Tengku Hakimi Mikael [ C ]

By emberlyfayy_

367K 13.9K 948

1st Teenfiction Story Tengku Hakimi Bin Tengku Mikael seorang jejaka idaman para gadis diluar sana.Seorang y... More

Author Note
Bab 1
Bab 2
Bab 3
note 2
Bab 4
watak
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
GALLERY
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 33
Bab 34
Bab 35 [END]
THANKS
Special Chapter
Special Chapter 2
Special Chapter Last
SAJA

Bab 32

8.2K 347 21
By emberlyfayy_

Yana memandang hakimi. Dia tahu dia lebih lebih. Hal pun dah settle. Hakimi dah bagitahu semuanya. Termasuk semasa majlis tak jadi tu. Dia? Tak tahu nak cakap apa. Bersyukur jugalah dia bila tahu semua dah selesai,hakimi tak salah,dan paling penting dia tak jadi madu Diana.

Tapi dia tak tahu nak bagitahu ke tidak pasal anak yang dikandung dia. Suka ke hakimi? Atau hakimi nak anak ni untuk dapatkan benda lain pula? Huh Yana!jangan over thinking lah.

Yana menyiapkan sarapan untuk hakimi.Dia dah nak pergi kerja. Lagipon kejap lagi mesti hakimi balik punya,yelah semalam tiba tiba ikut balik,nak tidur sini lah,baju pun dia tak bawa,tak akanlah hakimi nak pakai baju dia kan. Gila ke?

---

Rafael yang berada dihadapan dia dipandang.

"erm..raf."

Rafael mengangkat muka.

"yes? "

"boleh tolong saya tak? "Yana mengaru keningnya. Nak cakap ke tak nak?

"boleh.Ape?"

"err.. Hmm.. "Yana mengetuk mejanya perlahan mengunakan pen. Dia tiba tiba mengidam nak makan buah durian. Durian tau!bukan mangga ke strawberry ke anggur ke. Ish3 kalau dekat Malaysia senang lah nak cari. Ni England.Pelik jugalah dia tiba rasa nak makan durian. Selalu orang mengandung makan mangga yang masam masam dia pula nak makan durian di negara England ni!! Aduhai.

"apa,nak apa? Hurry up kejap lagi kita ade meeting dengan wakil syarikat mana tah."Rafael mendesak yana untuk memberitahu. Ter err hmm. Nak mintak apa.penampar?

"what do you want.Yana."Rafael menyoal sekali lagi.

"Saya nak durian! Eh.ah betullah tu saya nak awak carikan buah durian.boleh?heheh"Yana tersengih. Rafael pula tercengang. Apa? Durian? Kenapa tak mintak buah yang senang di cari dekat sini. Durian juga dimintaknya. Rafael memandang yana,mintak kepastian, betul ke durian ke buah lain?

"durian? Serious lah yana? Kita dekat England tau bukan Malaysia. Hmm oklah."Rafael mengalah. Tengok muka yana yang buat buat comel. Hish nasib baik yana dah kahwin kalau tak memang dia yang buat bini.

"nak sekarang. "

Rafael mengangguk.

"ye nak pergi kejap.Jangan lupa meeting kejap lagi. "Kata Rafael sebelum melangkah keluar.
Yana garu kepala,nak cakap ke tak? Cakap jelah.

"ermm Raf. "

Rafael yang baru sahaja membuka pintu berpaling.

"nak kirim apa lagi tuan puteri? "

"heheh err tak ada apa apa tapi nak durian yang ada kulit sekali. Musang king. Tak nak yang dalam paket... Boleh kan.please baby yang nak. "Kata yana lalu membuat muka comel. Rafael terngadah. What? Durian dengan kulit?kulit yang tak boleh makan pon nak juga. Musang King pulak tu. Payah lah mak buyung ni.

"seriously yana? Mana nak cari? Kulit tu bukan boleh makan pon.menyusahkan je nanti nak buka.Beli dalam pack sudahlah.Pokok durian tak nak? "

Yana mencebik. Nak nangis lah gini.
"Bagi tahu papa. Tengoklah nanti. "

"eh tak payah tak payah. Sekarang juga saya beli.Bye.cau dulu. "Rafael melarikan diri. Duduk lama lama dalam tu macam macam nanti yana mintak. Nasib baiklah dia tak mintak nak naik UFO ke nak pijak awan ke. Huish. Sekarang ni misi mencari durian berkulit. Eh? Macam pelik je bunyi dia.

---

Hakimi mengemaskan kameja yang dipakainya. Lepas je bagitahu semua dekat yana dia lega dah. Bonus dia dapat tidur rumah yana lagi. Dapat jugalah dia lepas rindu.Walaupun mula mula yana tak bagi.

Lepas je meeting dia dengan syarikat LY tu habis dia nak ajak yana keluar. Nak lepaskan rindu. Sempat juga lah semalam dia rembat nombor telefon yana baru masa yana tak ada. Nak mintak memang tak lah yana nak bagi kan.

Hakimi masuk kedalam bangunan di hadapannya itu. Syarikat Ly. Dia tak pernah dengar pula. Tahu tahu ada share dengan company ni. Mesti CEO dia lagi kaya dari dia kan. Tengok jelah bangunan syarikat dia. Bukan main besar.

Hakimi mengetuk perlahan kaunter dihadapannya itu.Nak bertanya pasal hal ni lah.

"excuse me,i have an appointment with  CEO LY company."

Pekerja perempuan itu mengangguk. Jari dia sibuk menekan tab yang dari tadi berada ditangan dia.

"ouh you are Tengku Hakimi form MH holding right? Here let me show you the CEO office. "

Hakimi mengangguk lalu mula mengikut pekerja perempuan itu ketingkat atas yang menempatkan CEO syarikat itu.

"Here we are. "

"okay thank you. "selepas memberikan ucapan terima kasih,hakimi mengetuk pintu pejabat itu. Tercari juga dia nama CEO tu.tak ada pulak.

"come in. "

Selepas mendengar sahutan itu.hakimi masuk.

"so you are..."Yana yang baru sahaja mengangkat muka terpanar.

"abang?! "

"eh sayang?! "Hakimi terkejut.CEO syarikat ni Yana? Isteri dia? Macam mana? Eh.Macam..macam...

---

Rafael mengeluh.Penat dia pusing satu bandar ni.Habis semua pasar raya dia masuk.tak ada satu pun yang jual durian yang ada kulit tu! Dalam pack ada lah. Aduh susah betul. Kalau tak ada macam mana dia nak cakap dengan yana. Mahu kena bebel dengan Tengku Hisyam karang.

Sambil mengipas ngipas wajahnya yang berpeluh dengan topinya,dia terpandangkan satu café yang terkenal jugalah dekat situ.

el mejor café

Dengar kata makanan dekat situ sedap sedap. Halal pulak tu. Rafael masuk kedalam café tersebut. Nak hilang haus kejap. Penat tahu.

"yes Sir,any order? "

Rafael memandang seorang lelaki yang memakai apron dihadapannya.

"give me one ice latte."

"okay sir, your order will be in five minutes. "

Rafael mengangguk. Sambil tunggu Air dia sampai di memandang mandang sekeliling café itu. Cantik. Nama pun café El major.the best cafe. Rafael mengerut kening. Dia macam kenal bau ni.Bau durian! Dia memandang beberapa pekerja yang sedang mengangkat kotak kotak penuh. Durian!Musang King! Durian dengan kulit sekali!wah!

"Kalau beli agak agak berapa arh. Mesti mahal tu. "

"apa yang mahal? "kata lelaki yang menghantar air milik Rafael.

Rafael memandang lelaki dihadapannya. Eh melayu ke?

"eh melayu ke? "

Lelaki dihadapannya mengangguk.Lalu duduk dihadapan Rafael tanpa dipinta.

"Aku Syed Faiq.Owner café ni. Kau? "

Rafael ternganga. Wah dia cakap dengan owner café terkenal wei. Bukan kaleng kaleng syed terus!

Syed Faiq ketawa kecil. Kelakar tengok Rafael yang ternganga tu.

"so apa yang mahal tu? "

Rafael tersedar. Cepat cepat dia pandang muka Faiq.

"err tu durian tu. BTW nama aku Rafael.panggil je Raf. "

Faiq mengangguk. Durian rupanya. Memang dia sentiasa amik stok durian dari Malaysia.Dia nak buat macam macam makanan dekat sini daripada durian.Boleh juga mempromosikan hasil Malaysia yang orang kata tak sedap!

"kenapa kau nak durian ke? Aku bole je bagi. Banyak tu. "

Rafael sekali lagi tergamam. Weh bagai bulan jatuh keriba kau tahu!

"haah.Sebenarnya kawan saya yang nak.Dia mengandung. Mengindam katanya. Nak pulak durian hari ni. Kalau durian dalam pack senang lah nak cari ni dia nak dengan kulit sekali. Tu yang penat pusing bandar cari. Eh kau betul ke nak bagi? Aku beli lah. Segan pula mintak mintak. Aku ni stranger aje "Rafael berkata panjang.

Syed Faiq hanya tersenyum kecil.

"amik lah tak kisah pun.Cakap dekat kawan Kau tu nanti bila baby dah lahir bagitahu Uncle kacak ni yang bagi durian. "

Rafael ketawa. Disambung juga Faiq. Senang betul nak kamceng. Lelaki kan. Kawan senang betul nak dapat. Ish2.

---

"Sayang? "

Yana sengih. Aduh kenapa dia tak perasan hakimi yang dia kena jumpa. Dah sah sahlah MH holding syarikat suami dia. Abis kantoi gini. Tengok muka hakimi yang macam nak makan mangsa ni buat dia seramlah. Baby! Kenapa papa awak ni seram sangat!

"err.. Sebenarnya.. Err.. Ni syarikat saya. Memang asalnya nak cakap dekat abang yang saya ada syarikat dekat sini masa tu. Tapi kejadian tu yang buat..err.. "

Hakimi memandang yana tanpa berkelip. Malam tu? Dinner dengan tengku hisyam sebab nak cakap pasal ni. So yana masa dekat Malaysia mesti bukan jadi PA kan.

"so,sayang nak cakap yang sayang nak bagitahu pasal ni masa dinner dengan papa tu? So daddy dengan mommy pon tahu lah kan? "

Yana mengangguk. "sorry. Nak bagitahu malam tu tapi abang kan..dengan diana tu.. "ayat terakhir dia perlahankan.

"jadi sayang bukan PA lah kan dekat sana? Kalau tak kenapa sayang jadi CEO dekat sini. Sampai hati sayang tak bagitahu abang. "Hakimi merajuk. Dia nak attention

Yana pening. Lah baby besar merajuk lak.
"ok ok. Saya mengaku dekat sana saya sebenarnya COO tapi disebabkan dulu abang tak berapa nak amik tahu pasal saya, saya tipu lah abang.. Alah tipu sunat. Hehehe. "

Hakimi mencebik.sejak bila menipu ada tipu sunat ni. Haish nasib isteri tercinta. Tak apalah. Janji dia bagitahu juga walaupun aku yang tanya sendiri.

"hmm.. "Kata hakimi separuh merajuk.
Yana ketawa. Tangan hakimi dicapainya.
"abang merajuk ke...alolo jangan lah nanti saya lari lagi nanti baru tahu. Saya tak sengaja lah tak bagitahu. Lagipon nanti syarikat ni bakal milik abang juga. "

"hah? Kenapa milik abang?ni syarikat siapa sebenarnya?"

Hakimi binggung.

"ni syarikat sayalah. Nenek saya yang bagi. Nanti lain kali saya cerita kenapa. Pasal milik abang tu. Saya ingat nak uruskan syarikat ni dengan abang. Kita pindah sini. Nanti papa pun ikut sekali. Saya nak dekat dekat arwah mak saya. Kalau abang nak tahu England negara asal mak saya. "

Hakimi mengangguk. Dia pun baru tahu.

"erm.. Sayang nak tak..."Tolakan kuat pintu pejabat yana mematikan perbualan mereka berbual.

"Yana! Saya dah dapat dah durian ni! Nah.Tadi kata baby mengidam kan "Rafael masuk tanpa perasan kehadiran hakimi disitu.Yana pula diam. Kenapalah si Rafael ni!Boleh pula dia sebut baby.Aduh..

Rafael yang baru saja masuk bersama beberapa biji durian tergamam. Habislah. Dia tak nampak pula ada orang. Lagi lagi orang tu orang yang dia tahu. Tengku Hakimi! Suami yana! Mati dia.Yana pandang tidak puas hati. Hakimi binggung.

"baby? Kau sapa? Siapa mengidam?"Hakimi berkata sambil bercekak pinggang. Apa pula yang dia tak tahu.

Yana menjeling tajam kepada Rafael. Rafael meneguk air liur. Habislah dia. Maka dengan ini kita bersama sama mensedekahkan Al Fatihah kepada Rafael.Semoga dia berada didalam golongan yang beriman. 😂

Ayok tak tahu!
Nak vote bebanyak. Comment ke 😌

Continue Reading

You'll Also Like

80.8K 9K 16
"Airis dah terlanjur dan sekarang Airis mengandung." Siapakah yang menanggung semua ini jikalau bukan gadis muda ni. Belum sempat Airis memberitahu p...
404K 11.9K 71
Cinta? Tak pernah terlintas untuk perempuan remaja yang bernama Nur Humaira Dahlia merasai perasaan tu. Tapi tanggapan itu berubah ketika hadirnya...
435K 20.9K 51
"Hanya kerana seutas tasbih, Kita ditemukan." Cinta hadir tanpa diduga, cinta juga hadir tanpa dipinta.Semua yang berlaku atas kehendak-N...
344K 27.1K 70
(3rd book of 'DIA ENCIK ' series.) "Yes I'm the most sombong human being that you ever seen. But, don't you know that I am the most sweet talker that...