H | ππŽπ“πˆπ‚π„

By leimonadd

204K 27K 5.4K

ALPHABET SERIES: N for NOTICE 4# Perlu ke aku dapatkan perhatian si dia? hiatus | December20 More

N1
N2
N3
N4
N5
N6
N7
N8
N9
N10
N12
N13
N14
N15
N16
N17
N18
N19
N20
N21
N22
N23
N24
N25
N26
N27
N28
N29
N30
N31
N32
N33
N34
N35
N36
N37
N38
N39
N40
N41
N42
N43
N44
N45
N46
N47
N48
N49
N50
N51
N52
N53
N54
N55
N56
N57
N58
N59
N60
N61
N62
N63
N64
N65
N66
N67
N68
N69
N70
N71
N72
N73
N74
N75
N76
N77
N78
N79
N80
N81
N82
N83
N84
N85
N86
N87
N88
N89
N90
N91
N92
N93
N94
N95
N96
N97

N11

2.3K 304 48
By leimonadd

SEBUAH troli ditarik keluar dari tempatnya. Dengan lafaz Bismillah, Wareesa melangkah masuk ke dalam pasaraya Mydin. Berat juga langkahnya memandangkan dia terpaksa beli barang yang panjang listnya berseorangan diri.

Tak aci betul! Habis kaw-kaw dia dibuli Cik Puan Tihani. Okey, sebenarnya Wareesa takde lah peduli sangat. Biasa dah lah tu. Yang Wareesa jadi bengang sekejap tadi bila selamba sahaja Niliyyah masuk ke dalam rumahnya ketika dia bersiap.

Selamba! Nak marah tak jadi bila nampak Cik Puan Tihani berdiri di depan pintu rumahnya. Katup rapat terus mulutnya. Tapi, mata tetap memandang bengan Niliyyah yang dah peluk tubuh sambil pandang dia dengan pandangan penuh mengejek. Apa lagi ni?

"Mama ask you to wear this! Pergi pasar pakai ni!" Kata Niliyyah seraya tangan menghulurkan sepersalinan pakaian kepadanya. Cik Puan Tihani dipandang sekilas sebelum huluran itu diambil.

Buka lipatannya, Wareesa rasa rahangnya boleh tercabut sebab menganga secara mengejut. Terkejut! Pakaian diberi sangat sangat sangat menarik semua mata yang memandang. Bayangkan dia pakai apa yang dia pegang sekarang di tubuh. Ngeri! Memalukan!

"Apa ni?! Kenapa nak kena pakai ni?!" Tak puas hati Wareesa melontarkan kata. Costume tupai terbang yang dipegangnya dipegang geram. Bersilih ganti pandangannya jatuh pada Niliyyah dan Cik Puan Tihani yang dah mengekek ketawa.

"Pakai aje lah. Kau kan suka cute things." Sengaja Niliyyah memerli. Baju yang dipegang Wareesa dirampas sebelum selamba dia mencampakkannya tepat ke wajah Wareesa. Selepas itu, dia mengekek ketawa sebelum dia berlalu pergi dari situ, menuju kepada cik Puan Tihani.

"Mak cik!"

"Siapa mak cik kau?!" Hilang terus tawa mengejek tadi. Yang dia terima hanyalah jengilan mata garang Cik Puan Tihani.

"Aku nak kau pakai baju tu ya ke pasar! Kau tak pakai aku potong gaji kau! Kau mengelat, aku berhentikan Cik Zee, Fara dan Sara! Kau tahu aku tak main-main kan?" Ugut Cik Puan Tihani tanpa perasaan sebelum dia menghempas kuat pintu rumah Wareesa. Puas hatinya melihat wajah memerah menahan tangis Wareesa.

"Siapa suruh kenakan anak aku. Rasa kan!"

Troli yang baru ditolak diberhentikan. Malu buat dia tak boleh teruskan melangkah. Semua yang nak masuk pasti akan pandang dia dahulu. Lepastu senyum-senyum dengan teman masing-masing.

Huwaaa!!! Ini satu kezaliman! Ish! Siap nanti dua beranak tu dikerjakan. Tahu lah dia nak balas macam mana dengan cara yang paling halus.

Tapi...

"Aku tahu kau nak balas dendam lepas ni. Berani? Kau tengok siapa lagi berani."

Ya. Kata-kata bisikan Cik Puan Tihani buat dia tanam dendam hari ini jauh-jauh dalam dasar hati. Siap kunci tak bagi keluar dah. Kalau boleh lupus, lupuskan terus. Huh! Dia buat orang boleh. Orang buat dia tak boleh.

Muka ditutup. Sekejap cuma sebelum dia pandang kiri kanan mencari sesuatu. Idea dah datang ni, kena gunakan sebaik mungkin. Dia kena jalankan tugasnya walaupun dia dimalukan macam ni. Kalau tak, habis orang yang tak bersalah terpalit sama.

Sengih lebar dia bila mata menangkap kiosk kecil yang menjual aksesori. Nampak ada beberapa jenis kaca mata hitam di satu sudut kiosk kecil itu. Tak tunggu lama, kaki terus melangkah bersama troli kosong yang ditolak sekali.

Sampai di situ, Wareesa tebalkan muka senyum-senyum pandang peniaga kedai. Buat tak endah lah pandangan atas bawah atas bawah yang dia terima. Asalkan dia boleh tukarkan malu kepada cool. Heh.

Satu persatu kaca mata hitam dia belek. Macam-macam jenama copy ori yang ada. Alah. Tak perlu pun nak beli mahal-mahal sekarang ni. Yang murah sahaja boleh tukar dia nampak cool. Dan untuk merealisasikan gambaran cool itu, dia kena pilih kaca mata yang paling stylo dan mengikut trend terkini. Selalunya dia nampak orang pakai jenis bulat-bulat. Boleh lah dia pilih mana-mana yang bulat cermin dan bingkainya.

Senyum sekali lagi muncul bila dia jumpa kaca mata hitam yang memikat hatinya. Diambil kaca mata bulat itu. Dicuba pakai kemudian dia tilik wajahnya di cermin yang tergantung di situ. Senyum lagi. Ahaks! Sesuai!

"Okey, sis. Berapa ni?"

Hehehe. Kini dia tidak malu lagi!

˚ ༘♡ ⋆。˚

BERHENTI di bahagian yang menjual ayam yang sudah siap disiang dan dibelah, Wareesa pandang setiap paket ayam yang dipamerkan di rak sejuk beku itu. List yang dipegang dipandang kemudiannya. Cuba mencari bilangan dan jenis ayam yang perlu dibelinya. Salah beli, jadi lain pula nanti.

Drumstick and Wings - 4 paket

Wareesa terangguk-angguk. Troli dilepaskan sebelum dia duduk bercangkung betul-betul di bahagian Drumstick dan Wings. Tangan mula memilih pek-pek yang terbaik. Dia teliti satu persatu sebelum dia bawa dalam pelukan. Eh, lupa tu ayam jadi dia jauhkan sedikit. Busuk nanti dia jadinya.

"Mommy look! It's a cute flying squirrel!" Kaku terus tangannya bila telinga menangkap jeritan seorang kanak-kanak cina dari arah belakangnya.

Ayo, adik. Janganlah ingatkan kakak apa yang kakak dah hampir lupa. Ni buat jatuh merudum konfiden diri yang mencanak naik masa mula-mula dia sarung kaca mata hitam tadi.

"Can I take a picture with it?"

Membulat mata Wareesa. Serius lah adik? Nak suruh dia jadi badut pula ke? Buatnya mula-mula seorang, pastu datang lagi seorang, kemudian lagi seorang, mahu kena halau dia dengan security guard. Tiba-tiba jadi penghibur pasaran. Ha... Tak jadi beli barang kalau macam gitu gayanya.

"Jangan lah mommy you bagi, adik. Sis tak nak!" Bisik Wareesa perlahan. Dia bangun dari cangkungannya sebelum empat paket Drumstick dan Wings dimasukkan ke dalam troli. Buat-buat tak dengar dan tak nampak aje apa yang ada di sekilingnya. Sekarang masanya untuk sibukkan diri dengan list barang di tangan. Banyak lagi weh.

Okey. Untuk bahagian basah dia dah selesai beli. Ayam sudah. Sotong sudah. Udang sudah. Fillet ikan pun sudah. Sayur-sayuran seperti mixed mushroom, kobis cina, timun, lobak merah dan beberapa sayur lain pun sudah ada dalam troli. Tak lupa juga dua jenis buah yang akan dijadikan sebagai pencuci mulut nanti. Rock melon dan berries.

"Now..." Wareesa berkira-kira nak ke bahagian mana dahulu. Sedang dia berfikir, tiba-tiba terasa tepi bajunya ditarik perlahan. Spontan sisinya terus dipandang.

Seorang budak lelaki berbangsa cina dengan mata yang membulat lagi bersinar sedang memandangnya. Oh no. Ni mesti budak yang puji dia comel tadi. Eh. Puji costume dia comel. Tapi, dia jadi comel jugak lah kan? Aduh! Apa-apa aje lah. Yang pentung sekarang. Macam mana dia nak tolak? Persoalan tambahan, mampu kah dia menolaknya?

"Yes?" Buat-buat ramah. Buat-buat tak tahu.

"You're a cute flying squirrel. Can I take a photo with you?" Tanya budak ini. Lagi serba salah Wareesa nak menolak bila dia dengar nada comel budak itu. Alahai. Geramnya!!! Bila dia boleh habis belajar dan berhadapan dengan kanak-kanak yang comel macam ni?! Sis kennot!

Wareesa tarik senyum. Tak boleh tolak! Tak boleh tolak! Nasib badan. Tuah awak adik, dapat tupai yang suka kanak-kanak ni.

"Sure. Where's your camera?" Tanya Wareesa. Pipi kanak-kanak itu dicuit perlahan. Dan bila dia nampak senyum lebar budak lelaki itu, bibirnya tak dapat nak tahan daripada menarik senyuman lebar juga.

Budak lelaki itu kemudiannya berlari ke satu arah. Wareesa ikut pandang. Oh, dia berlari kepada mommynya. Tersengih-sengih mereka berdua bila pandangan bertembung. Cantik mommy budak lelaki itu. Patut pun anaknya comel.

"Sorry, dik. Anak I suka sangat ah tengok squirrel." Dengan loghat pekat cina, wanita itu memberitahu. Wareesa hanya mampu menggeleng dan balas: it's okay.

"Okey smile!" Arahan itu buat Wareesa dan budak lelaki itu tersenyum lebar. Cukup tiga kali klik dengan tiga kali posing yang berlainan, habis juga sesi bergambar itu di hadapan rak sejuk beku bahagian ayam ini. Nasib lah, asalkan dia dah berjaya buat seorang kanak-kanak gembira.

Oh, ini kah perasaan yang dia akan rasa bila dia berjaya menjadi seorang guru tadika di masa akan datang? Sangat menyenangkan!

"Thank you, cute creature!" Tergelak kecil bila Wareesa dengar jolokan yang dia terima. Apa-apa sahaja dik. Asalkan kita berdua bahagia.

"Bye!" Wareesa melambai ketika mereka berpisah. Bila kanak-kanak itu hilang dari pandangan, baru dia jatuhkan tangannya ke sisi semula. Pun begitu, senyum masih terpamer di bibir. Gembira. Suka. Tak malu dah. Tambah lagi bila semua yang di sekelilingnya turut tersenyum melihat dan budak lelaki itu tadi. Haaa. Costume ni, takde lah bad sangat. It's good! Tak perlu dia rasa malu lagi dah.

Handle troli dipegang sebelum dia menolak troli perlahan. Dia perlu ke bahagian yang menjual bahagian kering pula. Tapi, bila elok dia pusing arah trolinya, kaki terus pasung ke lantai, tak boleh nak bergerak. Mulut dah menganga sedikit manakala mata di sebalik kaca mata dah membulat.

Ha... Semua dah tahu bila dia dapat simptom macam ni. Ya. Bila ada dia dalam kurungan Waseem Ahda. Dan kenapa ada dia masa sekarang ni?! Masa dia tengah pakai costume tupai terbang yang comel tapi memalukan ini!!! Huwaaaaa!!! Dia tak dapat petanda apa-apa pun yang hari ini hari buruk 2.0 selepas hari baju kurung hijau pucuk pisang! Huwaaaaa!!!

Lurus di hadapannya, lebih kurang jarak 4 meter, ada Waseem yang sedang menolak troli sambil mata melilau pandang ke kiri dan ke kanan, seperti mencari sesuatu. Bila Waseem pandang hadapan, laju dia duduk bersembunyi di belakang troli dengan tangan masih memegang erat handle troli. Ayo. Dah macam tupai benar ni kalau troli dia dialihkan sekarang.

"Apasal masa ni juga nak bertembung? Takde hari lain ke? Eeeee!!!" Wareesa garu kepala sendiri. Sambil itu terjengah-jengah dia di sebalik troli mengintai ke arah mana yang Waseem tuju.

"Tolong bukan ke sini." Wareesa pohon doa di tengah-tengah pasar raya itu.

"Emm, miss. Tumpang lalu." Suara yang menegur buat Wareesa menoleh. Semerta dia bangun dari cangkungannya bila sedar dia telah pun menghalang seorang pelanggan lelaki mengambil ayam di rak sejuk beku di belakangnya.

"Sorry, sorry." Ujar Wareesa sambil membetulkan kaca mata hitamnya. Malu datang menerpa bila dia lihat lelaki itu meniliknya dari atas ke bawah kemudian naik semula ke atas. Nampak senyum lucu di bibirnya sebelum dia bergerak ke rak sejuk beku di belakangnya.

Kembung terus pipi Wareesa. Malu lah! Dia pun tak nak tau pakai macam ni! Eeee!!! Bad idea! Bad idea!

Wareesa menolak troli ke tepi. Tangannya dipandang. Semerta mata membulat. Mana? Mana list barangnya?! Huwaaa!!! Jangan kata hilang! Mampus dia nanti!

"No, no, no! Tolong jangan hilang!" Omel Wareesa perlahan sebelum dia memandang lantai. Kiri kanan, depan belakang, mencari semula kertas panjang yang entah bila terlepas dari tangannya. Tadi, masa dia bergambar rasanya ada lagi.

Tertunduk-tunduk Wareesa di situ. Tak sedar dirinya dah menarik beberapa pasang mata yang berhampiran. Antaranya mata lelaki yang menegurnya tadi. Tapi, tengah sibuk mencari ni. Mana lah Wareesa nak perasan semua itu.

"Kenapa miss?" Soalan penuh ingin tahu itu buat Wareesa menoleh. Lelaki tadi.

Dahi digaru perlahan sambil tangannya digenggam dan dibuka berulang kali. Macam orang tak betul dah dia rasa sekarang ni.

"List barang saya hilang. Tadi ada saya pegang. Pastu sekarang takde. Saya tak pergi mana-mana pun. Masa saya pilih ayam, ada lagi. Masa saya layan budak ambil gambar dengan saya pun, ada lagi. Tiba-tiba bila saya pusing dan nampak dia, dah takde pulak!" Laju macam bertih jagung mulut Wareesa bercerita. Padahal lelaki itu tak bertanya detil pun. Biasalah. Dah kalut. Dalam kepala hanya terbayang badan cik Puan Tihani dengan kepala singa aje.

Lelaki itu macam terpana sekejap. Loading dengar cerita Wareesa. Dia menggeleng kecil sebelum mengangguk kecil. Walaupun takde lah penting sangat barang yang hilang tu pada dia, tapi bila lihat raut kerisauan gadis itu, dia tahu benda itu sangat penting. Tengok lagi penampilan si gadis.

Budak ni... ada masalah mental ke macam mana? Nampak macam orang dewasa. Tapi, pakaian... cemasnya... emmm.

"Okey, miss bertenang." Ujar lelaki itu, cuba menenangkan. Wareesa pun ikut sahaja. Nafas ditarik dan dihembus perlahan.

"Cari dalam troli. Mana tahu terselit. Tenang, Reesa. Tenang." Wareesa berkata-kata pada diri sendiri. Terpana sekali lagi lelaki itu melihatnya. Ni bipolar ke macam mana?

Dengan nafas yang dihembus dan dilepaskan dengan perlahan, Wareesa mula menggeledah cermat isi trolinya. Satu persatu barang diangkat. Lelaki tadi yang kekal menemani di sisi dibiarkan seketika. Membantu juga kehadiran lelaki itu. Rasa macam separuh cemasnya dah pun disalurkan kepada lelaki itu. Noted! Jangan lupa ucap terima kasih.

Lelaki itu hanya memerhati Wareesa. Setiap pergerakan Wareesa diperhati. Penuh cermat dan lembut tangan itu bergerak. Naik ke wajah, senyum kecil terukir tanpa sedar. Nampak sangat muka tahan gelabah. Comel.

"Astaghfirullah!" Menggeleng kecil lelaki itu. Apa menyimpang sangat ni? Muka diraup perlahan.

"Hah!" Wareesa angkat tinggi kertas list yang dia jumpai. Ada di bawah pek ayam. Melekat di situ.

"Jumpa! Terima kasih banyak-banyak!" Wareesa menghadap lelaki itu. Senyum lebar menghias bibir bersama riak wajah yang penuh kelegaan.

Lelaki itu tersenyum dan mengangguk. Ibu jari diangkat.

"Terima kasih dan maaf kalut tiba-tiba." Wareesa tarik sengih. Kaca mata dibuka.

Lelaki itu diam dan hanya senyum.

"Sama-sama."

"Ilman!"

"Wareesa?"

Lelaki itu melambai ke belakang manakala Wareesa pandang belakang lelaki itu.

"Waseem!"

"Nafis?"

Kaku. Ha sudah. Jangan cakap apa yang dia dengar tadi betul. Lelaki bernama Ilman turut pandang Nafis sebelum tangan naik menyapa lelaki itu.

Oh. Apakah ini? Diaorang semua kenal antara satu sama lain ke?

"Dah pilih ayam?" Suara dia. Betul-betul di belakangnya. Kaku. Wareesa tak boleh nak tolak troli. Tangan kaku! Macam mana ni?!

"Dah. Nafis, kau dah jumpa dah ke salad semua?" Lelaki yang Wareesa dengar dipanggil Ilman menoleh memandang Nafis. Nafis hanya angguk dan pandang dia.

'Jangan dia berdiri depan aku.' Wareesa doa dalam hati. Nak lari!!! Tapi, ke mana? Nafis baru tegur dia kut.

"Siapa?" Suara Waseem kedengaran. Lelaki itu ingin tahu sebab yalah. Dia tiba-tiba aje ada di antara kawan-kawannya. Ilman dan Nafis. Jadi siapakah dia?

"Wareesa lah! Hai! Tak sangka jumpa kat sini!" Nafis menegur ramah buat mata Ilman mendarat kepadanya. Wareesa nak balas senyum tapi bila Waseem tiba-tiba sahaja muncul di sebelah Nafis, iaitu berhdapan dengannya, terus kekok senyumnya. Senyum kekok 2.0. Bencinya dia!!!

Zzup!

Pandangan bertembung. Waseem kelihatan seperti terpana sekejap melihatnya. Tak tunggu lama, terus Wareesa sarungkan kembali kaca mata hitamnya. Kedua-dua belah sisi kepala costume itu ditarik rapat menutup hampir sebahagian wajahnya dari kedua-dua arah. Huwaaa!!! Malu!

Dia dah kata dah! Badan dia semua tak boleh nak beriak biasa bila ada Waseem! Parah dah ni!

"Korang kenal ke?"

"Kenal gitu-gitu aje." Balasan Waseem buat Wareesa sesak nafas. Wahai, Encik Crush! Bila masa kita kenal? Saya belum bersedia tau nak kenal awak!

"Haaa! Got to go!" Tangan jatuh. Lantak lah tak dapat tutup muka. Yang pasti dia hilang dari pandangan Waseem, Nafis dan Ilman.

"Kejap lah!" Nafis menahan trolinya. Waseem rasa nak pukul aje tangan tu. Kenapa tahan kita, wak?!

"Ya? Nak apa? Saya kena cepat ni. Banyak barang tak beli lagi ni. Nak guna cepat ni." Lancar mulut cipta alasan yang sahih. Dia tidak menipu.

Ilman meniliti wajah gelabah Wareesa. Waseem pun. Sampai berkerut dahi lelaki itu. Nafis pun begitu.

"Oh, okey lah. Kalau terserempak lagi, tegur-tegur lah." Kata Nafis. Pegangannya pada troli dilepaskan. Sempat mata menilik atas bawah pakaian Wareesa. Seperti apa yang Waseem di sebelahnya lakukan.

Wareesa senyum sahaja dan mengangguk.

"Better tak tegur."

"Hah?" Ambil. Bergabung suara tiga jejaka itu. Ah! Wareesa rasa nak terkucil sebab gugup. Dia di tengah-tengah lelaki? No! Dan antara lelaki-lelaki itu ada crushnya? Double no!

"Tegur, tegur! Saya pergi dulu lah ya?" Dengan kata itu, Wareesa terus menolak trolinya dan laju dia berlalu pergi dari situ. Tak toleh belakang dah. Malu! Dia nak pergi tandas dulu boleh tak? Tapi, tandas kat mana?!

Waseem, Nafis dan Ilman hanya menghantar pergi sahaja langkah Wareesa dengan pandangan mata. Masing-masing diam sehinggalah batang tubuh Wareesa betul-betul hilang dari pandangan.

"Comel." Mulut Nafis melepaskan kata secara tiba-tiba. Terpaku terus pandangan Waseem dan ilman ke wajahnya.

"Costume dia comel. I admited that." Ilman bersetuju.

Waseem pula hanya diam. Nafis yang tersenyum suka itu dipandang sahaja sebelum dia menggelengkan kepala. Nafis... Nafis... Perempuan mana sahaja yang tak comel di matanya?

Tapi, ada betulnya juga. Lucu. Comel.

Continue Reading

You'll Also Like

37.9K 1.7K 22
'bad boy in public, baby boy in private.' Rasa cinta yang mendalam adalah sebab mengapa dia sanggup melakukan apa sahaja asalkan gadis itu berada di...
1.6M 76.7K 128
COMPLETED "Dia kan bekas pelajar sekolah pondok. Dia bukannya macam kita, belajar dekat sekolah biasa macam sekolah kita ni. Mestilah dia tak pegang...
2.8M 106K 64
@Choco_Lyn @Random @Romantic @2018 @Terkahwin dengan Sir! @Wattpads 'Hello, my name is Nurul Zafira Warda and you can call me, Warda! My erm.. 'somet...
3.7M 231K 62
[Highest Ranking #1 in Teen Fiction] " I do not belong to you, or to anyone else. I will talk to whomever I want, whenever I want." Bella menjeling...