14 Days [C]

By imsyazz

4.3K 881 1.4K

• Second novel by @imsyazz • • 1st Short Story by @imsyazz • | Just friendship story | "I will teach you for... More

14 Days: Prolog
14 Days: 2
14 Days: 3
14 Days: 4
14 Days: 5
14 Days: 6
14 Days: 7
14 Days: 8
14 Days: 9
14 Days: 10
14 Days: 11
14 Days: 12
14 Days: 13
14 Days: 14
14 Days: 15
14 Days: 16
14 Days: 17
14 Days: 18
14 Days: Epilog
Fleure

14 Days: 1

426 87 127
By imsyazz

Assalammualaikum, done update!  ❤️
Jemput baca, vote and comments! 💘

|04092020|

~~~~~

TALI kasut yang terbuka itu diiikat bagi kemas. Beg digalaskan di
bahu sebelum melangkah keluar
dari rumah. Jarak antara rumah
dia dengan sekolah kira-kira 600
meter. Qirsha menarik nafas lalu memejamkan matanya sejenak.

"Umi harap result Ryn meningkat. Kalau
tak meningkat juga, kamu berhenti jelah sekolah. Mungkin kamu memang dilahirkan... bodoh."

Kata-kata uminya tadi menghiris hati Qirsha. Dia bukan tak berusaha, dah tapi sering kali gagal. Rasa diri ini macam tak berguna. Useless. Don't give up! Kau boleh berjaya, Qirsha Arynna.

Kelopak mata dibuka lalu langkah diteruskan hingga sampai ke pintu pagar sekolah. Dia melemparkan senyuman kepada kawan-kawan dan juga guru-gurunya. Qirsha berjalan masuk ke dalam kelas sebelum meletakkan begnya dia atas kerusi.

Bum!

Seorang lelaki dan juga rakan sekelasnya menolak pintu itu dengan kuat. Dia menapak masuk ke dalam lalu mencampakkan beg  di atas meja. Semua mata mula tertumpu ke arahnya. Dia hanya menayangkan muka selamba.

Ye, Airiq Drizlan.

"Bangun! Assalammualaikum Cikgu Izzati." Suara Iman yang nyaring dan juga selaku ketua kelas menyentakkan Qirsha yang sedang mengalamun. Dia kelam-kabut berdiri sebelum memberikan salam bersama-sama dengan rakan sekelasnya.

"Hari ni cikgu nak bagi markah exam yang kamu jawab last week. Ingat tak?" Cikgu Izzati menyusun kertas ujian bagi teratur. Dia mula memandang anak muridnya satu persatu. Qirsha menekur ke mejanya. Digenggamnya erat 10 jari sambil mengetap bibir.

"Airiq Drizlan, tahniah! Awak dapat 100% lagi," puji Cikgu Izzati. Airiq melangkah ke hadapan untuk mengambil kertasnya. Dia memberikan senyuman kepada cikgu Matematik itu. Retina mata masih melihat Airiq yang masih tersenyum lebar itu.

Bestnya jadi Airiq.

"Iqmal, tolong bagi dekat kawan-kawan kamu," arah Cikgu Izzati. Iqmal mengganguk kepala lalu menapak ke meja guru Matematik itu. Dia memberikan kertas-kertas tersebut sambil matanya curi memandang markah rakan sekelasnya. Qirsha yang sedari tadi diam memerhatikan kerenah rakan sekelasnya kini mula hairan. Kenapa dia tak dapat kertas?

"Qirsha Arynna, result awak masih sama lagi. Kalau macam nilah result awak, cikgu terpaksa tukarkan aliran awak ke aliran lain. Masa form three, elok je awak dapat markah penuh. Naik tingkatan empat, hancur. Dah, ambil kertas awak ni." Dengan langkah perlahan, dia menapak ke meja gurunya. Senyuman tawar diukirkan juga kepada Cikgu Izzati. Kertas itu diambil sebelum kembali ke mejanya.

Airiq yang berada di belakang Qirsha mencuri-curi pandang markah gadis itu. Kepala digelengkan beberapa kali. Ini tak belajar ke apa. Teruk naw. 30% je? Senyuman sinis terukir di bibirnya. Kalau nak dibandingkan dengan result dia, tak perlu cakap kot. Jauh sangat!

Bunyi loceng sekolah menandakan waktu Matematik sudah tamat. Usai sahaja mengucap terima kasih, dia terus duduk lalu merenung kertasnya itu. Kawan-kawan dia yang lain diendahkan sahaja. Terus terlintas di fikirannya kata-kata yang keluar dari mulut umi tadi. Ya Allah, macam mana ini?

"Oi!"

Panggilan Airiq diendahkan sahaja. Tahu yang si Airiq itu akan menyindirnya. Tak percaya, tunggu. Dia memusingkan badan menghadap ke belakang apabila kerusinya disepak tiga kali berturut-turut. Bibir diketap geram dengan perangai syaiton ini! Pergilah kacau orang lain.

"Dari awal tahun, sampai sekarang asyik sama je result kau. Tak penat ke? Tengok result aku ni, kau hado? Buwek result teruk!" ejek Airiq sambil menjelirkan lidahnya kepada Qirsha. Siap ditunjukkan lagi kertas examnya. Qirsha menarik nafas sebelum memusing kembali badannya.

"Eee! Layanlah aku!" rungut Airiq bosan. Dia menyepak kerusi Qirsha beberapa kali. Senyuman senget terukir di bibirnya apabila melihat muka cemberut gadis itu. Yes, Qirsha mengamuk!

Dia suka!

"Kau nak apa, Airiq? Cubalah sehari kau tak kacau aku! Stres tahu tak?" Qirsha mencerlung tajam ke arah Airiq. Kawan-kawannya yang lain itu bukan busy pun, dia yang tengah sibuk ini nak juga kacau. Dasar si syaiton! Memang sesuailah kot gelaran itu dengan Airiq.

"Mana ada aku kacau. Wey, Sha! Cubalah layan kawan tercinta, tersayang dan semua ter ni. Kau sanggup abaikan aku sub sub!"
Airiq mengesat air mata palsunya. Dia mengetap bibir geram melihat wajah selamba gadis itu. Sampai hati dia tak layan aku!

"Kau kawan aku ke?"

Auch!

Terdiam Airiq seketika apabila disindir oleh Qirsha. Qirsha menjongket kening sambil
mengukir senyuman mengejek di bibirnya. Nak tergelak dia melihat wajah Airiq yang kelihatan muram itu. Diam pun mamat ini. Memekak je dari tadi.

"Qirsha, aku nak cakap something ni." Airiq mencuit lengan Qirsha menggunakan jarinya. Gadis itu hanya buat tak endah je. Bibir dimuncungkan ke depan. Qirsha tak nak layan dia!

"Sha..." Meleret suara Airiq memanggil nama Qirsha. Dia melangkah ke meja Hayati lalu melabuhkan punggung di atas
kerusi. Airiq menongkat dagu
sambil memandang Qirsha yang berada di hadapannya. Sempat dijeling sekilas melihat apa yang
gadis itu buat. Sibuk naw!

"Kau nak belajar dengan aku tak? Pastu, dapat result macam aku. Nak tak? Just 14 days. Do you want it?" Qirsha mengangkat kepala memandang Airiq sejenak sebelum menghamburkan tawanya. Wajah Airiq mula berubah cemberut. Dia memuncungkan bibir ke depan sambil mengecilkan matanya.

"14 days? Kau gila ke, Airiq? Mana ada orang belajar pastu dapat result macam kau dalam masa 14 hari," bantah Qirsha sekeras-kerasnya. Dia menggeleng kepala beberapa kali dengan cadangan Airiq itu. Mengarut!

"Aku boleh je," balas Airiq kasar. Dia
memeluk tubuh sambil matanya merenung Qirsha tajam. Tak kira, dia mesti ajar Qirsha juga! Kalau tak sampai bila gadis itu nak berjaya kalau asyik dapat markah macam itu je?

Qirsha mengeluh halus.

"Kau memanglah! Kau pandai. Aku ni, belajarlah dengan sesiapa pun, still bod**h!" Kepalanya tergeleng-geleng mendengar kata-kata Qirsha. Belum apa-apa lagi, dah overthinking. Inilah perempuan.

"Pandai ke tak pandai tu tak penting. Yang penting usaha kau. Macam mana nak berjaya kalau belum mula lagi dah merungut macam-macam? Overthinkinglah itulah inilah. Kalau aku berfikiran macam kau, sampai sekarang aku takkan berjaya. Suka sangat bandingkan diri sendiri dengan orang lain."

Qirsha terdiam.

"Sha... aku nak tolong kau ni. Jarang tau aku tunjuk perangai baik aku. So, kau nak tak?" Belum sempat Qirsha membalas, cikgu mata pelajaran Sainsnya menapak masuk ke dalam. Iman berdiri lalu memberikan salam diikuti dengan rakan-rakan sekelasnya.

"Qirsha Arynna, habis je waktu saya, pergi jumpa dengan Cikgu Izzati.
Dia nak jumpa." Qirsha hanya mengganguk kepala faham sebelum melabuhkan punggung di kerusinya.
Airiq sempat mengerling sekilas Qirsha yang sedang mengeluarkan buku teks Sains.

Dia mengulum senyuman.














QIRSHA menjongket kening hairan melihat ketiadaan Cikgu Izzati di mejanya. Jam di tangan dikerlingnya sekilas. Cikgu Muna prank dia ke apa ini? Dah lebih 10 minit ini dia tunggu.

"Ya Allah, maafkan cikgu, Qirsha. Cikgu ada kelas tadi. And sorry, sebab kacau waktu belajar kamu," ucap Cikgu Izzati lalu meletakkan beg-begnya di atas meja. Botol yang terletak elok di tepi meja dicapainya lalu diteguk rakus. Qirsha hanya menggeleng kepala, faham kenapa cikgunya lambat.

"Cikgu nak tanya kamu, Qirsha. Kamu sebenarnya boleh ke tak bawa aliran ni? Awal tahun elok je result tapi kenapa sekarang dah berubah? Kamu ada problem ke?" Cikgu Izzati memeluk tubuh sambil mata tak lepas memandang anak muridnya. Dia menyandarkan badan di penyandar kerusi. Qirsha mengetap bibir takut untuk menjawab soalan cikgunya. Dia pun tak tahu kenapa dengan dirinya.

"Saya... saya tak tahu," balas Qirsha sambil menekur ke lantai. Digenggam erat jarinya. Cikgu Izzati mengeluh halus mendengar respon anak muridnya. Dia kena buat sesuatu untuk bantu Qirsha.

"Tak apalah, kamu boleh keluar. Oh ya, satu lagi! Saya akan adakan exam dalam masa terdekat ni untuk test kamu semua sekali lagi. Dua kali saya akan buat ye. So, pastikan ada perubahan." Terkejut Qirsha seraya mendengar kata-kata Cikgu Izzati. Ada lagi exam? Dahlah dua kali, rungut hatinya.

"And one more, I will discuss with your teacher. Sama ada untuk tukarkan kamu ke aliran lain atau pun tidak. Dah, kamu boleh keluar." Qirsha mengucap terima kasih sebelum menapak keluar dari bilik guru. Dia mengeluh berat.

"Tak habis-habis mengeluh. Macam mana nak berjaya kalau sikit-sikit mengeluh. Itu baru cikgu cakap nak buat test." Terkejut Qirsha dibuatnya dengan kehadiran Airiq secara tiba-tiba. Airiq berpeluk tubuh sambil memandang Qirsha.

"Apa kau buat kat sini? Kau skodeng aku ke, hah?" tuduh Qirsha serkap jarang. Dia merenung Airiq tajam. Terhambur gelak Airiq mendengar tuduhan si Qirsha.

"Aku? Nak skodeng kau? Tak ada masa aku. Kau dahlah tak lawa," kutuk Airiq selamba. Dia menyelak helaian rambutnya yang terjuntai di bahagian dahi. Kedua-dua tangan disilang ke dada. Qirsha menjulingkan mata ke atas menyampah dengan Airiq.

"Aku dah dengar tadi apa yang Cikgu Izzati cakap. Kau nak ke tukar aliran? Macamlah aku tak tahu yang aliran Akaun tu kau minat." Terus dipandangnya wajah Airiq yang beriak selamba itu. Macam mana Airiq boleh tahu apa yang dia minat?

"So, aku nak tanya kau. Masih nak ke tawaran aku tu?" tanya Airiq sambil menjongket-jongketkan kening. Tch, ingat hensemlah itu jongket-jongket kening?

"Nope! Never and never!" balas Qirsha sombong sebelum melangkah menuju ke kelasnya kembali. Airiq mengukir senyuman senget. Disebalik senyumannya, ada maksud tersirat.

"Cikgu... hari tu kan, Qirsha ni rembat telur acik kantin! Dia rembat sebab nak main baling-baling dekat member..." Langkah Qirsha serta-merta terhenti. Dia menoleh ke belakang sebelum berlari ke arah Airiq. Kaki Airiq disepak kuat sehingga lelaki itu jatuh terduduk.

"Kau ni lelaki ke perempuan hah? Perangai macam jantan!" tempik Airiq sambil mengusap kakinya yang pedih. Gila wo perempuan ini! Airiq bangun dari duduk lalu berdiri tegak di depan Qirsha. Dia tak nak tunjuk lemah!

"Kau belajar dengan aku atau pun aku bagi tahu acik kantin. Acik kantin tu bahaya tau. Sekelip mata kau boleh hilang separuh nyawa kalau cari pasal dengan dia. So, pilihlah." Usai berkata, Airiq terus melangkah meninggalkan Qirsha. Di bibirnya terukir senyuman lebar. Dia berjaya membuatkan Qirsha tersepit dan keliru. Ya, itu yang dia mahu!


TBC

Teruskan menyokong 14 Days 💘

| read, vote and comments |

Continue Reading

You'll Also Like

999K 46.2K 52
"𝙈𝙤𝙜𝙖 𝙖𝙠𝙪 𝙬𝙖𝙣𝙞𝙩𝙖 𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙖𝙠𝙝𝙞𝙧𝙣𝙮𝙖." - 𝒷𝓎 𝒜𝓈𝓊𝓃𝓃𝒶𝓇𝒶𝒶 Eian Wazif | Ledy Hara
2.2M 51.7K 33
Aira dan Haiqal... Pergaduhan mereka seperti anjing dengan kucing, kucing dengan tikus, tikus dengan tikus merebut keju... Dalam masa yang sama, Aira...
13.2K 1.3K 38
[WARNING EMOTIONAL] Disebabkan satu kesilapan dia tinggalkan aku buat selamanya.
2.6K 313 52
"Lelaki untuk membimbing, bukan dibimbing." ..... لَكُمْ دِيْنُكُمْ وَلِيَ دِيْنِ "Untukmu agamamu, dan untukku agamaku." [QS, Al-Kafirun: 6] ...