Kepercayaan tentang kewujudan dunia ghaib telah lama berakar dalam hati hampir seluruh masyarakat dari berbilang kaum tidak kira Melayu, Cina mahupun masyarakat dari Barat. Meskipun telah berlaku pelbagai jenis peristiwa yang luar biasa, kewujudan dunia yang dihuni makhluk ghaib ini masih tidak dapat dibuktikan dengan pancaindera manusia yang terbatas. Muhammad Shafiq Ulwan, atau lebih mirip dengan panggilan Afiq, merupakan antara manusia yang memiliki kebolehan yang membenarkannya untuk melihat makhluk-makhluk lain yang dicipta Tuhan. Namun, tidak semua yang dilihatnya indah. "Tolong aku...." Rintihan lemah makhluk yang menitiskan air mata darah melemahkan lutut Shafiq yang hanya berumur 5 tahun. "Aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku," Shafiq berkata ke arah ruang yang kosong di dalam bilik asramanya tanpa menyedari kehadiran rakannya yang berada di pintu. "Terima kasih atas segalanya..." Ucapan terima kasih daripada wanita yang berbaju putih itu hanya menimbulkan rasa bersalah dalam diri Shafiq. Hidup Shafiq tidak pernah sunyi dengan kehadiran makhluk yang sering dilihatnya. Tetapi apabila umurnya mencecah 18 tahun, sesuatu yang tidak dijangka berlaku. Segalanya berubah. Apakah yang berlaku kepada Shafiq? Mengapakah memori lama kian kembali? Apakah yang dia perlu lakukan untuk meneruskan hidupnya dengan tenang?
8 parts