Really Bad Boy » Doyoung

By hoshot

145K 16.3K 5.2K

Dia boss dan aku setiausaha ketujuhnya. ceo! au © hoshot highest rank: #1 in doyoung! More

WELCOME.
CHARACTERS.
OOO
OO1
OO2
OO3
OO4
OO5
OO6
OO7
OO8
OO9
O1O
O11
O12
O13
O14
O15
O16
O17
O19
O2O
O21
O22
O23
O24
O25
O26
O27
O28
O29 ⊰
[+] BOOK 2?
[+] BOOK 2!

O18

2.8K 384 159
By hoshot

Khamis.

"Sohee-ah! Sabtu nanti datang rumah aku nak tak? Omma kata dia nak datang jadi ada masakan sedap-sedap." Mina peluk lengan aku sambil berjalan menuju ke lif selepas balik dari makan tengah hari di luar.

"Sabtu ni?"

"Iya! Kau free ke?"

Tapi aku ada ajak Doyoung datang rumah..

"Siang atau malam?"

"Seharian pun boleh."

"Kalau macam tu aku datang siang sebab ada hal lain lepas tu," jawab aku sambil menekan tingkat kerja Mina dan kemudiannya aku.

"Doyoung ke?" usiknya. Aku menjengil mata kepadanya supaya memperlahankan suara dan dia mencebik.

Semenjak dia tahu hubungan aku dengan Doyoung, selalu juga dia mengusik aku memandangkan dia sudah lihat aku bagaimana ketika menyukai lelaki itu sejak zaman persekolahan lagi.

"Baru nak ajak kau tidur sekali. Sad emoticon."

Aku pandang dia pelik. Sejak bila dia begini. Dia keluar sambil lambai aku bila lif berhenti di tingkatnya dan aku membalas sebelum pintu lif tutup. Selepas keluar dari dalam lif, aku melalui meja Yerim dan dia menghentikan aku. Aku menjongket kening kepadanya.

"Tadi ada beberapa lelaki masuk dalam pejabat Encik Kim."

Huh cepatnya Doyoung balik daripada rehat.

"Ada apa?"

"Tak tahu tapi reaksi mereka macam gembira."

Apa benda ya?

Aku biarkan soalan itu tak berjawab dan duduk di tempat aku lalu siapkan kerja yang masih berlambak. Banyak kerja pula hari ni.

20 minit posisi aku tidak berubah sebelum pintu pejabat Doyoung terbuka. Disebabkan kebiasaan, aku berdiri sebagai tanda hormat dan apa yang aku nampak sebaik saja melihat lelaki-lelaki tersebut ialah, Taeyong dan Jaehyun. Mata aku melebar melihat mereka kerana kali terakhir aku nampak mereka adalah tujuh bulan yang lepas. Wah, begitu lama.

"Oh, Sohee! Gembira dapat jumpa kau," sapa Jaehyun dengan senyumannya yang menampakkan lesung pipit.

"Saya pun." Aku membalas senyumannya.

"Aku tak sangka kau masih bekerja dengan Doyoung. Selama ni setiausaha dia asyik bertukar setiap dua bulan," ujar Taeyong yang tersenyum kecil.

"Awak boleh kata yang Doyoung yang tak nak saya pergi..?" Aku tergelak perlahan.

"Lebih kepada dia yang tak nak tinggalkan aku," celah Doyoung yang baru sahaja keluar.

Aku pandang dia sebelah mata sebab dia baru saja cakap perkara yang tak betul. Aku masih ingat lagi yang dia halang aku daripada berhenti kerja. Ingatan aku kuat, okey.

"Huh, aku hampir terlupa kau dengan Sohee."

"Wait- what?" Mata Jaehyun sedikit melebar selepas mendengar ayat itu keluar daripada mulut Taeyong. Taeyong berdecit sebelum berjalan ke lif dan Jaehyun mengikutinya dengan reaksi keliru yang bersisa.

"Aku ada kerja luar sampai petang. Kalau aku tak balik pejabat semula sampai waktu pulang, kau balik sendiri boleh?" pesannya, suaranya perlahan supaya tidak didengari pekerja lain.

"Baiklah, Encik Kim."

Aku menahan gelak melihat reaksinya sebelum membisik, "Okey, Doyoungie."

Kali ini dia tidak percaya dengan apa yang baru keluar daripada mulut aku kerana ini kali pertama dia macam mendengar aku memanggilnya begitu. Tetapi kemudian mulutnya tersenyum segan.

"You're cute. Ingat, habis waktu kerja balik terus. Jangan tunggu aku."

Aku mengangguk sambil tersenyum nipis. Selepas dia pergi, aku tumpukan perhatian pada kerja aku semula sampaikan tak sedar hari sudah menjadi gelap.

Badan aku tegakkan, regangkan tangan selepas berada dalam kedudukan sama dengan lama. Mata aku tertancap pada jam dihujung skrin komputer. Pukul 7:58 malam. Patutlah aku rasa penat. Air kopi aku habiskan sebelum pergi ke bilik rehat untuk bersihkan cawan yang aku guna. Aku masuk ke dalam pejabat Doyoung untuk letak fail yang memerlukan tanda tangannya di atas meja. Aku duduk seketika di sofa sambil termenung ke luar. Menyedarkan diri aku, cepat aku bangun untuk keluar untuk pulang tetapi aku sedar ada seorang lelaki serba hitam yang memakai topi berada di hadapan pintu. Kekeliruan melanda diri aku tapi belum sempat aku lontarkan soalan, dia sudah menerpa ke arah aku. Laju.

"Apa ni?!"

Tangannya memegang bahu aku, menyebabkan aku bergelut dengannya untuk menjauhi. Aku menjerit meminta pertolongan sekuriti tapi hampa tiada balasan. Dia semakin bertindak agresif dengan menekup mulut aku dan menolak aku ke kerusi. Disebabkan tangan aku yang terkapai menghalang perbuatannya, topinya terjatuh menampakkan keseluruhan wajahnya lalu mata aku melebar kerana aku mengenali lelaki ini.

Dengan kekuatan yang aku ada, badannya aku tolak kuat lalu sempat menamparnya sebelum berlari menuju ke pintu keluar tapi nampaknya pergerakan dia lebih pantas kerana dia awal lagi sudah menarik rambut aku menyebabkan aku terdorong ke arahnya semula. Tarikannya terlalu kuat sampaikan aku menjerit kesakitan tapi senyap selepas itu apabila kepala aku berlanggaran dengan bucu meja yang tajam.

Benda terakhir yang aku lihat adalah darah di tapak tangan aku setelah menyentuh di belakang kepala.

◦ ✾ ◦

Sakit..

Kepala aku sakit..

"Sohee? Kau dah sedar?"

Muka aku berkerut-kerut menahan denyutan di kepala. Aku cuba membuka mata tapi tidak berdaya dan aku hanya dapat dengarkan suara seseorang memanggil aku. Dengan kudrat yang aku ada, akhirnya aku mencelikkan mata. Pemandangan serba putih menerpa penglihatan aku dan aku baru menyedari bau ubat-ubatan di sekeliling aku.

Oh. Aku di hospital.

"Doktor!"

Suara itu tenggelam dan seterusnya seorang doktor berada di samping aku memeriksa keadaan aku. Aku diam tidak terkutik membiarkan dia melakukan kerjanya. Doktor tersebut menulis sesuatu di kertas yang dipegangnya.

"Sohee.. Kau okey ke?"

Seorang perempuan menyoal aku. Aku amati mukanya lama untuk pastikan siapa. Bila aku sedar siapa gerangannya, muka aku berkerut seribu.

"Mina? Kenapa rambut kau panjang? Kau warnakan rambut? Tapi sekolah kita..?" soal aku pelik.

Reaksi mukanya berubah lalu dia pandang doktor. "Kali terakhir kami bersekolah adalah enam tahun yang lepas.."

Aku masih mengekalkan reaksi keliru sewaktu doktor memeriksa aku lagi. Dia menghela nafas.

"Nampaknya dia mengalami amnesia."

Kepala aku.. sakit.

[➹]

Aku tenung keluar tingkap, perhatikan pesakit-pesakit lain bersiar-siar di taman hospital bersama penjaga masing-masing. Termasuk hari ni, sudah empat hari aku di hospital dan pembalut di kepala aku baru sahaja dibuka. Ramai juga yang melawat aku tapi ada beberapa yang aku tidak dapat pastikan siapa. Entahlah apa namanya. Bahkan rupanya juga aku tidak pernah lihat. Rasanya bukan kenalan aku. Aku pun tidak pasti kerana Mina kata aku hilang ingatan dan ingatan aku kembali kepada enam tahun yang lepas jadi apa yang aku ingat hanyalah zaman remaja dan.. persekolahan.

"Kau tak sedarkan diri selama dua hari dan aku hampir menangis tengok kau kaku macam patung." Aku cuba menahan tawa melihat mimik muka sedih Mina yang seperti itik.

"Ada sesiapa lawat aku?"

"Mestilah. Pagi tadi omma dengan appa kau ada tapi aku suruh diorang balik sebab lama sangat diorang jaga kau jadi aku tawarkan diri untuk jaga kau pula. Petang nanti diorang datang."

Aku angguk. Mina pandang sekeliling seperti fikirkan sesuatu untuk bercakap dengan aku.

"Hmm, kau dah ada kerja."

"Kerja apa?"

"Setiausaha di Kim Conglomerate. Setiausaha CEO."

Mata aku melebar dan mulut aku terbuka kerana terkejut. Wah.. Aku tak pernah terfikir pun pekerjaan seperti ini.

"Kau tak nak tanya siapa CEO syarikat tu?"

"Siapa?" Mina tersengih.

"Kim Doyoung."

Aku betul-betul tak boleh percaya apa yang Mina kata sebab ianya kedengaran seperti penipuan terbesar. Penipuannya juga aku boleh hidu jadi aku ketawa selepas ayatnya itu tapi disebabkan reaksinya yang tidak bertukar aku terhenti. Aku masih tidak mempercayainya sehinggalah lelaki yang disebutkan muncul.

Dan waktu sekarang lelaki itu baru sahaja masuk ke dalam bilik hospital aku, kali ini di tangannya mempunyai plastik makanan.

"Hei, Mina. Baliklah. Biar aku temankan dia pula," ujarnya dan Mina mengangguk.

Mina memakai kot bajunya semula dan mengucapkan selamat tinggal kepada aku dimana aku membalas dengan pandangan mata yang memintanya supaya tidak meninggalkan aku sendirian bersama Doyoung tapi dia hanya tersengih seperti kerang busuk lalu beredar.

Mina masih lagi tidak berguna walaupun enam tahun sudah berlalu. Baiklah, tiada perubahan.

Aku buang pandangan ke luar tingkap melihat langit biru. Tangan aku bermain dengan hujung selimut sebab gementar. Tahi, ini ke perasaan bila bersendirian dengannya.

"Aku ada bawa makanan. Kau nak makan?"

Pada awalnya aku mahu mengeleng tapi disebabkan aku sememangnya berasa lapar, aku mengangguk.

Aku dengar dia membuka penutup bekas dan bunyi sudu berlanggaran. Dia bantu aku menukar posisi baring menjadi duduk sebelum mengambil tempat di kerusi sebelah katil. Aku terkejut dengan tindakannya yang cuba menyuap aku.

"T-tak apalah. Saya boleh makan sendiri," kata aku tapi dia endahkan jadi terpaksalah aku akur.

Teman lelaki aku, kan? Aku seharusnya bertenang. Mina kata lama juga hubungan aku dengan Doyoung jadi aku mesti dah selesa dengannya. Tapi disebabkan aku hilang ingatan, aku langsung tak dapat ingat apa-apa. Apa yang aku ingat hanyalah dia berpakaian sekolah memberi ucapan di atas pentas dan aku rasakan kejadian itu baru sahaja berlaku beberapa hari yang lepas.

Setelah banyak juga suapan, aku sudah berasa kenyang. Aku meminta dia memberikan aku air kosong dimana dia menuruti aku. Setelah semuanya selesai, dia menyimpan bekas itu semula. Aku hanya memerhatikan pergerakannya dengan perasaan ingin tahu.

"Betul ke awak suka saya?" tanya aku lalu cepat aku memejamkan mata dengan kuat kerana segan. Ah, apa aku buat ni!

Ada bunyi sengihan kedengaran. "Iya.. Jadi bukalah mata kau."

Perlahan-lahan aku membuka mata. Dia duduk menghadap aku dengan senyuman di wajahnya. Aku cuba abaikan jantung aku yang berdegup laju disebabkan senyumannya. Bertenang, aku mesti selalu tengok senyuman dia jadi bertenanglah.. Ini perkara biasa.

"Boleh aku pegang tangan kau?"

Aku mengetap bibir, "Boleh."

Sebelah tangannya mengenggam tangan aku yang berehat di sisi. Haba daripada tangannya buatkan aku lega kerana aku sememangnya berasa sejuk. Tapi tidaklah aku mengatakan hal itu kepadanya.

Aku senyap, mengerlingnya beberapa kali untuk melihat reaksinya. Dia membawa gengaman tangan aku ke mulutnya lalu menempatkan satu ciuman sebelum memandang aku semula. Aku langsung mengalihkan mata dengan begitu cepat sekali bila matanya bertentangan dengan aku.

Aku segan. Rasa bibirnya di kulit aku buatkan aku segan dan juga ada satu persoalan muncul dalam kotak fikiran aku.

"Kita.. Pernah bercium?"

Hujung bibirnya ternaik lalu dia mengangguk sebelum menempatkan satu lagi ciuman di tangan aku. Kali ni ada bunyi perlahan yang terhasil selepas dia melepaskan ciuman dan itu buatkan muka aku membahang.

Perasaan aku sekarang.. Aku tidak dapat terangkannya. Sungguh, aku berasa janggal dengan semua ini kerana sepertinya baru minggu lepas aku tersenyum sendirian di dalam bilik apabila berfikir tentangnya dan kemudian berasa sedih bila fikirkan dia tidak akan pernah bersama dengan aku tapi sekarang..?

Aku hampir gila.

"Kau tak tahu betapa takutnya aku bila nampak kau berbaring di lantai pejabat dengan darah yang mengalir dari kepala kau. Nasib baik aku singgah syarikat untuk ambil kerja aku bawa ke rumah. Aku tak akan maafkan diri aku kalau kau tak sedarkan diri tapi syukurlah.. Kau selamat."

Pandangan matanya redup. Aku dapat lihat matanya bersinar mungkin kerana ada air matanya yang bertakung. Aku keliru dengan cara apa supaya aku boleh melegakannya. Setelah berdebat dengan diri sendiri, aku membetulkan kedudukan untuk mendekatinya.

"Um.. Awak boleh peluk saya- Itu pun kalau awak mahu!" Cepat aku menambah pada ayat akhir.

Dia tersenyum nipis lalu bangun dari kerusi untuk duduk di sisi katil dan memeluk aku. Kepalanya direhatkan di bahu aku dan perlahan-lahan tangan aku memeluk tubuhnya juga. Dia menghela nafas lega, pelukannya menjadi lebih erat daripada tadi. Mulut aku terkatup rapat kerana terkedu dengannya. Mesti dia sedih bila dapat tahu aku langsung tak ingat apa-apa tentang hubungan aku dengan dia. Peritnya perasaan bila dilupakan. Aku harap dia tak salahkan diri dia atas apa yang berlaku. Bukan salah dia aku jadi begini.

"Jangan tinggalkan aku."

Aku harap ingatan aku pulih secepatnya.

_______

sohee hilang ingatan sad padan muka doyoung siapa suruh tak date dengan sohee dari zaman sekolah lagi booo

aku suka baca comment, jadi kalian comment lah!! ianya 💯 beri aku semangat untuk update wink emoticon

Continue Reading

You'll Also Like

45.8K 5.1K 31
1st June. You have received a message. Length : 31 chapters (Complete) Genre : Angst,Love Cast : Got7 Mark, OC Minji Start ; 7 August 2016 End ; 7 Au...
2K 288 15
Seorang bayi kecil ditinggalkan oleh eommanya di hadapan rumah mewah milikseorang lelaki 20 tahun bernama Hamada Asahi. Asahi seorang CEO Syarikat T...
5.8K 316 29
Karya pertamaku, maaf jika kurang ekspektasi kalian. Becky seorang gadis introvert yang mula berjumpa dengan Freen yang mulanya bersahabat sehingga m...
4.9K 893 24
" Song Mingi dan Park Seonghwa, dua-dua aku sayang. Tetapi seseorang perlu mengalah." start: 22/1/20 end :13/4/20