All-In

By farid5attar

2.3K 477 1.7K

My timeline story: 2007 •Kelas DSB 2017 •Ustazah Kpop (UK) 2018 •Coming Back (CB): I'll be Back •Hipsteria •H... More

Pendahuluan + CASTING
PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
CASTING 2
ADVENTURE BEGINS: BAB 1
ADVENTURE BEGINS: BAB 2
ADVENTURE BEGINS: BAB 3
ADVENTURE BEGINS: BAB 4
ADVENTURE BEGINS: BAB 5
ADVENTURE BEGINS: BAB 6
ADVENTURE BEGINS: BAB 7
ADVENTURE BEGINS: BAB 8
ADVENTURE BEGINS: BAB 9
ADVENTURE BEGINS: BAB 10
ADVENTURE BEGINS: BAB 11
ADVENTURE BEGINS: BAB 12
CASTING 3
FANTASY EXPLORER: BAB 1
FANTASY EXPLORER: BAB 2
FANTASY EXPLORER: BAB 3
FANTASY EXPLORER: BAB 4
FANTASY EXPLORER: BAB 5
FANTASY EXPLORER: BAB 6
FANTASY EXPLORER: BAB 7
FANTASY EXPLORER: BAB 8
FANTASY EXPLORER: BAB 9
FANTASY EXPLORER: BAB 10
FANTASY EXPLORER: BAB 11
FANTASY EXPLORER: BAB 12
CASTING 4
CIVIL WAR: BAB 1
CIVIL WAR: BAB 2
CIVIL WAR: BAB 4
CIVIL WAR: BAB 5
CIVIL WAR: BAB 6
CIVIL WAR: BAB 7
CIVIL WAR: BAB 8
CIVIL WAR: BAB 9
CIVIL WAR: BAB 10
CIVIL WAR: BAB 11
CIVIL WAR: BAB 12
CASTING 5
GAME OVER (A): BAB 1
GAME OVER (A): BAB 2
GAME OVER (A): BAB 3
GAME OVER (A): AFTERMATH
GAME OVER (B): BAB 1
GAME OVER (B): BAB 2
GAME OVER (B): BAB 3
GAME OVER (B): AFTERMATH

CIVIL WAR: BAB 3

25 9 10
By farid5attar

"Aku risau sekarang ni," kata Luthman Harith mula berpeluh.

"Risau pasal apa?" Aminah Safawiyah kehairanan.

Bulu kering Yuri dibelai lembut oleh gadis itu. Luthman Harith bangun dari bangku taman sambil mendukung anaknya, tidak hiraukan persoalan dari gadis itu. Aminah Safawiyah hanya melihat reaksi lelaki itu.

"Nak ke mana?" tanya teman wanita itu.

"Jomlah balik rumah," kata Luthman Harith berjalan ke tempat letak kereta.

Aminah Safawiyah bangun dari tempat duduk. "Eh, kita baru datang sini tak sampai setengah jam."

Luthman Harith berhenti melangkah lalu memandang kekasihnya. "Family aku lagi penting. Jangan halang aku."

"Erh... tapi... aku ni..."

"Dah! Jom balik! Atau nak aku tinggalkan kau dekat sini?" Luthman Harith mula bertegas.

Aminah Safawiyah terdiam. Dia hanya terpaksa menurut.

***

Peluru diisi satu per satu ke dalam sniper. Rokok dari kotak diletakkan ke mulut. Pemetik api dikeluarkan lalu menyalakan api. Hujung rokok dibakar.

Sedang asyik mengisi peluru, Ilyana Zhamuri melihat Samantha Lee mandi bersama Azizul Rahman di sungai. Abu rokok berterbangan sebaik rokok dihisap. Asap rokok dihembus.

"Macam mana la Sam boleh sukakan budak hingusan tu?" kata Ilyana Zhamuri, dingin.

Peluru sudah siap diisi. Masa untuk percubaan. Sniper dibidik ke arah tin yang diletakkan di atas batu. Jari sudah sedia untuk menarik picu.

Bang!

Satu tembakan tepat mengenai tin yang berjarak 100 meter. Deras bunyinya hingga burung-burung di dahan berterbangan.

"Hoi! Hoi! Takde tempat lain ke nak tembak?" marah Samantha Lee yang masih berendam di dalam air.

Ilyana Zhamuri menjeling ke arah kawannya dengan rupa dingin. "Takde."

Samantha Lee bergerak keluar dari air sungai. Azizul Rahman tenggelamkan sedikit kepala. Matanya tertumpu pada badan susuk Samantha Lee yang berbikini.

"Kau ni kan..." Samantha Lee semakin geram.

Sniper di tangan Ilyana Zhamuri dirampas lalu ditanggalkan kelopak peluru. Samantha Lee meletakkan senjata merbahaya itu ke tepi lalu menarik Ilyana Zhamuri ke sungai.

"Eh! Apa ni?" Ilyana Zhamuri terkejut dengan tindakan kasar Samantha Lee.

Jaket Ilyana Zhamuri sengaja ditanggalkan Samantha Lee, biarkan baju lengan dan seluar trek yang dipakai.

"Kau mandi la sekali!" kata Samantha Lee tersengih.

Samantha Lee menolak wanita Rusia itu masuk ke dalam air sungai. Azizul Rahman hanya memerhati karenah dua bekas gangster itu, macam budak-budak. Ilyana Zhamuri timbul di permukaan lalu terpeluk Azizul Rahman sebab kesejukan. Azizul Rahman merona kemerahan sebaik dipeluk dari belakang.

"Sejuk la oi!" marah Ilyana Zhamuri mula menggigil.

"Sejuk? Kau tinggal dekat Rusia, takkan la boleh sejuk?" Samantha Lee meneguk air minuman yang dibekal.

"Rusia lain, Malaysia lain! Iklim tak sama la!" marah Ilyana Zhamuri, masih peluk Azizul Rahman dari belakang.

Azizul Rahman rasa mahu mati sahaja apabila dipeluk sebegitu rupa. Bukan apa, belakang kepalanya betul-betul menyentuh buah dada besar wanita Rusia.

"Zul, bawa aku... ke-keluar dari air. A-Aku... tak boleh... nak gerak. Sejuk," pinta Ilyana Zhamuri menggigil.

Samantha Lee memasuki air, bergerak menghampiri mereka.

"Jangan dengar cakap dia. Bagi Yana biasakan diri dulu," arah Samantha Lee tersenyum nakal.

Ilyana Zhamuri menjeling ke arah Samantha Lee. "Kau ni... memang nak kena."

Samantha Lee mendakap Azizul Rahman depan-depan. Sudah la bersentuhan. Apatah lagi, berpakaian renang. Tambaham lagi dengan buah dada Ilyana Zhamuri di belakang kepala. Azizul Rahman betul-betul mahu mati saat itu. Hidungnya perlahan-lahan mengalirkan darah keluar.

Bunuh je la aque.

***
Luar Bandaraya Kuala Lumpur

Cikgu Wan tengah asyik mencuci bangunan kayu dengan sendirinya.

"Gosok, jangan tak gosok. Gosok, lampu yang satu. Gosok, sampai kau nampak wajahmu. Gosok, jangan tak gosok. Gosok, sampai berkilat. Gosok, sampai tertanggal semua karat." Sempat lagi Cikgu Wan nyanyikan lagu Aladin dari kumpulan Spider.

Sedang asyik mencuci bumbung, dia terlihat Aliya Syakira dan Isma Fatieha berlatih di tengah padang.

"Haih... bersemangat pula tengok diorang berlatih," kata Cikgu Wan kekal tersenyum.

Walhal, bukan sebarang berlatih, tetapi lebih kepada membunuh. Sudu perak dan pisau tumpul sering berlaga.

"Kau patut mati!" jerit Aliya Syakira dengan mata merah menyala.

"Kau yang patut mati dulu!" balas Isma Fatieha dengan mata biru menyala.

Api merah membakar pisau tumpul Aliya Syakira. Api biru pula membakar sudu perak Isma Fatieha. Dua api tersebut bertembung lalu menghasilkan aura psikotik dua wanita itu. Cikgu Wan yang asyik menyaksikan perlawanan mereka, sempat lagi bawa popcorn dan makan.

"Hmm... Menarik," kata Cikgu Wan menghayati perlawanan epik.

Pada masa sama, Iskandar dan dua kawan perempuannya berjalan keluar dari hutan, baru habis mandi di kolam. Cikgu Wan memandang mereka, terlihat mereka berbaju renang.

"Wah, ni lagi menarik!" Mata Cikgu Wan tertumpu pada buah dada anak muridnya.

Mereka bertiga masih tidak perasan diri mereka sedang diperhati di saat berkemban.

"Cikgu Wan pergi mana eh? Tadi, ada je dekat kolam," kata Iskandar tercari-cari.

"Hmm... Dia kata nak cuci kelas katanya," kata Farah Yasmine.

Bahu mereka berdua dicuit. Zafina Shahirah menuding jari ke arah Cikgu Wan di atas bumbung.

"Dia sedang usya kita yang sedang berkemban," kata Zafina Shahirah, dingin.

Mereka berdiam seketika.

"CIKGU WAN!"

***
Kotaraya Kuala Lumpur

Basikal ditunggang masuk ke kotaraya sunyi. Enjin yang dipasang kedengaran halus dan tidak bising. Alif Najmi hanya duduk membonceng di belakang Syarifah Izzati.

"Ni first time aku bonceng belakang perempuan. Aku rasa pelik sedikit," kata Alif Najmi dengan pandangan dibuang ke sekitar bandaraya.

"Well... Pemikiran kau tak ubah macam Hamzah," kata Syarifah Izzati menunggang basikal yang berenjin motosikal.

Basikal melepasi beberapa simpang biarpun lampu merah menyala. Alif Najmi hanya memerhatikan sekeliling sehinggalah matanya tertumpu pada sebuah simpang yang memberi memori hitamnya. Bahu Syarifah Izzati ditepuk.

"Berhenti sekejap," pinta Alif Najmi.

Syarifah Izzati menggumam hairan. Dia sekadar menurut. Basikal diberhentikan. Alif Najmi bergerak turun dari basikal tersebut. Kakinya diatur ke tengah simpang besar. Syarifah Izzati hanya melihat telatah lelaki itu. Dia turun dari basikal lalu menuntun di belakang Alif Najmi.

"Simpang ni..." Alif Najmi berhenti melangkah.

Syarifah Izzati berdiri di sebelah lelaki itu. Dia melihat sekeliling lalu memandang Alif Najmi.

"Kenapa dengan simpang ni?" soal Syarifah Izzati, hairan.

"Memori," kata Alif Najmi sepatah.

"Memori hitam?" Syarifah Izzati meneka.

Alif Najmi menunduk sedikit. "Ya, dua kali di tempat yang sama."

Syarifah Izzati berdiam. Fikiran Alif Najmi ligat bermain memori hitamnya di situ.

"Tahun 2003, mak ayah aku mati dekat sini. Tahun 2019, tunang aku mati dekat sini juga," kata Alif Najmi kuat ingatan.

Syarifah Izzati berpaling muka. "Aku... tak tahu nak kata apa."

"Aku sayang diorang."

"Kau... tak nak jumpa Kimmy ke?" soal Syarifah Izzati tiba-tiba.

Alif Najmi menoleh muka ke arah wajah wanita itu.

"Kau nak ikut aku ke?" tanya Alif Najmi kepada Syarifah Izzati.

"Eh, tak apa ke?" Syarifah Izzati sedikit terkejut, terus memandang Alif Najmi.

Alif Najmi memandang simpang maut semula. "Kau dah macam sebahagian dari keluarga aku. Buat apa kalau aku tak ajak?"

"Ke... Keluarga? Maksud kau?"

Keluhan dilepaskan oleh Alif Najmi sebelum bersuara. "Kau pernah rapat dengan bini Kimmy, dan aku pernah rapat dengan arwah adik kau. Kau tak rasa ke kita ni macam keluarga?"

Syarifah Izzati mengangguk faham. "Jadi, bila nak jumpa diorang?"

"Kalau aku ada kenderaan, dah lama aku pergi sana dengan sendiri."

"Tapi kita ada ni." Syarifah Izzati menunjukkan basikal yang diubahsuai.

Alif Najmi menoleh sedikit wajahnya. "Kita? Bukan kau punya ke?"

"Err... Sebenarnya, ni basikal gunung arwah adik aku punya. Aku pasang enjin motocross milik aku dekat basikal dia. Jadi..."

"Basikal tu tetap bukan milik aku."

"Eh? Tadi, kau cakap... aku dah macam sebahagian dari keluarga kau. Jadi, kita ni sebahagian dari keluarga."

Alif Najmi bereaksi kosong. Perlahan-lahan, senyuman terukir di bibirnya.

"Ya, ini yang saya mahu," kata Syarifah Izzati lalu tergelak kecil.

"Dah, jomlah kita pergi," kata Alif Najmi berdiri menghadap Syarifah Izzati.

"Macam mana dengan kawan kau yang lain?"

"Biarlah diorang. Keluarga lagi penting."

***
Alor Setar, Kedah

Rumah mewah yang musnah, disinggahi. Trak Pajero berhenti di hadapan rumah. Luthman Harith bergerak turun dengan segera. Dia melihat rumah separuh hangus. Aminah Safawiyah berdiri di sebelah teman lelakinya sebaik turun dari trak.

"Apa dah jadi dekat sini?" kata Aminah Safawiyah terpegun yang amat.

"Ummi! Abah!" jerit Luthman Harith sebelum redah masuk ke dalam rumah.

Yuri menyalak tanpa sebab. Aminah Safawiyah cuba tenangkan anjing jagaannya.

"Kenapa ni?" Aminah Safawiyah membelai bulu anjing betina itu.

"Woof! Woof!" salak Yuri.

Maknanya, berhati-hati. Tetapi, dari siapa?

Aminah Safawiyah berjalan masuk ke dalam rumah putih perlahan-lahan. Yuri sekadar mengekori tuannya.

"Ummi! Abah!" jerit Luthman Harith mencari-cari susuk yang disayangi.

Aminah Safawiyah mula berasa tidak sedap hati dengan salakan Yuri yang makin menjadi-jadi.

"Wowowowowoof!" salak Yuri dengan derianya.

Apa makna semua ni? Bisik hati Aminah Safawiyah.

Yuri terus berlari masuk ke dalam rumah.

"Yuri, tunggu!" Aminah Safawiyah segera mengejar anjingnya.

Mereka merempuh masuk ke bilik stor bawah tanah. Yuri sudah memasuki kegelapan stor tersebut. Aminah Safawiyah berdiri di muka pintu. Depan matanya haya tangga ke ruang bawah tanah. Salakan Yuri kedengaran. Telefon pintar dikeluarkan. Lampu flash dibuka lalu menyuluh setiap ruang gelap. Langkah diatur menuruni tangga perlahan-lahan. Kaki menjejak lantai bawah tanah.

"Mana suis ni?" monolog Aminah Safawiyah mencari suis lampu bawah tanah.

Salakan Yuri semakin kuat. Mungkin apa yang ditemui Yuri sudah tidak jauh dari mereka. Aminah Safawiyah meneruskan langkah dalam gelap.

Kaki tiba-tiba menyepak sesuatu yang berat. Tubuh jatuh tertiarap di atas sesuatu yang agak busuk dan hanyir.

"Erhh... Apa benda ni?"

Aminah Safawiyah bangun sedikit lalu menyuluh. Matanya terbeliak besar. Nafasnya tidak teratur. Jantungnya berdegup kencang sekali melihat susuk tersebut.

"Man! Man!" teriak Aminah Safawiyah dengan kuat sekali.

Luthman Harith yang memeriksa setiap bilik, terdengar laungan itu. Segera, kakinya diatur ke arah suara Aminah Safawiyah.

"Cepat, Man!" jerit Aminah Safawiyah mendesak.

"Aku datang ni!" balas Luthman Harith separuh jerit.

Langkahnya terhenti di hadapan pintu ke ruang bawah tanah.

"Man!" jerit Aminah Safawiyah lagi.

Pantas, Luthman Harith membuka suis lampu di sebelah pintu. Lampu bilik bawah tanah menyala. Dia terus bergerak turun ke bawah.

Belum jejak kaki ke lantai bawah tanah lagi, matanya menangkap sepasang susuk yang terbaring tak bernyawa. Kelihatan Aminah Safawiyah duduk bersandar pada dinding sambik perhatikan dua susuk itu. Yuri pula duduk diam di sebelah Aminah Safawiyah.

"Tak... Tak mungkin..." Luthman Harith seperti tidak percaya.

Kakinya diatur dalam keadaan menggeletar mendekati dua susuk yang disayangi; Arif Hakimi dan Nurul Fadzelin.

"Ummi... Abah..." Air mata perlahan-lahan mengalir.

Darah di mana-mana tidak dihiraukan lagi. Badan Nurul Fadzelin habis ditoreh hingga ternampak isi dan tulang badan. Arif Hakimi pula sudah terputus badan dan kaki.

"U... Ummi..." panggil Luthman Harith menahan sebak.

Nurul Fadzelin tiada reaksi.

"Abahh..." panggil Luthman Harith lagi sedikit dalam.

"Harith..." kata Arif Hakimi nyawa-nyawa ikan.

"Abah!"

Luthman Harith segera mendekati Arif Hakimi. Dia duduk di sebelah lelaki 30an itu. Aminah Safawiyah terpegun melihat Arif Hakimi masih bernyawa biarpun sudah terputus kaki dan badan, macam cacing.

"Mu... Mustahil!" Aminah Safawiyah seperti tidak percaya.

Gadis itu merangkak mendekati mereka.

"Harith," panggil Arif Hakimi, perlahan.

Luthman Harith duduk menyimpuh lalu meletakkan kepala Arif Hakimi ke atas ribanya. "Ya, abah? Harith ada sekarang ni?"

Tangan Arif Hakimi dipegang remaja 19 tahun itu. Si anak luar nikah diberikan kepada Aminah Safawiyah untuk sementara.

"Abah..." kata Arif Hakimi, perlahan.

"Jangan cakap abah tak lama!" Luthman Harith bertengking.

Arif Hakimi tersenyum kecil. "Abah tak cakap apapun. Harith dah besar, kan?"

Luthman Harith menjadi lebih sebak. "Harith... minta maaf, abah."

"Tak... Harith tak salah... tak pernah salah. Abah je yang salah."

"Kenapa cakap macam tu? Apa abah cakapkan ni?"

"Abah tak jaga keluarga elok-elok. Itu salah abah. Nana, Iman, Lin... orang yang abah sepatutnya jaga, dah pergi."

"Abah... jangan macam ni. Abah ada Harith sekarang ni." Luthman Harith menangis teresak-esak.

"Dah. Jangan menangis."

Tangan pucat dek hilang darah membelai pipi remaja belasan tahun. Luthman Harith biarkan sahaja tingkah laku bapa angkatnya. Air matanya diseka.

"Senyum."

Sempit rasa di hati sebaik mendengar sepatah pesanan itu. Senyum?

"Mana muka Harith yang suka senyum tu? Harith yang suka main ML dengan PUBG tu mana?" soal Arif Hakimi dengan senyuman kecil.

Luthman Harith mencari ketahanan. Bibirnya kelat mengukirkan senyuman.

"Ya, macam tu la rupa anak abah." Sempat lagi Arif Hakimi menepuk bahu Luthman Harith, macam gaya lelaki.

Luthman Harith cuba menahan sebak. Aminah Safawiyah hanya berdiam di sisi mereka sambil mendukung anaknya. Arif Hakimi memandang cucu luar nikah itu. Tangannya mengusap rambut bayi kecil.

"Comel je anak korang ni, macam mak ayah diorang." Sempat lagi memuji pada saat genting ini.

Pandangan dibuang ke arah Luthman Harith semula. Senyuman lemah tercalit.

"Harith, maafkan abah ya."

Bersambung...

Continue Reading

You'll Also Like

585K 36.2K 111
DAH DIBUKUKAN. SEBARANG PENIRUAN JALAN CERITA DAN UNSUR2 UNIK DLM CRITA YG DITIRU AKAN DIAMBIL TINDAKAN. Kemurungan, Punca kehidupannya musnah. Tetap...
1.7M 13.6K 11
<2nd Novel> Highest Ranking- #1inAction(23/2/2021) [Completed] Known as Healing Love. "Di saat awak tahu siapa diri saya yang sebenarnya, yo...
1.5M 80.9K 70
2020 | Action Romance story [COMPLETE] ❝𝙃𝙚'𝙨 𝙢𝙮 𝙆𝙞𝙣𝙜.❞ Kerana masa silamnya, dia berubah. Menjadi seorang yang kejam, dingin dan bengis. Ha...
22.5K 2.4K 78
Yao Wei merasa hidupnya telah terpenuhi selama ini, ia lahir di keluarga kaya, memiliki banyak tabungan, dan melahirkan harta yang lucu, pintar dan s...