He's A Killer

By sc_myrez

647 17 22

HE'S A KILLER ---------- ^^ ------------ AQIF IRFAN X AKIRA AMANI Disebabkan satu kejadian , aku bertemu deng... More

00
01
02
03
05
06
07
Not an update
08

04

58 2 8
By sc_myrez

04

Hari ni harijadi Qasyaf. Disebabkan aku jarang sambut birthday dia , kali ni aku nak buat special .

Aku sanggup ambil cuti semata-mata ingin buat surprise ni. Mama Qasyaf sudah aku jumpa. Aku beritahu tentang plan aku untuk sambut birthday Qasyaf. Dan plan aku itu disambut baik oleh mama nya.

Datin Qasyida mencadangkan aku untuk memasak di rumah Qasyaf. Qasyaf memang memiliki rumah sendiri kerana kata nya dia mahu berdikari. Aku pun pernah pergi rumah nya sekali.

Dan kini , aku berada di rumah Qasyaf. Mana dapat kunci? Qasyaf sendiri yang bagi masa mula-mula tunang dulu. Kata nya senang kalau dah kahwin tak payah buat kunci pendua lagi. Erk.

Walaupun aku ada kesempatan itu , tapi aku jarang jejak kaki ke rumah itu. Cuma kalau Qasyaf sakit saja aku datang.

Seawal jam 5 petang aku sudah terpacak di dapur rumah Qasyaf. Segala skill memasak aku tunjukkan. Masak apa je. Chicken chop je pun.

Aku tersenyum suka melihat segala settings sudah siap. Meja bulat di halaman belakang aku bentangkan skirting berona pink. Di sekeliling aku gantungkan lampu. Tak lupa juga lilin bewarna merah aku susun membentuk love di tanah.

Setahu aku , Qasyaf akan balik sekitar jam 8 malam mengikut kata Datin Qasyida. Qasyaf akan selalu mesej mama nya setiap kali dia pulang.

Tepat pukul 7:45 , aku menyalakan lampu dan lilin. Sekejap lagi Qasyaf akan balik.

Aku menukarkan pakaian ku kepada dress putih berlengan panjang paras buku lali yang aku bawa sekali. Muka aku hanya make up tipis.

Excited aku menggunung. Teringin melihat reaction Qasyaf terhadap suprise yang aku buat.

Aku menunggu Qasyaf di ruang tamu. Mata aku tertancap pada tingkat atas. Entah kenapa aku tertarik untuk naik ke bilik Qasyaf.

Kaki aku mendaki tangga. Pintu bilik Qasyaf aku tolak perlahan sebelum tutup.

Aku meneroka bilik Qasyaf yang sudah lama aku tidak jejak. Tak banyak berubah. Aku ke laci meja.

Mataku tertancap pada frame gambar yang berdiri di atas meja. Gambar Qasyaf bersama seorang perempuan.

Siapa ni? Kakak Qasyaf? Bukan. Aku kenal kakak Qasyaf.

Mata ku beralih ke frame sebelah. Gambar Qasyaf mencium dahi perempuan itu dengan lengkap berpakaian....baju pengantin?

Jantung aku bagai mahu gugur. Tolong katakan yang Qasyaf tak curang dengan aku.

Aku ke almari Qasyaf. Pintu aku tolak ganas. Aku berundur melihat banyak baju perempuan tergantung.

Tak mungkin.

Bunyi enjin kereta menarik perhatian aku. Aku melihat ke luar. Kereta Qasyaf.

Perlahan aku keluar dari bilik Qasyaf dan berdiri di tepi tangga.

"Eh abang tak kunci pintu ke pagi tadi?"

"Abang kunci lah."

Sayup-sayup kedengaran suara mereka di sebalik pintu utama.

Sebaik saja pintu itu terbuka , Qasyaf masuk bersama seorang perempuan bertudung.

Air mata aku gugur melihat kemesraan mereka. Qasyaf masih tak perasan kelibat aku.

"Qasyaf...."

Qasyaf melihat aku. Dia terkaku. Begitu juga dengan aku. Beza nya aku sudah berjuraian air mata dan cuba menahan esakan.

"Kira..."

Aku mengelap air mata yang mengalir lalu menuju ke pintu dapur.

"Kira!"

Qasyaf mengejar ku. Dia terkaku sekali lagi melihat suasana romantik di halaman belakang. Diterangi cahaya lilin dan lampu kecil.

Aku berjalan laju ke depan. Tak sangka cinta aku selama ni dikhianati! Sakit nya tak dapat ditafsirkan dan makin sakit bila tahu Qasyaf dah kahwin dengan perempuan lain.

"Kira stop!"

Lengan aku ditarik namun aku pantas tarik kasar.

"Apa lagi yang you nak ha? You tipu I! You cakap you nak kahwin dengan I. Tapi apa ni? You kahwin dengan perempuan lain tanpa pengetahuan I and even mama you sendiri!"

"Kira I can ex---"

"Patut lah selama ni you mengelak dengan I. Call selalu tak angkat. Ajak jumpa you selalu mengelak. Rupa-rupa nya you bersama perempuan lain. I always sensed something strange about you lately but I ignored it. I fikir positif. I fikir you hanya sibuk dan penat dengan kerja you."

"Kira please. Bagi I peluang untuk ----"

"Enough , Qasyaf Luqman. Pergi mati dengan your explanation. Jangan cari I lagi. Hubungan kita berakhir di sini. Bye."

Aku berlalu pergi dan tidak dihalang oleh Qasyaf lagi. Air mata yang mengalir tidak aku seka. Tangan aku sudah lemah mahu mengesat air mata yang mengalir macam air sungai. Tak nak berhenti.

>>>>>>>>>>

"Qasyaf Luqman tak guna! Sampai hati you buat I macam ni!"

Aku menangis di atas bukit. Hampir 3 jam aku bersendirian di sini . Meluahkan segala isi hati.

Telefon yang banyak kali berdering aku tidak aku hiraukan. Pasti dari Dian. Mesti dia risau sudah hampir jam 12 aku masih belum pulang.

Aku termenung. Penat dah menangis. Pemandangan kota KL dapat dilihat dengan jelas dari atas bukit. Dilimpahi dengan lampu pelbagai warna walaupun sudah larut malam.

Di sini lah tempat aku dan Qasyaf selalu spend time. Jauh dari kota yang sibuk. Banyak kenangan aku di sini bersama dia.

Di sini sunyi. Sesunyi hati aku. Keadaan yang suram langsung tidak menakutkan aku kerana terdapat lampu di situ. Lol.

Lama aku termenung sebelum bangun untuk pulang. Aku menggaru jari yang gatal. Kena gigit nyamuk atau semut pun aku tak tahu lah.

Seketika, aku terkesima. Cincin pertunangan aku sentuh sebelum usap perlahan.

Cincin ni dah tak ada makna. Hubungan kami dah putus.

Aku buang cincin itu jauh. Jatuh ke bawah. Hilang di sebalik semak samun.


Continue Reading

You'll Also Like

553K 43.8K 34
"Why the fuck you let him touch you!!!"he growled while punching the wall behind me 'I am so scared right now what if he hit me like my father did to...
1M 50.6K 40
𝐓𝐡𝐞 𝐔𝐧𝐞𝐱𝐩𝐞𝐜𝐭𝐞𝐝 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 ~ 𝐁𝐨𝐨𝐤 𝟏 In a world where love knows no boundaries, Aleena Noor a Bangladeshi girl with an elated heart...
269K 9.7K 35
The Sokolov brothers are everything most girls want. Intimidating, tall, broody, they are everything to lust after. Not that they... particularly car...
333K 38.2K 26
"𝒚𝒐𝒖 𝒄𝒐𝒖𝒍𝒅 𝒃𝒓𝒆𝒂𝒌 𝒎𝒚 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕 𝒊𝒏 𝒕𝒘𝒐 𝒃𝒖𝒕 𝒘𝒉𝒆𝒏 𝒊𝒕 𝒉𝒆𝒂𝒍𝒔, 𝒊𝒕 𝒃𝒆𝒂𝒕𝒔 𝒇𝒐𝒓 𝒚𝒐𝒖" ...