Bayangkan selama aku hidup aku dikelilingi oleh 6 orang lelaki.Yang sudah .tentu menjadi sebati dengan diri aku. Ya Abang. Keenam enam abang aku terlalu sayangkan aku sampaikan setiap hari jenuh melayan karenah masing-masing. Aku seorang saja anak perempuan yang lahir dalam keluarga bersederhana itu.Aku hanyalah seorang gadis yang berumur 16 tahun. Aku masih belum tahu lagi alam remaja.Aku yang masih kebudakkan itu selalu disukai ramai.Bukan kerana sikap ku. Tapi kerana satu rahsia yang aku sendiri pun tak tahu.Rahsia yang sepatutnya aku tahu dengan telinga sendiri.Rahsia yang sepatutnya aku tahu sejak lahir. Satu tragedi pahit mula terungkai semenjak aku bertemu dengan seorang lelaki misteri.Misteri yang aku sendiri pun belum dapat rungkaikan sampai sekarang.