All-In

By farid5attar

2.3K 477 1.7K

My timeline story: 2007 •Kelas DSB 2017 •Ustazah Kpop (UK) 2018 •Coming Back (CB): I'll be Back •Hipsteria •H... More

Pendahuluan + CASTING
PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
CASTING 2
ADVENTURE BEGINS: BAB 1
ADVENTURE BEGINS: BAB 2
ADVENTURE BEGINS: BAB 3
ADVENTURE BEGINS: BAB 4
ADVENTURE BEGINS: BAB 5
ADVENTURE BEGINS: BAB 6
ADVENTURE BEGINS: BAB 7
ADVENTURE BEGINS: BAB 8
ADVENTURE BEGINS: BAB 9
ADVENTURE BEGINS: BAB 10
ADVENTURE BEGINS: BAB 11
ADVENTURE BEGINS: BAB 12
CASTING 3
FANTASY EXPLORER: BAB 1
FANTASY EXPLORER: BAB 2
FANTASY EXPLORER: BAB 3
FANTASY EXPLORER: BAB 4
FANTASY EXPLORER: BAB 5
FANTASY EXPLORER: BAB 6
FANTASY EXPLORER: BAB 7
FANTASY EXPLORER: BAB 8
FANTASY EXPLORER: BAB 9
FANTASY EXPLORER: BAB 10
FANTASY EXPLORER: BAB 11
FANTASY EXPLORER: BAB 12
CASTING 4
CIVIL WAR: BAB 1
CIVIL WAR: BAB 2
CIVIL WAR: BAB 3
CIVIL WAR: BAB 4
CIVIL WAR: BAB 6
CIVIL WAR: BAB 7
CIVIL WAR: BAB 8
CIVIL WAR: BAB 9
CIVIL WAR: BAB 10
CIVIL WAR: BAB 11
CIVIL WAR: BAB 12
CASTING 5
GAME OVER (A): BAB 1
GAME OVER (A): BAB 2
GAME OVER (A): BAB 3
GAME OVER (A): AFTERMATH
GAME OVER (B): BAB 1
GAME OVER (B): BAB 2
GAME OVER (B): BAB 3
GAME OVER (B): AFTERMATH

CIVIL WAR: BAB 5

40 9 8
By farid5attar

Raungan kedengaran dengan jelas biarpun hujan kilat kuat membasahi bumi. Darah mengalir deras akibat cakaran pada muka.

"Bawa bertahan!" pinta Minatozaki sambil merawat Ice Serra.

Urat saraf terdedah pada wajah Ice Serra. Violet Alexander turut membantu Minatozaki merawat. Ferradossa Anvell memegang tangan Ice Serra, takut hilang kawalan pula.

"Argh!" raung Ice Serra.

"Bertahan!" arah Ferradossa Anvell sedikit tegas.

Tiga orang yang memegang Ice Serra, terus ditolak kasar. Ice Serra bangun dari baring. Kakinya menjejak lantai. Luka parah pada muka disentuh. Kesakitan masih tersisa.

"Mana Kai?" soal Ice Serra sambil menundukkan muka.

"Dia... dah mati," jawab Minatozaki agak berat.

"Apa?" Berkerut dahi Ice Serra mendengarnya.

"Badan dia kena torehan dalam. Urat jantung aorta terputus. Mandatori dia mati dekat tempat tu," terang Violet Alexander.

Keluhan dilepaskan.

"Semua ni salah aku," kata Ice Serra mula bersalah.

"Tak, bukan salah kau pun. Salah kami juga sebab tak jaga suami betul-betul," kata Ferradossa Anvell berpaling muka.

Minatozaki menundukkan pandangan. "Betul tu."

"Tapi... dia rakyat aku juga," kata Ice Serra.

Mereka terdiam seketika. Baru sedar, Ice Serra ialah permaisuri mereka.

"Namun... apakan daya. Aku cuma pemerintah di fantasi, bukan realiti," kata Ice Serra sedikit kasar.

Ferradossa Anvell berdiru di depan lalu memegang bahu Ice Serra.

"Tak kira la siapapun kau. Kau tetap permaisuri kami... dan kakak Ayano juga," kata Ferradossa Anvell dengan mata bertakung.

Ice Serra melihat raut wajah Ferradossa Anvell. Jelas terlihat mutiara jernih di kelopak mata.

"Anvell..."

***

Mayat Kai kelihatan terhanyut di atas sampan kayu. Empat beradik hanya memerhati mayat ayah mereka berlayar tanpa hala tuju. Hanazono Suzuki sudah menangis dari tadi. Rachel Berlitz hanya berpaling muka, tidak mahu melihat bapanya pergi. Claude Thunder pula menjauhkan diri dari mereka semata-mata mahu melepaskan kemarahan. Yūki Taiga berdiam, diam begitu lama sekali.

"Semua dah berakhir ke?" monolog Yūki Taiga, perlahan.

Claude Thunder memandang tajam ke arah Yūki Taiga. "Hoi, Yūki!"

Yūki Taiga mengalihkan pandangan ke arah adik tirinya. Wajahnya yang kosong terus ditumbuk kuat. Dua adik perempuan melihat Claude Thunder bertindak kasar. Yūki Taiga terpelanting lalu rebah ke atas pasir.

"Claude!" tempik Rachel Berlitz.

"Yūki!" tempik Hanazono Suzuki pula.

Claude Thunder duduk di atas perut Yūki Taiga. Kolar baju dipegang kasar. Tumbukan diberikan.

"Berhentilah! Tak ada guna nak bergaduh!" arah Hanazono Suzuki.

Mereka tidak mendengar suara Hanazono Suzuki, malah masih bergaduh. Rachel Berlitz mencelahi pergaduhan itu lantas menarik tubuh Claude Thunder jauh dari Yūki Taiga.

"Kau ni dah kenapa, Claude? Apasal tumbuk Yūki? Lepas marah?" kata Rachel Berlitz, dingin.

Claude Thunder berpaling muka, geram masih tersisa.

"Kalau kau nak lepas marah pun, tumbuklah aku. Jangan tumbuk Yūki. Dia abang kau," kata Rachel Berlitz lagi.

Terkejut Claude Thunder mendengarnya. Rachel Berlitz menjeling ke arah Hanazono Suzuki lalu memberi isyarat untuk jaga Yūki Taiga. Hanazono Suzuki bergegas mendekati Yūki Taiga. Dia memapah lelaki itu.

Kedengaran Yūki Taiga ketawa sinis. "Tumbuk pun tak sekuat yang aku sangka. Itupun ada hati nak lepas marah."

"Apa kau cakap?" kata Claude Thunder, geram.

Rachel Berlitz menahan susuk lelaki tegap. "Sudah!" Marah.

Claude Thunder berdiam, kali pertama melihat adiknya yang dingin menjadi marah. Dia berpaling muka.

"Jomlah Yūki. Biar Hana rawat," kata Hanazono Suzuki, lembut.

Susuk Yūki Taiga dipapah. Hanazono Suzuki membawa buah hatinya ke rumah. Rachel Berlitz dan Claude Thunder tinggal bersendirian di pantai. Ombak menghempas pasir tidak dihiraukan.

"Claude," panggil Rachel Berlitz memandang ke wajah abangnya.

Claude Thunder menggumam kecil.

"Sebenarnya, aku dah lama nak cakap benda ni," kata Rachel Berlitz, dingin dan serius.

"Apa dia?" Claude Thunder enggan berpaling.

Kolar baju Claude Thunder disambut lantas ditarik. Kepala Claude Thunder dialih ke muka Rachel Berlitz. Satu kucupan kasar menghinggap bibirnya.

Claude Thunder terdiam. Kucupan dilepaskan kemudian. Rachel Berlitz merenung mata abang tirinya.

"Kau tau kan apa aku nak sampaikan?" kata Rachel Berlitz, dingin dan tiada reaksi.

Lelaki itu masih berdiam. Rachel Berlitz mengatur langkah balik ke rumah, tinggalkan Claude Thunder.

Apa benda tadi tu? Bisik hati Claude Thunder.

***
Alor Setar, Kedah

Abu rokok berterbangan. Kelihatan Syarifah Izzati datang menghampiri.

"A... Ami!" panggil Syarifah Izzati.

Alif Najmi tidak mahu memandang langsung. Matanya tertumpu pada taman kosong di perkarangan Menara Alor Setar. Rokok di mulut dihisapnya. Syarifah Izzati berdiri di sebelahnya.

"Ami, kita... boleh lawan Aisyah tu! Aku akan tolong kau!" kata Syarifah Izzati, sungguh.

Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Syarifah Izzati mengeluh kecil. Punggungnya berlabuh di atas bangku, duduk di sebelah Alif Najmi. Sebatang rokok dihulurkan.

"Kau nak?" kata Alif Najmi, dingin sekali.

Syarifah Izzati menggeleng kecil. "Tak apa. Aku tak nak."

Rokok disimpan semula ke dalam poket seluar.

"Aku boleh je bagi kau lawan Aisyah dengan aku, tapi aku tak yakin kau boleh..." kata Alif Najmi belum habis bercakap.

"Aku tak kisah apa terjadi dekat aku nanti! Aku buat ni untuk tebus balik apa aku buat dekat Lin!" kata Syarifah Izzati, serius.

"Kau tahu kan Aisyah tu kuat orangnya. Ada kuasa yang kita tak boleh jangka."

Syarifah Izzati teringatkan sesuatu.

~Throwback~

"System call: Dark Nuclear, Self-Explode. Burst!"

Satu letupan besar mengegarkan negeri itu. Tubuh Izzy terpelanting ke langit merah.

~End Throwback~

Perut diusap. "Rasanya, aku gugur lagi."

Alif Najmi memandang wajah wanita di sebelahnya. Kucupan manis dihadiahkan ke pipi Syarifah Izzati.

"Jangan tinggalkan aku," pesannya memandang taman kosong.

Syarifah Izzati terdiam.

"Kau tinggalkan aku ibarat aku tinggalkan sesuatu yang aku sayang selama ni," tambah Alif Najmi, dingin.

Kepala Alif Najmi diusap. Syarifah Izzati kehairanan sedikit dengan karenah Alif Najmi.

"Kau okey tak ni? Lain macam kau ni. Kau makin pelik pula sekarang ni. Kau kata, kau tak suka aku. Apasal tetiba sayang aku ni?" kata Syarifah Izzati, hairan.

Alif Najmi memeluk leher Syarifah Izzati dari tepi. Mereka bertentang mata.

"Kau banyak bising la. Nak aku sumbat batang ais krim dekat muka mulut kau ke bagi kau diam?" kata Alif Najmi, serius.

Err... batang ais krim? Apa maksudnya? desis hati Syarifah Izzati, resah.

***
Singapura

Renungan tertumpu ke lautan dari ruang makan di apartmen tingkat 68. Dua cawan kopi panas terhidang di meja tanpa sedar.

"Your coffee," kata Aya sambil menyandang pedangnya.

Cindy Hawk memandang wanita elegan itu. Kopi diambil.

"Thanks," ucapnya.

Aya melabuhkan punggung dengan badan menghadap Cindy Hawk.

"So... What's next?" kata Aya lalu menghirup kopi buatannya.

Dari tempat mereka bersantai, kelihatan ombak besar muncul. Aya dan Cindy Hawk melihat tsunami menghempas Bandaraya Singapura.

"What the hell is that?" kata Cindy Hawk terkejut.

Ombak tsunami menghempas bangunan yang didiami mereka berdua. Gegaran kuat dirasai seperti bangunan semakin condong. Bangunan bakal runtuh ke bumi.

"We gonna die," kata Aya turut berpeluh.

Mata Aya tertumpu pada susuk yang sedang meluncur di atas ombak. Jelas kelihatan susuk yang dikenali. Jelas matanya terbuntang luas.

'Tak... Tak mungkin!' kuat hatinya berkata.

Tubuh Hamashita Natsume kelihatan sedang berdiri di atas ombak besar setinggi 50 meter. Bangunan runtuh menghempas bumi Singapura yang dibadai ombak besar. Cindy Hawk dan Aya beradu pernafasan dalam air. Masing-masing timbul di permukaan.

"We need to tell them," kata Cindy Hawk, serius.

Aya sekadar mengangguk.

***
Kuala Lumpur

Masing-masing kepenatan setelah beradu tenaga dengan pisau dan sudu.

"Haih... Bila semua ni nak berakhir?" kata Isma Fatieha kepenatan.

"Entahlah... Aku dah tak tau nak buat apa sekarang ni?" kata Aliya Syakira turut kepenatan.

Satu tepukan diberikan dari sebelah mereka. Cikgu Wan berjalan mendekati mereka berdua.

"Cukup untuk pelajaran kita pada hari ni. Kamu berdua dah buat yang terbaik. Jumpa esok nanti," kata Cikgu Wan dengan senyuman.

Aliya Syakira dan Isma Fatieha hanya tertawa hambar dan kepenatan. Masing-masing bangun dari duduk.

"Yosh! Saya dah masak barbeque semasa jalan ke arah kamu berdua tadi," kata Cikgu Wan menunjukkan set barbeku.

"Bila masa set barbeque ada dekat situ?" kata Aliya Syakira dan Isma Fatieha terkejut sakan.

Isma Fatieha mengeluh kecil, tersenyum. "Manusia yang pelik."

Aliya Syakira tertawa kecil lalu dendang lagu permainan kanak-kanak. "Pukul berapa datuk harimau?"

"Oh, pukul tujuh sekarang ni," jawab Cikgu Wan sambil melihat jam di tangan.

Aliya Syakira berjalan tujuh langkah mendekati Cikgu Wan lalu mencuit badan Cikgu Wan. "Kalah! Aliya makan barbeku dulu ya."

Terus Aliya Syakira berjalan mendekati set barbeku dengan cerianya.

"Eh, apa ni?" Cikgu Wan tergaman melihat karenah Aliya Syakira.

Isma Fatieha mendakap tubuh Cikgu Wan. "Biarkanlah dia tu. Cuma, kita berdua je sekarang."

Cikgu Wan merona kemerahan. "Eh, ada-ada je awak ni." Manja.

Mereka yang lain berjalan ke laman belakang kelas setelah puas mandi di kolam.

"Yo! Ada apa-apa kami terlepas?" kata Zafina Shahirah.

"Wah, ada barbeku la!" kata Farah Yasmine teruja.

Farah Yasmine terus bergegas mendekati set barbeku itu. Iskandar melihat sekeliling, tercari-cari sesuatu.

"Mana Alif dengan Izz?" kata Iskandar kehairanan.

Zafina Shahirah menggeleng. "Entah."

Sedang asyik mencari seseorang, mata tertumpu pada susuk yang berjalan mendekati kelas mereka..

"Ada orang datang," kata Iskandar.

Aura kegelapan dapat dirasai. Aliya Syakira melihat kemunculan susuk misteri itu. Dia memandang Cikgu Wan dan Isma Fatieha yang baru berkumpul.

"Siapa dia tu?" soal Isma Fatieha.

Cikgu Wan tampilkan diri dan lindungi mereka yang berada di belakangnya. "Semua berdiri di belakang cikgu."

Masing-masing segera berkumpul. Cikgu Wan masih bertentang mata dengan pendatang tak dijemput itu.

"Saya macam pernah nampak dia ni dekat Freaky World. Salah satu kitab diorang mengatakan, akan muncul Pahlawan Tiga Serangkai generasi pertama... dan mereka tak peramah macam mereka yang dulu, bahka  jauh lebih kejam," kata Cikgu Wan, serius.

"Dia la... Death Dracula, ayah kepada Deadly Dracula," kata Cikgu Wan, serius.

Death Dracula mengeluarkan aura syaitan lantas menyerang dengan kelajuan dahsyat. Segalanya yang terang-benderang menjadi gelap-gelita.

***
Dungun, Terengganu

Air panas bercampur serbuk teh dan gula. Air teh terhidang di atas meja. Ice Serra hanya termenung dengan tubuhnya yang separuh bionik.

"Serra, teh dah siap," kata Minatozaki.

"Terima kasih," ucap Ice Serra, dingin.

Kelihatan Yūki Taiga dan Claude Thunder sedang asyik bermain konsol PS3. Rachel Berlitz dan Hanazono Suzuki hanya menyaksikan mereka bermain.

"Mina," panggil Ice Serra, perlahan.

Minatozaki memandang Ice Serra. "Ya. Ada apa, Serra?"

"Boleh kau jaga anak kau?"

Minatozaki terkejut. "Err... Ya, aku jaga dia. Kenapa?"

Hanazono Suzuki terdengar perbualan mereka, tetapi berpura-pura tidak mendengar.

"Anak kau tu Pahlawan Tiga Serangkai generasi ketiga dan terakhir. Aku pula generasi kedua," kata Ice Serra.

"Pasal tu, kami tau," celah Minatozaki.

Ice Serra memandang wajah Minatozaki. "Aku dapat rasa kehadiran dia."

"Siapa?" Minatozaki kedipkan mata.

Pintu dirempuh dari luar tiba-tiba. Ferradossa Anvell dan Violet Alexander segera memasuki rumah lantas menutup pintu. Jelas sekali wajah mereka pucat. Masing-masing melihat mereka berdua.

"Kenapa ni?" kata Minatozaki kerisauan.

"Tadi, kami nampak... kami nampak..." kata Ferradossa cemas yang teramat.

"Bawa bertenang dulu. Apa dah terjadi ni?" kata Ice Serra bangkit dari duduk.

Bahu Ferradossa Anvell dipegang. Violet Alexander cuba tenangkan kawannya. Dia memandang Ice Serra dengan wajah dingin.

"Kami nampak Permaisuri Rozepa, bonda kau," terang Violet Alexander, serius.

Ice Serra terdiam seketika. Mata bioniknya mengesan sesuatu. Dia memandang satu susuk di sebalik dinding. Jelas terbayang susuk Rozepa sedang berjalan mendekati rumahnya. Air ombak kedengaran kuat.

Serta-merta, ombak menghempas rumah nelayan hingga hancur. Penghuni rumah habis dibawa arus ombak kecuali Ice Serra yang mampu bertahan seperti ikan duyung. Mata Ice Serra tertumpu pada susuk yang amat disayangi, Rozepa.

"Bonda."

Bersambung...

Continue Reading

You'll Also Like

25.9K 612 28
Setelah koma selama 4 dekad, akhirnya Jefri sedar jua dari komanya dan tidak menyangka beliau kini berada di tahun 2030. Namun apa yang memeranjatkan...
229K 12.7K 44
Hi surprise suka tak hadiah dari aku?! Haha kelmarin kau mandikan aku. Harini aku mandikan kau. Kau nak tahu tak tu air apa. Haha tu air longkang. An...
5.6M 95K 38
"Excuse me. Can I help?" "Apa yang kau boleh tolong?" "Boleh cakap Melayu ke?" "Dah tu ada nampak aku cakap bahasa alien?" Andi dan Nasya. Pertemua...
585K 36.2K 111
DAH DIBUKUKAN. SEBARANG PENIRUAN JALAN CERITA DAN UNSUR2 UNIK DLM CRITA YG DITIRU AKAN DIAMBIL TINDAKAN. Kemurungan, Punca kehidupannya musnah. Tetap...