O25

2.6K 358 220
                                    

"Aku tak faham macam mana kau boleh fikir sampai tahap ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Aku tak faham macam mana kau boleh fikir sampai tahap ni.."

"Aku cuma senaraikan perkara-perkara buruk yang akan berlaku kalau kau tak buat apa-apa tindakan."

"Dengan buat cerita one-shot yang kau selalu baca di internet?"

"Ya!"

"Oh, Mina, tolonglah. Otak kau dah jadi gila dengan baca semua tu sebab kau baru je buat aku mati dalam ni dan aku tak nak itu terjadi."

Mina menahan gelak lalu meletakkan telefonnya ke permukaan katil bersebelahan pehanya. Jelingan daripada aku hanya diabaikan. Tawanya akhirnya meletus menyebabkan aku terus memukul lengannya.

"Tak lawaklah! Kau nak aku mati ke?" Dia mengeleng, masih ketawa. "Habis tu?"

Aku perhatikan dia mengesat air mata yang berada di tubir mata hasil daripada gelak berlebihan. Kemudian dia pandang aku dengan serius.

"Okey, pertama sekali kau kena beritahu Doyoung tentang mimpi yang berkenaan Areum ni. Kedua, kau tak rasa ke ni cuma mainan mimpi? Mimpi bukannya berlaku dalam realiti."

"Itu yang kau kata sebelum ini dan sekarang aku ada sesuatu dengan Doyoung."

"Oh, ya.." Dia mengangguk-angguk mengingati mimpi aku lama dahulu tentang mempunyai hubungan dengan Doyoung yang aku tidak tahu akan menjadi teman lelaki aku.

Selepas memberitahu Mina yang aku bermimpi mendengar perbualan panggilan Areum, dia menghabiskan 40 minit dengan telefonnya dan tahu-tahu sahaja dia menghulurkan telefonnya kepada aku untuk membaca apa yang terpapar di skrin. Aku tak sangka pula dia sempat menaip satu cerita pendek yang mempunyai 1500 patah perkataan. Sudahlah dia membuat pengakhiran tahi untuk kehidupan aku. Mungkin dia mahu aku mati agaknya.

Aku capai bantal peluk Mina lalu gunakan untuk memukulnya, melepaskan ketidakpuashatian aku terhadapnya. Dia mengunakan tangannya sebagai perisai sambil menjerit.

"Hei! Ini adalah penderaan!"

"Ya, penderaan haiwan!"

Dia akhirnya menarik bantal itu daripada tangan aku. Memeluknya dengan kemas supaya aku tidak dapat mengambil bantal kesayangannya, dia membuka mulutnya semula.

"Kau jadi tak datang kerja esok?"

Aku mengemam bibir. "Tak pasti. Kau rasa patut ke aku datang?"

"Pilihan kau."

"Aku minta pendapat kau."

"Ya tapi pilihan kau."

"Kalau kau di tempat aku apa yang kau akan lakukan?"

"Aku tak boleh buat keputusan untuk kehidupan, kaupun tahu. Jadi.. Pilihan kau."

"Kau teruk!"

Dia membuat muka dan mengangguk bersetuju dengan aku.

Really Bad Boy » DoyoungWhere stories live. Discover now