Muda Muda Dah Nak Kahwin?

By snsbhn

213K 7K 451

[Unedited] Tiada siapa yang tahu mereka berpasangan, termasuk kawan karib Nora. Nora dan Syakir kini lebih k... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Announcement

Bab 9

6.8K 248 17
By snsbhn

Kini, Nora telah pun sampai ke penghujungan minggu peperiksaan. Nora bukan main rajin lagi. Bukan rajin, last minit study sebenarnya. Jadi Syakir dan Nora pun kini tidak kerap berchatiing. kalau chat pun, pasti tentang peperiksaan.

"Guys, Korang belajar apa for Nahu?" seorang pelajar menanya di group class Whatsapp nya

"Gila! Esok Nahu?OMG Mati lah aku" 

"OMG I'm so dead"

"Lebih baik korang semua belajar daripada 'omg' sini 'omg' sana"

Terus group chat senyap. Kalau si dia timbul sudah pasti semua malas mahu layan. Dah pandai, budak sombong la kan.

Pada masa itu, Nora hanya dengar gegaran telefonnya sahaja tapi dia sedang bertahan untuk tidak memegangnya kalau tidak susah mahu melepaskan telefonnya nanti dari genggamannya itu.

[10.30 P.M]

"Wah dah habis!" Nora terpekik sambik menutup bukunya.

Dia tidak menyangka bahawa dia akan habis mengulangkaji seawal itu. Kemudian dia pun pack beg sekolahnya dan mengemas meja belajarnya. Lalu dia mengambil handphone nya dan baring di katil untuk bersiap sedia untuk tidur.

"Banyaknya message" fikir Nora.

Hari ini, Nora terasa malas mahu membaca message daripada kawan sekelasnya.

Lalu dia pun lock handphone nya dan meletakkannya di sebelah bantal. Tiba-tiba ada gegaran. Nora terasa annoyed pula ada yang menggangu. Dia pun mengambil handphone nya dan memicit mute button.

Semasa dia memicit butang tersebut, dia terbaca mesej yang diterimanya.

"Awak dah habis belajar? Nak chat sekejap tak kalau dah habis?" Syakir.

Terus Nora terasa segar dan memicit mesej tersebut lalu membalasnya.

"Dah :) Boleh lah. Tapi sekejap saja ye"

Lalu mereka pun berchatting sampai jam 11.45. Sebenarnya mereka berniat untuk tidur pukul 10.55. Tapi terlajak pula. Dah syiok mesej lah tu.

"Awak kita nak tidur dulu lah"

"Awak saya dah ngantuk"

Mereka berdua mesej pada masa yang sama lalu tertawa.

"Goodnight"

Alangkah terkejut Nora apabila dia membaca mesej tersebut. Dia hanya bisa senyum dan senyum dan senyum sahaja. Kini, dia terasa mukanya panas sedikit. 'Mungkin kipas sudah berabuk' fikirnya.

"Nights".

__

"Adik bangun! Dah lambat dah ni!Dah pukul 6!!" Ibu Nora menjerit di hadapannya.

Lalu mata Nora terbeliak. Tampa meluahkan sembarang kata-kata, dia terus ke tandas dan mandi cowboy dan mula menyiapkan diri untuk ke sekolah.

Ibunya memberinya duit tambang teksi dan jajannya lalu Nora lari keluar sambil memberi salam dan mencari teksi.

Time exam period, bapanya tidak menghantar anak-anaknya kerana kesemuanya tidak bermula pada waktu yang sama.

"krrreeet" pintu karat sekolahnya ditutup oleh head student leader.

"Abang, 3 minit lambat saja.. Boleh laa" Nora merayu.

Abang tersebut hanya menggeleng kepalanya dan jalan dari tempat itu. Tiba-tiba dia terdengar keluhan seorang lelaki yang  mangkin lama mendekatinya. Hati Nora berdegup laju.

Lalu Nora pun pusing kepalanya secara diam untuk tidak ditangkap oleh lelaki itu. Shock.

"Syakir?" tanya Nora dalam hati.

"Nora?" Tanya Syakir dalam hati.

Tiada suara yang dikeluarkan mereka. Lalu Nora pun pusing ke hadapan dan berpura-pura tidak nampak apa-apa.

Pada masa yang sama, guru disiplin mereka pun tiba. Aduuh seram. Dia ni lebih garang dari Singa.

Pintu gate pun dibukanya. Lalu dia mengarah mereka masuk dan mula menyoal mereka, "Ni kali ke berapa lambat?"

"Pertama kali" Syakir menjawab.

Lalu dia memandang Nora dan menanya "Awak pula?"

Mendengar suaranya dengan matanya yang tajam macam pisau tu, membuat Nora rasa seperti hidup akan berakhir sebentar nanti.

"P..pertama kali".

'Aduuuh asal aku gagap pula ni.. Depan Syakir pula tu" Fikirnya.

Kemudian mereka berjalan dan masuk ke kelas melalui tangga yang berbeza. Lelaki dan perempuan ada tangga khas untuk masing-masing.

Setibanya di kelas, semua pelajar baru mulakan peperiksaannya. Mereka pun dengan pantas mengeluarkan beg pensil mereka dan pergi ke meja mereka.

'Selamat.." fikir Nora.

-

"Tak ada kertas yang tertinggal kan kelas?" Cikgu Atiqah menanya.

"Tidaaaak"  Semua pelajar menjawab.

"Baiklah. Kamu semua boleh ambil beg dan bersiap sedia untuk kelas ya." Lalu Cikgu keluar dari kelas dengan kertas peperiksaan yang telah dikumpulkan.

"Wooo" Pelajar lelaki mula menjerit. 

_

Mereka kini mula berdiri dari tempat mereka dan mengambil beg mereka yang diletak di hadapan kelas sebelum memulakan peperiksaan. Sesudah Nora kembali ke tempatnya, terus ramai pelajar perempuan melainkan kumpulan Fatin berkumpul di sekeliling mejanya. Sama juga dengan Syakir, membuat mereka berdua terkejut dengan kelakuan mereka. Lalu mereka semua memberi semyuman sinis.

"Ni dah kenapa dengan korang semua?"Nora menanya.

"Apa korang buat sebelum datang sekolah?" Aini menanya lalu yang lain mengangguk.

 "Buat apa? siap nak pergi sekolah lah" Nora jawab lalu memberi ketawa sarcastic.

"Sebelum pergi sekolah mestilah siap pergi sekolah kan haha.. gila ke kawan-kawan aku ni?" Nora menanya dalam hatinya.

"Ayeee" Mereka semua berkata, termasuk yang lelaki juga. Memberi jawapan yang sama. Dah seperti kembar!

"Habistu... macam mana kau dan Syakir bole datang sama timing pula?" Syafiqah menanya sambil duduk di meja Nora.

"It's a just a coincidence my dear Syafiqah" Nora menjawab.

"Coincidence? maksud kau, secara kebetulan?"

"Yes my dear. So jangan duduk di meja aku dan korang semua pun dah boleh duduk di tempat masing-masing ye. terima kasih untuk masa anda. Sekian" Lalu Nora pun menolak badan Syafiqah dan meletakkan kepalanya di meja, menyandarkan mereka di lengannya.

"Then.. korang buat something the night before?" Aini menanya, tidak berputus asa.

Mata Nora terbeliak kerana terkejut. Tapi syukur tiada yang nampak kerana dia sudah menutup mukanya. 

"Eh dah lah.. kesian Nora. Hish korang ni.. suka kenakan best friend kau eh" Maisarah cuba menghentikan mereka yang hobbynya mengacau orang.

"Ye lah.. Mai ni.. join je lah lain kali." Aini marah tetapi tidaklah serius mana. Cuma gurau-gurauan antara teman.

"Eh eh eh.. saya yang harus join. Dah dah.. pergi ke tempat masing-masing." Cikgu Atiqah bergurau sesudah masuk ke kelas.

Aini pun kini malu sendiri. Dah kali kedua dimalukan dah ni ditegur cikgu. cikgu yang sama lagi. Nora pula terasa lega dan rasa terselamat pula. Mereka memang berchatting malam semalam. Nora tidak sanggup menjawab soalan itu. Fuuh lagi lah akan diejek mereka. Diejek sebagai pasangan lagi. 

'Kalau aku biang tadi, pasti ejekan mereka tambah lebih dasyat. Tak pasal-pasal nanti diejek sebagai pasangan pula' Nora tertawa dalam hati. Tapi beberapa saat kemudian, dia terdiam '.... wait.. pasangan??' Nora menjerit dalam hati, tidak percaya dengan apa yang baru sahaja diacakapkan.

'Aku takkan suka dia pun hahaha bukan handsome macam Yongguk' Dia sambung. Yongguk tu adalah seorang penyanyi dan daripada kumpulan B.A.P yang diminatinya itu.

Tapi entah kenapa hatinya terasa tidak sedap semasa dia membandingkan mereka.


Continue Reading

You'll Also Like

3.5K 62 37
Siapa kata cinta zaman sekolah itu cinta monyet yang tak akan kekal lama? Tapi, mungkin juga kata-kata itu ada betulnya. Lihat saja hubungan Nazhan d...
174K 12.8K 70
Mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Adellea Zayra. Dia merupakan anak yatim piatu dan mengusahakan bisnes kecilnya. Dia seorang yang tegas...
10.1K 494 15
Doktor Tengku Zaril, telah membuatkan hati Aina berdegup laju. Pada mulanya, Aina hanya lah pesakit biasa. Namun, layanan Dr.Zaril yang baik hati...
527K 16.3K 29
Aku Fara. Umur aku 19 tahun. Hidup aku normal macam orang lain. Tapi bila tiba-tiba sesuatu tragedi buruk terjadi, hidup aku tak terurus. Dan selepas...