H | ππŽπ“πˆπ‚π„

Oleh leimonadd

205K 27K 5.4K

ALPHABET SERIES: N for NOTICE 4# Perlu ke aku dapatkan perhatian si dia? hiatus | December20 Lebih Banyak

N1
N3
N4
N5
N6
N7
N8
N9
N10
N11
N12
N13
N14
N15
N16
N17
N18
N19
N20
N21
N22
N23
N24
N25
N26
N27
N28
N29
N30
N31
N32
N33
N34
N35
N36
N37
N38
N39
N40
N41
N42
N43
N44
N45
N46
N47
N48
N49
N50
N51
N52
N53
N54
N55
N56
N57
N58
N59
N60
N61
N62
N63
N64
N65
N66
N67
N68
N69
N70
N71
N72
N73
N74
N75
N76
N77
N78
N79
N80
N81
N82
N83
N84
N85
N86
N87
N88
N89
N90
N91
N92
N93
N94
N95
N96
N97

N2

4K 379 5
Oleh leimonadd

PINTU kayu yang dah lusuh warnanya dibuka sebelum dia boloskan masuk ke dalam rumahnya. Suis lampu dibuka sebelum dia labuhkan duduk di atas tikar mengkuang yang sudah makin pudar warnanya. Kipas meja kecil yang ada di bangku dibuka sebelum dia boleh bersandar pada meja kecil yang menjadi tempatnya belajar. Hilang sekejap rasa lelah bila angin menyapa lembut wajahnya yang membahang kepanasan. 

Mata dipejam sebelum dibuka semula. Jam yang tergantung di dinding yang suram warna putihnya dipandang. Hampir jam 3 petang. Dia kena mula bekerja untuk siapkan minum petang buat keluarga majikannya.

Heh. Bibir tarik senyum senget.

"Keluarga majikan, eh?" Perlahan mulut mengungkapkan kata. Tak tahu lah nak rasa sedih ke apa. Sebabnya nak kata keluarga majikan itu keluarga dia, boleh juga. Nak kata memang majikan sebab dia diberi gaji atas kerja yang dia buat pun boleh juga. Tapi, ada juga ke yang senasib seperti dia? Buat kerja di rumah keluarga sendiri, tapi peroleh gaji. Lagi sedih, dia ni dah memang macam pekerja, bukan keluarga. Ke lebih teruk daripada pekerja sebab pekerja-pekerja lain tinggal dalam rumah, tapi dia pula ditempatkan di ruang yang terpisah dari rumah. Dalam stor sederhana besar belakang rumah. Entah.  Ada lah kut agaknya kan?

Tok tok tok!

Bunyi pintu diketuk buat fikiran Wareesa melayang pergi. Tak menunggu lama, terus dia bangun dan buka pintu. Terus ukir senyum bila wajah tua yang tersenyum manis menyapa pandangan mata.

"Cik Zee. Masuk lah." Pelawa Wareesa. Pintu dikuak besar nak beri Cik Zee masuk. Tapi, walaupun gaya dia nak bagi tetamu rasa selesa, dia tak rasa tetamu akan rasa selesa sebab rumahnya memang sempit.

Alah. Kalau dah asal rumahnya ini daripada tempat menyimpan barang-barang lama, besar manalah ruang yang boleh buat orang selesa? Sifar!

Cik Zee hanya menggeleng sahaja dan Wareesa hanya mengangguk faham. Tak kecil hati pun. Kalau lima tahun lalu, mungkin dia kecil hati. Tapi, sekarang tak rasa apa dah. Lebih kepada faham bahawa semua yang datang mahu dia yang lebih selesa.

"Reesa baru balik dari kelas?" Tanya Cik Zee. 

"Haah, Cik Zee. Baru aje. Kenapa? Cik Zee nak mula siapkan minum petang dah ke? Kalau nak mula, kita pergi sekarang lah." Kata Wareesa.

Tanpa lengah dia sarungkan selipar Crocs berwarna merah biru kepunyaannya. Ini Cik Zee yang beli sebab perasan tali seliparnya yang lama dah putus. Hehe. Nak tunggu dia? Memang tidak lah! Daripada beli selipar, baik dia simpan buat bayar apa yang lebih perlu.

Cik Zee kelihatan serba salah. Niat nak beri Wareesa rehat sepuluh minit dahulu. Tapi, bila memikirkan kemarahan Cik Puan Tihani nanti terhadap gadis ini, niatnya itu dikuburkan sahaja. Wareesa yang berjalan masuk ke pintu dapur belakang dipandang sebelum dikejar perlahan.

"Maaf lah, Reesa sebab kena mula awal. Ada majlis cik puan nak buat tiba-tiba. Itu yang kena siapkan awal-awal. Banyak pula yang Cik Puan Tihani minta untuk sediakan." Bisik Cik Zee setiba masuknya mereka ke dapur.

Wareesa angguk sahaja. Bukan tak biasa. Dah terlebih biasa. Bekerja dengan orang, memang kena ikutlah apa yang ditetapkan. Lagi satu, malas mahu dicemuh dan dipotong gaji. Baik Wareesa ikut sahaja. Dia juga yang rugi nanti.

"Tetamu mak cik dari mana?" Tanya Wareesa sekadar ingin berbasa-basi sebelum kerja dimulakan.

"Dar–"

"Siapa mak cik kau?" Terdiam terus Cik Zee hendak menyambung kata bila dengar suara lantang dari arah belakang mereka. Terus dia dan Wareesa pusing menghadap Cik Puan Tihani. Cik Zee menunduk manakala Wareesa hanya lurus terus memandang muka mak cik- eh maksud dia, majikannya tanpa riak.

Cik Puan Tihani menghampiri Wareesa. Pandangan Wareesa ditentangnya tajam dan dingin. Perasaan benci dan geram terus meluap-luap masuk ke dalam hati melihat seraut wajah yang tenang- tidak. Sangat tenang. Wareesa dah tak takut seperti dahulu. Tak memandangnya dengan pandangan benci yang boleh buat hatinya puas. Pandangan Wareesa sekarang buat hatinya makin sakit dan benci, ya.

"Aku tanya, siapa mak cik kau?" Ulang soalan, kali ini dengan suara yang lebih lantang.

Wareesa hembus nafas perlahan. Malas. Kalau nak suruh dia kurang ajar, nak aje dia jawab, "Mak Cik Tihani lah. Takkan Cik Zee pula. Mak Cik Tihani kan kakak kepada arwah ayah saya." Tapi, disebabkan malas bertengkar, dia pilih untuk menjawab, "Takde siapa-siapa."

Mendengar jawapan Wareesa, Cik Puan Tihani tarik senyum sinis.

"Bagus lah sebab setahu aku, kau tu takde keluarga. Sebatang kara. Semua orang  buang keluarga kau. Nasib baik aku yang baik hati ni nak kutip kau dekat rumah anak yatim tu, bagi kau kerja kat sini. Sedar diri sikit, ya?" Angkuh suara Cik Puan Tihani. Wareesa hanya angguk sahaja.

"Terima kasih, Cik Puan. Jasa Cik Puan takkan saya lupakan." Tenang Wareesa membalas.

Kalau dulu, dia memang tak anggap ianya sebagai jasa. Tak langsung malah dia benci. Tapi, bila dah meningkat usia, dia perlu terima yang walau dia dilakukan begini, Cik Puan Tihani memang berjasa sebab memberi duit bulanan kepadanya tanpa dia perlu melakukan dua tiga pekerjaan luar yang lain. Malah duit pengajiannya juga Cik Puan Tihani bayar walaupun dia selalu dapat surat notis. Okey lah tu. Asalkan terbayar.

Cik Puah Tihani menjeling Wareesa. Panas hati dengar balasan Wareesa. Terasa disindir.

"Kau sindir aku ya?"

Wareesa nak ukir senyum senget sebab dia tahu yang pasti Cik Puan Tihani akan membalas begitu. Dia tak maksudkan yang buruk-buruk. Well, siapa makan cili dia lah yang rasa pedas.

"Tidak." Pendek dan bersahaja aje jawapan yang dia beri.

Kipas lipat dibuka dan dikipas laju. Panas pula dapur ini. Geram dengan ketenangan yang Wareesa tunjuk. Mahu aje dia tunjal-tunjal kepala gadis itu. Tapi, disebabkan dia tak nak rosakkan mood untuk terima tetamu penting petang nanti, hasrat itu dibiarkan sahaja.

"Mana yang lain ni, Cik Zee? Bila nak mula sediakan menu yang saya minta untuk dijamu kepada tetamu tu? Nak tunggu berapa lama lagi?" Nyaring suara Cik Puan Tihani memarahi Cik Zee yang dah terkulat-kulat di tempatnya.

"Saya panggil mereka sekarang, cik puan." Tanpa lengah, terus Cik Zee keluar dari dapur untuk memanggil dua orang lagi pembantu rumah.

Haih. Sudah dia maklumkan pagi tadi untuk masuk ke dapur awal. Tak pasal-pasal, dia yang disembur.

Hilang sahaja Cik Zee daripada pandangan, Cik Puan Tihani terus pandang Wareesa yang sudah mula menyarung apron di badan.

"Kau jangan nak rosakkan majlis hari ni, ya! Kalau rosak, siap kau!" Cik Puan Tihani memberi amaran.

"Macam mana untuk saya tak rosakkan?" Saje lah Wareesa bertanya. Dia tak nak lah kena 'siap'. Dia nak rehat aje, tak nak 'siap' ke mana-mana.

Cik Puan Tihani makin panas.

"Eh, kau pandai-pandai fikir lah! Ada otak tu, pergi letak kat lutut buat apa! Habis duit aku bayar kau belajar tinggi-tinggi! Kalau macam ni lah fikiran kau, baik kau berhenti balajar, jadi hamba kat rumah ni!" Marah Cik Puan Tihani.

Bencinya dia dengan riak tenang Wareesa! Tapi, bila dia perasan yang riak takut mulai terbias di wajah gadis itu, dia senyum puas. Tahu takut bila diugut tentang berhenti belajar.

Wareesa hanya diam. Tak nak dah cakap apa-apa. Buatnya Cik Puan Tihani betul-betul memaksudkan apa yang diucapnya tadi, habis dia. Dia tak tahu nak teruskan hidup macam mana. Universiti lah satu-satunya tempat yang boleh dia lari seketika dari tempat yang menyesakkan ini.

"Kau ingat ya! Jangan rosakkan majlis aku!" Dengan itu, Cik Puan Tihani terus berlalu pergi dari dapur sambil nyaring suaranya memanggil Cik Zee dan pembantu-pembantu rumah yang lain. Wareesa hanya mampu helakan nafas berat.

"Haih. Nasib badan."

Kerja mula dibuat walau tak tahu apa menunya. Lantak. Asalkan dia buat kerja.

*💐 ੈ♡

MEMANG gah betul majlis Cik Puan Tihani ni. Rumah banglo tiga tingkat itu pun dah dihias cantik dengan bunga-bunga segar serta kain-kain yang memang tampak mahal. Itu tak ditambah lagi dengan pelamin kecil yang ada di ruang tamu tingkat 1 rumah itu. Patut pun dia dipesan untuk tak rosakkan majlis Cik Puan Tihani.

Dengan masjlis yang gah begini, fahamlah dia kenapa mereka yang berkerja ini diminta untuk sediakan banyak menu. Agaknya, katering pun tak cukup. Sebab tu kena ambil mereka jadi chef pula. Dan mungkin juga sebenarnya Cik Puan Tihani dah suka dengan dessert yang memang menjadi kepakarannya, tapi tak nak mengaku suka. Sengaja buat alasan takde yang boleh ambil tempahan seperti yang dia mahukan. Eleh. Dah suka, cakaplah suka.

Usai meletakkan dessert seperti Cream Puff, Eclairs, Churros dan beberapa jenis kek yang lain di tempatnya, Wareesa ke tempat makanan yang lain untuk memeriksa. Mana lah tahu ada apa-apa yang kurang. Kan kalau majlis rosak, dia yang kena? Lagipula, kalau ikut hakikatnya dia dah jadi sebahagian daripada tuan rumah. Yalah. Dia kan anak buah Cik Puan Tihani yang tak reti nak mengakui kebenaran yang satu itu. Jadi, kenalah bertanggungjawab sikit.

Tapi, baru sahaja dia nak bergerak, lengannya direntap kasar dari belakang. Terkejut dia dibuatnya. Dan bila lihat Hayyan, anak bongsu Cik Puan Tihani merangkap sepupunya yang merentapnya, terus Wareesa merentap kembali tangan itu.

Apa masalah lelaki ni?

"Apa masalah kau ni?" Tanya Wareesa geram. Dia mula tak sedap hati. Kalau dah orangnya Hayyan, memang takkan pernah sedap hati. Ada sahaja rancangan dalam kepala lelaki itu supaya dia dimarahi nanti.

"Kau buat apa kat sini?" Kasar Hayyan bertanya.

"Aku kerja lah!" Jawab Wareesa, juga kasar sebelum dia berpaling mahu melangkah pergi. Tapi sekali lagi dia direntap Hayyan. Bikin dia panas. Ada juga yang kena nanti kang!

Wareesa rentap kembali tangannya tapi Hayyan buat tak kisah, dia kembali memegang lengan Wareesa dengan kuat. Kuat sampai Wareesa sakit. Serius lah! Apa masalah lelaki ni?

"Kau dengar sini. Jangan berani-berani kau tunjukkan muka kau sepanjang majlis ni berlangsung. Kalau aku nampak kau, memang siap kau aku kerja kan!" Amaran diberi serius. Tajam mata pandang Wareesa.

Wareesa menentang pandangan itu berani.

"Kau faham tak ni?" Tanya Hayyan. Sambil itu, pegangannya makin dikuatkan.

"Ouch! Faham lah! Sakit! Lepas!" Balas Wareesa laju. Memang dia dah sakit sangat ni.

"Kau janji dengan aku." Hayyan telan air liur. Pegangannya pada lengan Wareesa dilonggarkan dan mata Wareesa ditatap lagi. Namun kini, tak segarang tadi. Lebih lembut.  Buat Wareesa kehairanan sendiri.

"Tak payah janji-janji lah! Aku bukan budak kecik! Sana!" Laju Wareesa membalas sebelum dia merentap tangannya kembali. Tak tunggu lama-lama, Wareesa terus berlalu pergi sebaik sahaja pegangan Hayyan lepas dari lengannya.

Benci! Mesti lebam lengannya kini.

Lanjutkan Membaca

Kamu Akan Menyukai Ini

34.9K 2K 16
𝓐𝓻π“ͺ𝓡𝔂𝓷 𝓀𝓢π“ͺ𝓲𝓻π“ͺ ~ 𝓑𝓲𝔃𝓺𝓲 𝓕𝓲𝓻π“ͺ𝓼𝓱 A little sweet moment between them. ps:-maaf sekiranya ada banyak kesalahan tatabahasa <3
1.5M 78.1K 21
Bagi Mia Elysha, cukuplah 3 tahun dia dibuli oleh Adrian Harris di bangku sekolah. Selepas sahaja Mia Elysha tamat sekolah, dia dipaksa pula berkahwi...
1.8K 28 7
*blπŸ”ž* [sex18+] β€’Ziyan atau di panggil Zin adalah seorang pelajar baru di kolej Vokasional Twilight/VT. β€’Zin mempunyai kawan barunya iaitu Nazi dan M...
51K 3.5K 78
"Aku sayang Eshal sehingga hujung nyawa. Tapi, aku sayang kau buat selamanya" FAREL GIBRAN "The mark of a true crush... is that you fall in love firs...