Seorang puteri Medieval yang dikenali sebagai Isla Lexi baru saja berkahwin dengan teman lelakinya sejak dari zaman remaja iaitu seorang putera bernama Elliot Walsh. Putera Elliot dan puteri Isla berkawan baik sejak kecil dan tidak terlintas dalam fikiran bahawa hubungan baik mereka sebagai kawan seperjuangan berakhir dengan cinta dan perkahwinan. Elliot dan Isla saling mencintai. Mereka excited untuk menimang cahaya mata dan seringkali bercerita kalau mereka mahu ada twin- baby girl and baby boy. Pada suatu petang, Elliot dan Isla bersiar-siar di taman yang berbentuk maze yang berada di depan istana mereka. Bukan kali pertama namun disini lah tempat Elliot dan Isla berkejar-kejaran dan bermain hide and seek sejak dari zaman kecil bersama kawan-kawan yang lain. Kini hanya tinggal Elliot dan Isla yang masih bertandang ke taman tersebut. Di situlah dan pada petang itu juga, sesuatu yang aneh terjadi ke atas sepasang pengantin baru tersebut dan mengubah hidup mereka sekaligus. Something happen in a blink of eyes. Segalanya terjadi diluar jangkaan dan perubahan drastik dalam hidup Elliot dan Isla juga mengubah dunia yang didiami pasangan tersebut.. Isla : Kita pernah hidup bersama.. Elliot : Kita tidak pernah berjumpa..