SAKIT ©️

By _NaniRizal_

27K 1.8K 432

SAKIT merupakan sebuah mini novel pertama author, menceritakan tentang kisah cinta seorang gadis yang penuh l... More

Satu
Dua
Empat
Lima
Enam
Tujuh
Lapan
Sembilan
Sepuluh
Sebelas
Dua Belas
Tiga Belas
Empat Belas (Final ep)

Tiga

1.6K 127 33
By _NaniRizal_

Pejam celik pejam celik, cuti semesterku semakin menghampiri penghujungnya. Beberapa hari lagi, aku akan kembali ke bumi Batu Pahat, Johor. Terasa begitu singkat waktu bersama keluarga tersayang. Namun, aku sedar ini semua harga yang perlu aku bayar demi segulung ijazah.

"Sayang, saya ingat nak bawa ma dengan abah jumpa mak dan ayah hujung minggu ni. Berkenal-kenalan. Boleh?" Kata Saiful pada suatu malam ketika aku dan dia berbual dalam talian.

Terkedu. Itu reaksi pertamaku. Saiful serious?

"Jum-jumpa? Awak serious ke ni?"

"Ya, sayang. Saya serious. Saya tak main-main dengan hubungan kita ni.."

Sumpah. Hati aku berbunga-bunga. Rasa macam ada rama-rama terbang je dalam perut ni. Ouch! Eh, over lah kau Amina! Dia kata nak kenal-kenal je kan? Bukan masuk meminang!

"Sayang?" Tegur Saiful apabila menyedari aku hanya diam.

"Uh? Oh. Ya. Okay-okay.."

"Sayang okay tak? Kalau sayang tak setuju, takpa. Saya boleh cancel.."

"Eh, tak-tak. Saya okay. Betul.."

Kedengaran tawa kecil Saiful di hujung talian.

"Nervous eh?" Usiknya.

"Hehehe. Terkejutlah, awak.."

"Saya nak family kita berkenalan sebelum saya bawa hubungan kita ke peringkat seterusnya. Boleh, kan?"

Ala..meltinglah camni!

"Okay, awak.."

Malam itu, aku tidur bertemankan angan-angan dan impian yang bakal dibina bersama Saiful.

...

Dari pagi aku sibuk mengemas rumah sambil-sambil membantu mak dan kakak-kakak di dapur. Tengahari nanti, keluarga Saiful akan tiba bertemu kedua orang tuaku serta keluarga.

Dalam hati ni, tak boleh bawa bincang dah. Nervous dia dah tahap apa. Aku sendiri tak tahu.

Saat kereta Saiful memasuki perkarangan rumah, jantung aku rasa macam nak melompat keluar. Bukan tak pernah bertemu keluarga lelaki itu tetapi kerana ini merupakan pertemuan pertama kedua buah keluarga, aku jadi berdebar.

Mak dan ayah menyambut ketibaan keluarga Saiful dengan berbesar hati. Bersalam-salaman dan bertanya khabar.

"Eh, jemputlah semua. Kita jamu selera dulu. Lepas tu baru kita bersembang-sembang.." ujar mak diikuti anggukan dari ayah.

Aku hanya mampu tersenyum, sesekali berbalas pandangan dengan Saiful.

Usai makan tengahari bersama, seluruh ahli keluargaku duduk di ruang tamu bersama keluarga Saiful. Berbual-bual santai sedang dalam hati aku berombak bagai apa.

"Maaf ya. Saya tahu ini agak mengejut, tapi isteri saya dah berkenan nak jadikan si Amina ni sebagai menantu. Saiful pun dah belikan cincin. Saya fikir, kami nak merisik si Amina ni dah alang-alang kita semua dah berkumpul.." tiba-tiba abah Saiful bersuara.

Aku terperanjat. Bukankah ini cumalah pertemuan dua buah keluarga untuk berkenalan sahaja. Dan bila masa pula Saiful membeli cincin?

Mak ayah turut terkejut dengan hajat keluarga Saiful. Tetapi wajah mereka kelihatan tenang sahaja. Berbeza dengan peperangan yang berlaki dalam diri aku.

Aku cari wajah Saiful meminta penjelasan namun hanya senyuman kacaknya yang aku dapat.

"Kami ni orang tua Amina takda halangan apa-apa. Lagipun, kami dah kenal baik dengan si Saiful ni. Budak berdua ni pun dah terlalu lama berkawan. Jadi, eloklah kita satukan mereka. Tak gitu, Encik Razif?" Sempat pula ayah bergurau senda.

Mama Saiful mencelah. "Amina macam mana? Setuju ke?"

Kala ini, semua mata tertumpu kepadaku membuatkan wajahku merona kemerahan. Malu oi!

"Orang tua-tua dulu kata kalau diam tu tanda setuju lah ya?" Usik abah Saiful, Encik Razif.

Aku menyembunyikan wajah di belakang Angah. Lahai acah gadis melayu terakhirlah kau ni, Amina!

Akhir bersama restu kedua orang tua kami, Puan Hashimah menyerahkan sebentuk cincin belah rotan kepada ibu. Tanpa dirancang, aku kini sudah dicop? Kalau bertunang, boleh panggil tunang? Kalau cuma merisik, kena panggil perisik ke?

...

Semester baru kini sudahpun bermula. Aku kembali semula ke bumi Johor meneruskan sisa-sisa perjuangan sebagai pelajar. Sejak majlis merisik, aku dan Saiful jarang dapat bertemu. Katanya dia sibuk dalam usaha mengumpul duit untuk majlis kami nanti.

Ya, kedua belah pihak bersetuju untuk tidak melangsungkan pertunangan tetapi sebaliknya diteruskan dengan majlis pernikahan sahaja.

"Awak tak balik Kuantan ke minggu ni?" Soalku ketika kami dalam talian.

"Tak balik. Boleh jimat sikit duit. Lagipun, saya sibuk sikit sekarang.."

"Oh, takpalah kalau macam tu. Kerja-kerja juga tapi jangan abaikan kesihatan okay?"

"Ya, sayang. Awak jangan risaulah okay? Study macam mana?"

"Study okay. Baru start sem ni macam-macam benda nak kena settle.."

"Okaylah kalau macam tu. Saya ada hal sikit ni. Nanti kita sembang lagi ya?" Pamit Saiful.

"Haa..yelah.."

"Take care, sayang.."pesannya.

"Awak pun. Jaga diri baik-baik.."

Talian diputuskan.

Sementara menunggu masa untuk melelapkan mata, aku membuka facebook. Scroll post-post terbaru dari rakan-rakan.

Bercakap mengenai facebook, aku teringat Tiz pernah tanya aku kenapa dia tak pernah tengok Saiful upload gambar aku atau kami berdua kat facebook.

Aku cuma jawab, aku pun macam tu juga. Kalau ada pernah upload pun, sekali dua sahaja.

"At least ada jugaklah. Saiful tu takda langsung aku tengok?" Sampuk Lisda pula.

Si Enot yang dari tadi cuma memasang telinga, turut sama mencelah. "Aku bukan apalah kan, Amina. Tapi ada 2 sebablah kenapa lelaki tak upload gambar girlfriend dia kat social media ni.."

Semua mata tertumpu kepada Enot sebelum gadis itu menyambung.

"Satu, sebab dia memang tak aktif kat media social. Dan yang kedua..hmm.."

"Ish kau ni, cakaplah!" Marah Tiz.

"Yang kedua mungkin sebab ada hati lain yang perlu dia jaga," jelas Enot sedikit teragak-agak.

Jeda.

Aku sedikit terpempan dengan teori Enot yang kedua tadi. Benarkah?

"Tak mungkinlah!" Bidas Lisda.

"Kan?" Tiz menyahut.

"Hmm..kalau yang tu tak betul, maknanya yang pertamalah. Epul jenis tak aktif kat facebook.." ujar Enot lagi.

Aku terdiam lagi. Mencerna kata-kata mereka. Saiful selalu je upload aktiviti dia. Memancing, futsal. Itu dikira aktif kan?

"Eh, kau tak payah fikir sangatlah Amina. Enot ni kan suka merapu-rapu. Epul mungkin tak nak terlalu show off sebelum kau jadi hak dia yang sah. Haa..macam tu.." Tiz sedikit memujuk.

Aku pandang wajah mereka bertiga.

"Aku percaya Epul setia dengan aku. Kalau tak, takkan dia merisik aku kan?"

Ketiga-tiga gadis di hadapannya terangguk-angguk.

"Ala, Amina. Tu cuma teori je. Dan tak semua lelaki macam tu kan?"

Ya, itu cuma teori Enot. Dan tak semestinya teori itu benar. Saiful lelaki yang baik. Aku percaya itu. Sepanjang perkenalan kami, tidak pernah sekalipun dia cuba mengambil kesempatan ke atasku. Jadi, tidak adil aku memikirkan yang bukan-bukan tentangnya hanya kerana tidak ade sekeping pun gambar aku di facebooknya. Kan?

Tanpa sedar, aku menggeleng-gelengkan kepala apabila teringatkan perbualan kami berempat dahulu.

Tit! Satu notifikasi di skrin handphone mencuri perhatianku. Notifikasi dari facebook.

Lulu send you a friend request.

Lulu mana ni?

Style aku, sebelum aku approve seseorang, aku akan lihat dahulu mutual friend. Sekiranya ramai mutual friend, baru aku terima.

Lulu ni takda mutual friend. Ah, fake accountlah ni. Abaikan!

Aku tutup skrin lalu aku letakkan telefon di atas meja sisi katil. Perlahan-lahan, aku lelapkan mata.

...


Betul ke teori Enot tu?🤔🤔

Continue Reading

You'll Also Like

49K 1.4K 34
New version ! HAURA KHUMAIRA & AIDEN ElHAQ START : 2.12.2023 END : 7.5.2024
282K 18.5K 44
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
3.7K 799 51
Yoongi yang dilahirkan dengan wajah yang cacat dan hanya kerana wajahnya itulah yang menyebabkan dia sering ditolak oleh masyarakat di sekelilingnya...
905K 36.9K 101
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...