City of Metara,2050 Project Paradise, projek pembasmian parasit-parasit yang digelar 'Viruse'. Hal ini kerana ketamakan manusia yang sibuk mengejar kemajuan teknologi sehingga melupakan keselamatan dan keamanan manusia lain. Viruse merupakan pengaruh mutasi pada manusia yang menyebabkan mereka bermutasi dan menjadi liar. Hanya selangkah sahaja lagi untuk sampai ke kemuncak kejayaan Project Paradise apabila sebuah sut tempur khas berjaya dihasilkan. Namun, dek kerana risau akan keadaan Viruse, para pengkaji belum lagi menemui siapa yang layak dan bersesuaian saiz dengan sut tersebut atau dengan kata lain, sut tersebut masih belum lagi memilih siapa yang layak untuk memakainya. Syafiq Izhan, remaja 16 tahun yang mengalami kemurungan akibat kematian ibunya dan kehilangan ayahnya yang tidak dapat dijejak. Dia menyara hidupnya sendirian. Dia dipilih oleh sut tempur atau dengan nama Oracle Armor. Dia ditugaskan untuk membasmi para Viruse yang menyebabkan ketidakseimbangan ekosistem. Dia juga mencari dan membongkarkan identiti sebenar dirinya dan ibu bapa.
3 parts