DK, seorang lelaki yang hanya hidup dengan dunianya. Tanpa rasa tanggungjawab dan amanah, dia terus hidup dalam kebohongan dunia. Tuan Zhang yang mahukan anaknya itu kembali ke jalan yang benar telah menetapkan syarat supaya DK berkahwin dengan gadis pilihannya iaitu anak kepada seorang lelaki tua di hujung kampung yang bernama, Lalisa. Sebagai balasan, DK akan menerima 2/4 daripada hartanya serta bakal memegang jawatan CEO di HEXAGON Group setelah berkahwin. DK, yang sememangnya mahukan harta bapanya itu, langsung menerima tawaran tersebut walaupun hatinya meronta tidak mahu menerima gadis miskin bernama Lalisa itu. Bahagiakah Lalisa apabila lelaki yang dikahwininya tidak mencintainya? " Kau tak pernah ada dalam hati aku dan tak akan pernah. Ingat tu sampai bila-bila! " ~ DK " Bukan kami yang pergi tapi awak yang buang kami, " ~ Lalisa [ Kesilapanku, mensia-siakanmu ]