofa bersebelahan Dayra. Dayra mengerling Qaede sesaat dan menghiraukan muka cemberut suaminya. Mendecit kasar Qaede apabila melihat reaksi santai isterinya.

Sampai hati Dayra mengabaikan dia yang mahu bermanja.

"Apa?! Pandang-pandang. Tak puas hati cakap." Sinis Dayra bercakap tanpa mengalihkan pandangan dari kaca televisyen.

Terjuih kedepan bibir merah jambu Qaede. Terus mata dialihkan kearah kaca televisyen. Terjungkit hujung keningnya apabila melihat chinese drama yang ditonton oleh Dayra. Mug milik Dayra diambil dan belahan bibirnya menyisip nescafe panas milik isterinya.

Jelingan tajam Dayra diabaikan. Tersengih-sengih Qaede bersama jari kanannya membuat gaya peace.

"Kenapa garang sangat ni? Salah ke abang nak bermanja dengan sayang? Takutlah abang dengan sayang..." Ejek Qaede dengan wajah dibuat gerun. Jelas Qaede membuat mulut tersebek-sebek. Sengaja.

Suaminya kalau bab menganjing orang nombor satu.

"Jadi garang dengan orang kuat sakat macam abang aje." Bidas Dayra dengan menepis lembut tangan kanan Qaede yang bergerak pada bahunya.

"Eleh, abang suka sayang jadi garang. Mengancam. Meow..." Nakal suara Qaede menyakat Dayra.

Memincing tajam mata Dayra merenung Qaede yang sudah mengengsot kearahnya. Terasa mahu ditonyoh wajah gedik Qaede sekarang atas lantai konkrit rumah mereka. Tapi dibatalkan niat itu kerana tidak mahu mendapat gelaran isteri nusyuz.

"Abang ni dah kenapa? Silap makan ubat eh? Ke wayar otak abang terputus? Itu yang perangai pelik semacam. Perangai dah macam kucing jantan nak mengawan. Jijik." Seloroh Dayra dengan telapak tangan kanannya naik melekat dahi licin Qaede.

Nak kata demam tapi tak panas pun. Sah, ada terhantuk dekat dinding.

"Jijik? Oh jijik ya. Meh sini abang tunjuk perangai kucing jantan mengawan. Biasa aje dia!" Ujar Qaede lalu kedua-dua tangannya mencekup pipi Dayra sehingga mulut Dayra memuncung.

Mengekek kecil ketawa Dayra apabila Qaede mengeletek pinggangya. Tangannya naik menepuk lembut belakang tubuh Qaede.

Cup! Cup! Cup!

"Jijik tak?" Lembut suara Qaede bertanya setelah mencium pipi Dayra.

"Tak. Gurau je tadi." Dayra mengeleng kecil kepala bersama senyuman manis terukir dibibir.

Perlahan tangannya naik membantu Dayra bangkit. Lembut tangan kasar Qaede menyisir rambut serabai Dayra menggunakan belahan jarinya.

"Love, I know you didn't really meant it." Pipi kanan Dayra dicium sekilas.

Ariningsun |√Where stories live. Discover now