MY DEAR HUBBY (complete)

By Rialysa_138

12.5K 593 4

Siapa aku... Hanya insan biasa.. Tidak sempurna seperti yang lain... Badan ku tidak se indah mata yang mem... More

--- 1---
---2---
---3---
---4---
---5---
---6---
---7---
---8---
---9---
---10---
---11---
---12---
---13---
---14---
---15---
---16---
---18---
---19---

---17---

572 25 0
By Rialysa_138


beberapa tahun kemudian...

"Mama,mana alang ni? Kitaorang dah tunggu lama dah ni." Ujar Naufal Hafizd anak aku dan Haziq yang ke 7. Alhamdulilah, Allah memberi aku dan Haziq rezeki yang tidak ternilai. Naufal Hafidz lahir ketika umat Islam sibuk untuk menyambut aidilfitri.

Semua masa tu kelam kabut. Mana taknya nak buat persiapan raya alih-allih sibuk hal aku nak beranak pula. Syukur yang tak ternikmat kerana aku di beri peluang untuk melahirkan dia secara normal.

" Adik tak reti nak sabar ke? Biasalah perempuan nak bersiap mesti ambil masa lama. Nanti esok adik dah kahwin baru tahu macam mana." Tutur Nawra Imanina merangkap alang yang baru turun daripada tangga.

"Letih la tunggu alang ni. Kalau adik kahwin nanti, adik tak nak dia make up beria sangat macam alang. Tak punctual langsung kan mama." Naufal Hafidz mencebik. Lengan aku di peluknya seraya menjatuhkan kepala ke bahuku.

"Dasar anak manja. Umur baru 17 tahun ada hati fikir pasal kahwin. Belajar dulu bagi habis." Tutur Nawra Haliena yang menunggu di sofa sambil tangannya memegang sebuah buku. Anak aku yang ni memang tak di nafikan memang ulat buku.

 Kemana-mana pergi mesti ada satu atau dua buah buku dalam beg. Mana taknya di sebab kan minat membacanya tahap melampau ,darjah tiga dah pakai spek mata.

 Haru betul budak sorang ni. Kakak dengan abang kembar dia tak da la pula terlebih rajin. Sekarang ni Nawra Haliena baru habis Phd.

"Dah-dah jom bertolak. Nanti lambat pula sampai. Adik move your hand from mama hand." Tutur suamiku. Naufal Hafidz mengikut apa yang disuruh oleh papanya. Lantas Haziq mengambil peluang itu untuk memeluk lengan aku.

"Papa tak aci main tipu. Adik yang dapat dulu tadi." Naufal Hafidz merengek. Bapak dengan anak sama je, manja terlebih. Macam-macam perangai diaorang ni.Yang peliknya semua anak lelaki aku manja berbanding dengan anak perempuan yang terlebih manja dengan Haziq.

"Papa and adik enough. Nak manja ke apa ke nanti-nanti okey. Along dah telefon tanya bila nak sampai." Laung anak ku yang ke enam, Naufal Hazriq. Rupanya sedari tadi Hazriq menunggu di luar rumah, patutlah tak nampak batang hidungnya. Yang ni lagi kuat manjanya. Kalau sebelum tidur mesti nak peluk dulu.

"Papa, abang Hazriq jelous dengan kita." Sempat lagi Naufal Hafidz mengumpat abangnya itu.
Naufal Hazriq di luar hanya menjeling tajam. Tuhan je yang tahu betapa penatnya dia menunggu di luar alih-alih lambat sebab yang lain tengah duk mesra kat dalam. 

Panas betul hati ni.. Dah la baru balik dari bertugas. Naufal Hazriq memilih untuk menjadi askar. Aku pun tak tahu macam mana anak aku tu bila dia nak tidur.

Tepat jam 10 pagi keluar juga kami dari rumah. Orang di sana dah bising kenapa tak sampai lagi. Mana nak sampainya kalau semua pakat nak bermanja.sepanjang perjalanan menuju ke destinasi riuh saja kereta itu dengan suara anak-anak ku. 

Sesekali letih juga mendengarnya.Teringat waktu mereka masih kecil dulu. Macam-macam lagak dengan 4 kembar tu ditambah pula dengan dua orang lagi adik tak ketinggalan along mereka iaitu Ryan.

Continue Reading

You'll Also Like

75.5K 2.9K 36
First story from sweethearttina🌹 Kisah sepasang sepupu yang disatukan tanpa kerelaan masing-masing hanya disebabkan satu peristiwa yang tidak diingi...
52K 1.4K 49
Sebuah perkahwinan tanpa rela antara, Nadhirah -seorang gadis kampung (anak keluarga berada tapi dibesarkan oleh nenek) yang tidak terdedah dengan d...
82.7K 8.1K 43
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
151K 532 5
Satu kejadian yang tak pernah disangka berlaku. Mengapa atau siapa puncanya tidak diketahui. Kejadian yang mengubah segalanya. Dari si periang kepada...