O24

2.3K 357 72
                                    

Awan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Awan.

Aku suka bentuk-bentuk awan yang ada di langit.

Putih melambangkan suci.

Aku sukakannya.

Mungkin melihat pemandangan indah ini di saat-saat nafas terakhir aku bukanlah perkara yang begitu malang.

Seperti burung, aku berada di langit, berterbangan, merasai derasan angin kuat yang melalui.

Aku seperti burung,
Burung yang tidak mempunyai sayap.

Penglihatan aku terhadap rakan-rakan sekerja yang berada di tingkap yang baru sahaja aku tinggalkan semakin kabur. Suara jeritan yang bertindih juga tidak lagi aku dengari. Mata terpejam rapat, aku langsung tidak melakukan apa-apa pergerakan kerana aku tahu usaha untuk menyelamatkan diri yang baru sahaja jatuh dari tingkat 38 hanyalah sia-sia.

Ketika kepala dan belakang badan aku menyentak kuat pada permukaan yang keras, pandangan aku terus menjadi gelap-gelita.

Aku bersyukur.. Dengan kehidupan ini.

_______

saya nak ucapkan terima kasih
kepada yang sudi membaca
sebab ini bukan pengakhirannya :p

apa kalian rasa? sohee mati atau tak?

dalam kehidupan ni bukannya
sentiasa dipenuhi dengan warna-warni.
macam pelangi, sebelum pelangi
terjadi, apa yang terjadi dulu?
dan setiap hubungan bukan
sentiasa diakhiri dengan kegembiraan.
mungkin pengakhiran sohee lebih
baik jika begini?

Really Bad Boy » DoyoungWhere stories live. Discover now