All-In

By farid5attar

2.3K 477 1.7K

My timeline story: 2007 •Kelas DSB 2017 •Ustazah Kpop (UK) 2018 •Coming Back (CB): I'll be Back •Hipsteria •H... More

Pendahuluan + CASTING
PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
CASTING 2
ADVENTURE BEGINS: BAB 1
ADVENTURE BEGINS: BAB 2
ADVENTURE BEGINS: BAB 3
ADVENTURE BEGINS: BAB 4
ADVENTURE BEGINS: BAB 5
ADVENTURE BEGINS: BAB 6
ADVENTURE BEGINS: BAB 7
ADVENTURE BEGINS: BAB 8
ADVENTURE BEGINS: BAB 9
ADVENTURE BEGINS: BAB 10
ADVENTURE BEGINS: BAB 11
ADVENTURE BEGINS: BAB 12
CASTING 3
FANTASY EXPLORER: BAB 1
FANTASY EXPLORER: BAB 2
FANTASY EXPLORER: BAB 3
FANTASY EXPLORER: BAB 4
FANTASY EXPLORER: BAB 5
FANTASY EXPLORER: BAB 6
FANTASY EXPLORER: BAB 7
FANTASY EXPLORER: BAB 8
FANTASY EXPLORER: BAB 9
FANTASY EXPLORER: BAB 10
FANTASY EXPLORER: BAB 11
FANTASY EXPLORER: BAB 12
CASTING 4
CIVIL WAR: BAB 2
CIVIL WAR: BAB 3
CIVIL WAR: BAB 4
CIVIL WAR: BAB 5
CIVIL WAR: BAB 6
CIVIL WAR: BAB 7
CIVIL WAR: BAB 8
CIVIL WAR: BAB 9
CIVIL WAR: BAB 10
CIVIL WAR: BAB 11
CIVIL WAR: BAB 12
CASTING 5
GAME OVER (A): BAB 1
GAME OVER (A): BAB 2
GAME OVER (A): BAB 3
GAME OVER (A): AFTERMATH
GAME OVER (B): BAB 1
GAME OVER (B): BAB 2
GAME OVER (B): BAB 3
GAME OVER (B): AFTERMATH

CIVIL WAR: BAB 1

36 10 13
By farid5attar

Dungun, Terengganu

Setelah beberapa minggu kematian banyak orang, Aisyah Maisarah lebih rela asingkan diri dari semua orang.

Sakit. Ya, memang sakit teramat.
Sakit kerana kematian teman, Ferra Natalia.
Sakit kerana kematian ibu, Ruzaifah @ Rozepa.
Sakit kerana kematian adik, Ayano Hiruka.
Sakit kerana kematian suami, Faiz Azzudin.
Sakit kerana kematian anak, Erisha Carma.
Sakit.

"Serra," panggil Ferradossa Anvell melihat Aisyah Maisarah duduk termenung menghadap laut.

Aisyah Maisarah enggan berpaling muka. Pandangan kekal dibuang ke lautan. Ferradossa Anvell berjalan menghampiri ratu lautan itu. Papan kayu jeti berkuak menanti, rapuh.

"Jomlah makan. Mina dah masak makan malam," kata Ferradossa Anvell.

"Pergilah makan dulu," kata Aisyah Maisarah, dingin.

"Serra, janganlah macam ni. Ayano pun kawan kami. Kami faham."

Aisyah Maisarah bangkit berdiri.

"Sesakit hilang sahabat tak sesakit hilang keluarga," kata Aisyah Maisarah masih enggan berpaling.

Agak sukar untuk Aisyah Maisarah melupakan segalanya.

"Luka boleh diubati, tapi parut takkan hilang," kata Aisyah Maisarah lagi.

Badan dipusing menghadap Ferradossa Anvell. Bahu wanita itu dipegang. Ferradossa Anvell merenung tepat ke anak mata Aisyah Maisarah. Kelihatan mata robotik bercahaya di mata kiri Aisyah Maisarah.

"Kita akan serang balik lepas apa yang dia buat," kata Aisyah Maisarah dengan renungan tajam.

"Ba... Baik," balas Ferradossa Anvell.

Bahunya ditepuk. Aisyah Maisarah berjalan ke rumahnya. Ferradossa Anvell sekadar mengekori ratu lautan itu.

"Bila kita... nak serang tu?" soal Ferradossa Anvell.

Aisyah Maisara berhenti melangkah. Ferradossa Anvell turut berhenti berjalan. Mata tertumpu pada Aisyah Maisarah. Kelihatan wanita itu memandangnya.

"Kau dah sedia ke?"

***
Luar bandaraya Kuala Lumpur

Kitab kecil ditutup. Alif Najmi menyimpan kitab Yasin ke rak semula. Dia memandang kelas lamanya. Apa yang ada hanyalah Iskandar, Farah Yasmine dan Zafina Shahirah yang duduk termenung ke langit malam. Isma Fatieha dan Aliya Syakira pula sedang terlelap.

"Aku tak sangka," kata Farah Yasmine termenung keluar tingkap kelasnya.

Masing-masing memandang wanita beruniform tentera itu.

"Dari 30 orang... yang tinggal cuma empat orang sahaja," kata Farah Yasmine menghabiskan ayatnya.

Zafina Shahirah memandang lantai. "Kejamnya dunia ni."

Iskandar menjenguk keluar tingkap. Matanya menangkap satu susuk yang amat dikenalinya.

"Izzati?" Iskandar sebaik berjaya kesan rupa Syarifah Izzati.

"Apa dia buat dekat sini?" kata Farah Yasmine, hairan.

"Kalau dia nak serang, kita bukannya ada apapun," kata Zafina Shahirah.

"Tunggu. Rasanya, dia takkan serang," kata Iskandar, yakin.

"Eh!?" Mereka terkejut dengan pendapat Iskandar.

Syarifah Izzati mengangkat tangan sambil berjalan menghampiri kelas kayu itu, seperti bersapa. Iskandar membalas lambaian. Wanita yang asyik menyandang sniper itu berdiri di tepi tingkap luar kelas, menghadap Iskandar.

"Kau buat apa dekat sini?" tanya Iskandar, hairan.

"Aku... sebenarnya nak minta maaf... lepas apa aku buat sebelum ni," kata Syarifah Izzati bersalah.

"Eh! Apasal pula?" Zafina Shahirah kehairanan.

Syarifah Izzati memandang Alif Najmi dengan muka benar-benar bersalah.

"Maafkan aku sebab buatkan keluarga kau macam ni," ucapnya bergelinang air mata.

"Hah? Apa kau dah buat?" Alif Najmi tidak tahu apa-apa.

"Kau dah lupa ke, Kimmy?"

"Kimmy? Dia tu kembar aku. Aku ni adik dia."

"Eh?" Syarifah Izzati keliru.

"Kau salah orang ni rasanya."

Syarifah Izzati berasa janggal yang teramat. "Err..."

Iskandar hanya tersenyum melihat telatah Syarifah Izzati. "Masuklah dulu."

Wanita itu mengangguk kecil. Dia pun memasuki kelas kayu itu. Sniper diletakkan bersandar pada dinding. Dia melihat meja dan kerusi disusun ke tepi.

"Korang... duduk dekat sini ke?" kata Syarifah Izzati, hairan.

"Habis tu, nak lari ke mana lagi?" celah satu makhluk yang berdiri di belakang wanita itu.

Empat pelajar kelas DSB melihat makhluk yang amat dikenalinya. Masing-masing terbuntang mata luas.

"Apasal korang ni?" Syarifah Izzati kehairanan.

Rambut Syarifah Izzati diusap dari belakang, menarik pandangan wanita itu. Matanya terbeliak.

"Sebab sini... rumah kami, di mana kelas pembunuhan bermula," kata Cikgu Wan sentiasa bersama senyuman.

"Cikgu Wan!" Farah Yasmine dan Zafina Shahirah segera mendakap susuk harimau itu.

Cikgu Wan membalas pelukan dua pelajarnya itu. Syarifah Izzati semakin janggal dengan situasi. Dia berundur, melangkah ke arah Iskandar.

"Cikgu korang ke tu?" tanya Syarifah Izzati, kekok.

"Ya," jawab Iskandar melihat kemunculan gurunya.

"Pelik."

Kelihatan Cikgu Wan menikmati pelukan dari dua wanita. Wajahnya menjadi rupa kucing, tanda menggatal.

"Cikgu Wan tak pernah nak berubah," kata Alif Najmi bersandar pada dinding.

***
Alor Setar, Kedah

Nurul Fadzelin hanya duduk termenung sambil fikirkan kesilapan besar yang pernah dia lakukan. Satu dakapan erat dari belakang menarik pandangannya.

"Sayang okey tak ni?" tanya Arif Hakimi melihat isterinya gusar.

"Sayang okey," balas Nurul Fadzelin, lembut.

Dari jendela bilik, mereka melihat Luthman Harith dan Aminah Safawiyah duduk di bawah bintang-bintang yang berkelipan.

"Bila la semua ni nak habis?" kata Aminah Safawiyah merenung ke langit.

Luthman Harith yang asyik bermain dengan anak luar nikahnya, membuang pandangan ke arah kekasihnya. Dia turut memandang langit. Kelihatan tahi bintang merentasi ruang angkasa dalam kabur.

"Mungkin dalam masa singkat ni," kata Luthman Harith menjawab persoalan wanita ayu di sisinya.

"Ingat tak waktu zaman sekolah menengah dulu?" kata Aminah Safawiyah bersahaja.

"Waktu kita pergi lawatan ke Korea tu ke?"

Aminah Safawiyah mengangguk kecil.

"Kenapa dengan waktu tu?" tanya Luthman Harith pula.

"Aku... ada benda nak bagi dekat kau, tapi... aku tak ingat aku letak mana. Mungkin tak penting bagi kau rasanya," kata Aminah Safawiyah menundukkan pandangannya.

Bahu wanita kacukan Melayu-Siam dipegang, menarik perhatiannya.

"Tak kisah la barang tu penting atau tak, sebab awak tu lagi penting dalam hidup aku," kata Luthman Harith, tersenyun kecil.

Aminah Safawiyah merona merah pada pipinya sedikit. Dia kembali mendongak ke langit.

"Aku... rasa kesian dekat mak cik Aisyah tu," kata Aminah Safawiyah.

Luthman Harith berdiam.

"Dia hilang semua benda yang dia sayang. Ratu Rozepa, Ayano, abang Faiz, Carma, kak Ferra pergi dalam sekelip mata je," tambah Aminah Safawiyah.

"Awak rasa, kita akan menang ke nanti?" soal Aminah Safawiyah secara mengejut.

"Err... entah la. Aku yakin, kita boleh menang," jawab Luthman Harith sedikit ragu-ragu.

Aminah Safawiyah tersenyum lebar mendengar ungkapan dari cintanya. Pandangan dibuang ke arah lelaki di sisinya. Senyuman nakal tercalit di bibir.

"Yakinnya kamu," usik Aminah Safawiyah.

"Tuan-tuan dan puan-puan, mempersembahkan Azibot!" celah Samantha Lee berjalan keluar dari rumah.

Pasangan kekasih itu memandang Samantha Lee. Kelihatan Azizul Rahman sudah bertangan bionik pada lengan kirinya.

"Wow!" Luthman Harith berjalan mendekati sahabatnya.

"Zul? Kau ke ni?" kata Aminah Safawiyah melihat susuk Azizul Rahman.

Azizul Rahman memandang dua rakan sebayanya. "Ni aku la. Macam mana?"

"Cantik siak," kata Luthman Harith memuji.

"Bukan setakat cantik je. Tengok ni." Samantha Lee menekan suatu butang pada tangan bionik.

Tangan robotik itu mengeluarkan senjata api, buatkan mereka yang melihat ternganga luas. Hilang kata dibuatnya.

Ilyana Zhamuri muncul tidak lama kemudian. Dia seperti tercari-cari sesuatu.

"Ada sesiapa nampak peluru yang aku baru buat tu, tak?" tanya Ilyana Zhamuri melihat mereka di laman belakang.

Samantha Lee berpaling muka. "Tak nampak pun."

"Oh. Tadi, terjumpa dekat atas meja ruang tamu tadi. Sam guna untuk isikan peluru dalam tangan bionik ni," kata Azizul Rahman, jujur lagi bendul.

Samantha Lee sekilas memandang Azizul Rahman. "Oi, jaga sikit mulut tu."

Ilyana Zhamuri belum pekak lagi. "What? Sam!"

"Whoa! Rileks. Kita boleh bawa bincang cara dulu," kata Samantha Lee cuba tenangkan Ilyana Zhamuri.

"Nak bincang apa lagi? Blyat!" kata Ilyama Zhamuri, geram.

Terus mereka berdua saling berkejaran hingga masuk ke dalam rumah mewah itu. Tiga sekawan sebaya itu hanya melihat karenah dua wanita itu, tertawa sahaja.

"Macam budak-budak je," kata Aminah Safawiyah.

Bahu Luthman Harith dicuit, menarik perhatiannya. Kelihatan tangan bionik menghulurkan segelung cincin.

"Nak buat ayat lagu mana ni?" kata Azizul Rahman, kekal dialek utara.

"Kau... Hang biaq betoi!" kata Luthman Harith, terpegun.

"Uuu... ada orang nak meminang la," usik Aminah Safawiyah sedikit kuat suaranya.

"Ssh... diamlah sikit. Kang tak jadi surprise, aku sepai pala sekoq-sekoq," kata Azizul Rahman, sedikit geram.

"Alaa... apa susah? Luah je apa yang terbuku," pesan Luthman Harith tersenyum.

"Kau tu laki. Nak malu apa?" usik Aminah Safawiyah lagi.

Pipi Azizul Rahman merona merah. Memang rasa segan sungguh.

"Oh, ya. Abang Emy mana eh?" soal Azizul Rahman tercari-cari, tukar topik.

"Eh, ha'ah. Dari petang lagi tak balik lagi," kata Luthman Harith baru perasan.

***
Kuala Kedah, Kedah

Tubuh mayat hidup diratah rakus seekor serigala jadian. Emy Zulkifli mengaum kuat setelah mendapat habuan makan malam. Matanya meliar ke arah segerombolan zombi yang berlari ke arahnya di jeti.

Zapp!

Hanya satu cakaran sudah membelah badan mayat hidup itu. Darah yang terpancut banyak habis dihisapnya. Dia menyerang lagi dan lagi lalu makan dan ratah dengan rakus.

"Kenapalah aku tak makan diorang dari awal lagi?" monolog Emy Zulkifli tersenyum puas.

Fikirannya mula hilang waras.

"Kenapa pula aku nak makan mayat hidup kalau daging manusia ada? Segar. Sedap. Lagi menyelerakan."

"Korang tunggu aku ya nanti."

***
Kuala Lumpur

Tubuh bangkit dengan sendiri. Mata digosok. Isma Fatieha melihat depannya dengan mamai. Kelihatan muka Cikgu Wan betul-betul di depannya.

"Eh, Cik... Cikgu Wan?" kata Isma Fatieha terkejut.

"Hai," sapa Cikgu Wan kekal dengan senyuman di wajah.

Isma Fatieha terus mendakap lelaki bertubuh harimau dan menangis. "Cikgu hidup lagi!"

Cikgu Wan membalas pelukan. "Ya, saya hidup lagi. Tidurlah."

"Hmm... tidur dengan saya boleh?" kata Isma Fatieha dengan jari di mulut dengan suara manja.

"Eh? Syeganlah." Cikgu Wan berubah manja lagikan gedik.

"Nak segan apanya. Kita berdua je."

"Berdua?" Muka Cikgu Wan berubah menjadi kucing.

Dakapan dieratkan lagi, macam tidak mahu lepaskan. Cikgu Wan semakin merona merah.

"Tidur dekat bilik saya nak, tak?" pelawa Cikgu Wan.

Isma Fatieha sekadar mengangguk. Cikgu Wan bangkit berdiri.

"Ikut saya." Cikgu Wan mendahului gerakan.

Cikgu Wan berjalan keluar dari kelas. Isma Fatieha melihat suasana kelas yang sunyi dengan dengkuran. Dia mengekori Cikgu Wan.

Isma OFF
Cikqueen OFF
Hantu Sudu ON
Nad Kenny OFF
Teha OFF

Dalam senyap, Isma Fatieha mengeluarkan sudu peraknya dari poket belakang seluarnya. Cikgu Wan membuka pintu bilik guru. Tilam disediakan dalam sekelip mata.

"Okey, semua dah siap," kata Cikgu Wan.

Isma Fatieha memasuki bilik guru lalu menutup pintu. Dia bersifat manja, berpura-pura.

"Ermm... boleh tak tutup tingkap tu. Takut ada orang intai kita buat... ermm..." kata Isma Fatieha berlakon.

Cikgu Wan semakin segan. Pantas dia menutup tingkap kayu.

"Sudah," kata Cikgu Wan.

Sebaik sahaja berpaling muka, kelihatan Isma Fatieha menikmati puding merah dengan sudu.

"Eh, puding tu..." Cikgu Wan ingat-ingat lupa.

"Saya jumpa dari laci meja tadi," kata Isma Fatieha, selamba.

"Apa? Tu puding yang saya simpan dari Kelas DSB Musim Kedua Bab Kedua lagi!" kata Cikgu Wan terus terang lagi benderang nampak tiber.

"Hmm... sedap! Nak tak?" Isma Fatieja menghulurkan sesuap puding merah.

Cikgu Wan terkejut sedikit. "Eh?"

Isma Fatieha menghampiri Cikgu Wan dengan senyuman ceria.

"Buka mulut. Helikopter nak masuk," kata Isma Fatieha bermanis muka.

Cikgu Wan membuka mulut. Puding merah disuap ke mulut. Rasanya enak dan lazat seperti... darah.

"Uwerkk..." Cikgu Wan termuntah puding tersebut.

Satu libasan sudu perak jelas dilihat sebelum segalanya bercahaya terang-benderang.

***
Dungun, Terengganu

Langkah diatur ke pintu depan rumah. Aisyah Maisarah melihat orang bawahannya yang masih setia di situ.

"Serra," kata Ferradossa Anvell bersama pisau belatinya di tangan.

"Kita bergerak sekarang." Aisyah Maisarah menyandang batang kayu kendo.

Masing-masing sudah sedia dengan senjata dan kuasa magis.

"Perang fizikal dan magis bakal bermula."

Bersambung...

Continue Reading

You'll Also Like

81.5K 9.8K 83
Dari masa hadapan ke masa lampau. Mustahil tetapi telah pun berlaku. Sangkanya boleh pulang selepas mengadap Tuanku namun kehilangan Sang Puteri menj...
4.4K 80 7
aku yang telah dibuang keluarga akibat kebodohku yang lalu. Pertemuan yang tak diduga menjadikan kebodohan itu kembali. Banyak permainan dan situasi...
1.7M 13.6K 11
<2nd Novel> Highest Ranking- #1inAction(23/2/2021) [Completed] Known as Healing Love. "Di saat awak tahu siapa diri saya yang sebenarnya, yo...